Bab : 27

1.1K 96 4
                                        

Hari terakhir.....

Pagi itu Davina bangun kerana dikejutkan dengan bunyi deringan telefon service biliknya. Dan bila dia jawab panggilan itu Declan yang berada di hujung panggilan. Lelaki tu cakap nak jumpa dengan dia sebelum pelayaran ini berakhir. Tapi Davina tolak.  Dia malas nak jumpa Declan even untuk ucap selamat jalan pada lelaki tu. Sebaliknya dia letak gagang telefon tanpa berkata apa-apa.  Kejadian malam tadi masih menghantui dirinya. 

Setelah itu dia bawa dirinya ke bilik air.  Mandi dan bersiap awal-awal. Semua barang dan bagasinya dipack supaya tak kelam kabut selepas tiba di perlabuhan.

Seusai itu,  sejam kemudian Davina keluar dari cabin penginapan untuk ke restoran. Mencari sarapan mengisi perutnya yang tak terisi sejak awal malam tadi sebab tak berselera.  Pagi ni perut pedih barulah dia terasa hendak makan.

Sewaktu dia tiba di restoran tak ramai orang di situ.  Mungkin sebab semalam dia orang dah wasted macam tak ingat hari esok masih ada. Jam 3 pagi baru la parti berakhir. Mungkin penumpang lain masih terlena di bilik masing-masing.

"Selamat menjamu selera."ucap pelayan sebaik selesai hidangkan sarapan kepada Davina.

Dengan lesu,  Davina beri anggukan terima kasih. Dia capai pisau roti lalu digunakan untuk sapu jem pada roti bakarnya.  Lesu je dia masa ni.  Matanya yang kuyu lagi kecil saja di buka akibat menangis terlalu banyak mengenangkan nasibnya dan jugak Declan. 

Selesai dengan roti bakar,  pek creamer untuk kopi di koyakkan tiga darinya lalu dituang ke dalam cangkir berisi kopinya.  Sudu tehnya diletakkan dalam cawan itu lalu di kacau. 

Bersedia hendak bersarapan, Davina sanggul rambut panjang dia untuk elakkan ia dari menganggu sesi bersarapannya. Sedang dia berbuat begitu, ketika itu,  dengan megahnya berjalan masuknya Eden yang lengkap mengenakan pakaian rasmi ketenteraan lelaki itu. Kaku sekejap Davina kerana dipanah dengan aura yang dipancarkan oleh lelaki itu.

Damn! Kenyang terus dia hah!

Pada awalnya Eden tidak perasan.  Namun bila dia gerak hendak ke meja berdekatan baru la sia ternampak akan Davina. Tanpa berlengah dia atur langkah untuk ke meja itu.

Dah kenapa pulak ke sini? Pergi duduk jauh-jauh sana.  Shoo! Fikir Davina sambil melilit rambut panjang hitamnya itu dengan kemas.

Kerusi sebelah Davina ditarik oleh Eden dengan perlahan sebelum lelaki segak itu duduk di situ dan lihat hidangan yang tersedia di situ.

"Baru bangun ke?"tanya Eden sewaktu kacau minuman dalam cangkir itu sebelum di sisip dengan bersahaja tanpa bertanya terlebih dahulu.

Davina buat muka. Lalu menjuling mata menyampah.  Nasib baiklah Eden selamatkan dia malam tadi kalau tidak lama dia tampar belakang kepala tu. 

"Hm. "jeda Davina dengan perlahan. Dia capai garpu yang ada di atas napkin di situ dan menikam daging bakon dari pinggan tu.

"You look so bad you know.. "komen Eden sewaktu capai roti bakar Davina yang siap di sapu jem itu dan digigit dengan besar.

Sambil suap bakon ke mulut sambil tu Davina pandang ke Eden.  Lelaki ni memang tak tahu malu atau memang tak tahu?  "Order la sarapan kau sendiri.. "sungutnya.

Eden berdengus. "Macam ni ke cara kau cakap dengan orang yang dah selamatkan kau? " tanya dia sambil capai garpu dari tangan Davina dan gunakan ia untuk makan bakon yang lain.

Dah agak! Mesti Eden guna alasan tu sebagai modal untuk mengenakan dia. Davina hanya mencebik menyampah.

"Aku gerak hari ni..."beritahu Eden tanpa memandang Davina.

30. Love Without FaithTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang