"Tak ada...tempat ni kosong!Tak ada seorang pun nak bukak mulut untuk beritahu dimana Davina... Aku takut kita tak ada masa banyak Eden... Tanya dia sekarang atau tidak? " ujar suara lain dari dalam alat komunikasi itu.
Bila satu lagi tumbukan hendak hinggap di depan mukanya, Eden capai tangan Spencer lantas dia pulas lengan tu dengan sepantas kilat hingga buatkan badan itu berpusing di udara sebelum jatuh ke atas lantai berdebu itu.
"Sekarang! "arah Eden bila dia sudah tidak sabar lagi. Dia tak ada masa yang hendak dibazirkan.
Rakan-rakan Eden yang sebenarnya sudah berada di dalam kawasan gudang mula berpecah dalam gelap. Mereka mula menembak setiap musuh yang muncul di laluan mereka.
Terkejut melihat Spencer tumbang di situ, anak buah Spencer mula melepaskan tembakan ke arah Eden. Mereka tembak tapi tak mengena sebab Eden bergerak dengan sangat pantas dan terlalu cepat untuk mata mereka tangkap pergerakkan lelaki tu.
Menggunakan kemahirannya yang sudah terlatih lama, Eden dengan mudah mengelak dirinya dari terkena peluru-peluru itu. Dia melompat dia berguling atas lantai itu secekap mungkin.
"Woi! aku ada lagi dekat sini la bodoh! "marah Spencer apabila hujan peluru mula muncul ke merata arah.
Pada masa itu Eden selak jaket yang dipakainya ke belakang, mendedahkan tali pinggang yang terlilit di sekeliling seluarnya. Dan ianya bukan tali pinggang biasa. Ianya adalah sejenis senjata fleksibel yang boleh berubah menjadi senjata tajam pada masa yang sama.
Sekali Eden tarik keluar tali pinggangnya. Dia mula melibas ke setiap tangan anak buah Spencer hingga berdarah. Ada yang tangan terkelar, ada muka yang terkelar ada juga leher yang terkelar.
Taktala setiap seorang mula di serang oleh Eden, Spencer yang tidak mahu lepaskan pelukan turut mengeluarkan pistol dari balik pinggang seluar di belakangnya. Dia acukan hujung pistolnya ke Eden lalu melepaskan tembakan.
BANG!
Berdesup laju peluru itu meluncur di udara lalu tepat mengenai dada sebelah kanan Eden.
Terundur ke belakang Eden setelah itu. Dia pandang dada kanannya lalu angkat kepala ke arah Spencer. Mujur dia pakai jaket kalis pelurunya!
Mata Spencer terbutang luas melihat reaksi tenang di wajah Eden yang sikit pun tak terkutik dengan tembakannya itu.
Menghabiskan anak buah Spencer yang terakhir, Eden kelar sampai mati ke leher penyerangnya hingga darah terpercik mengenai wajahnya. Setelah itu dia berpaling untuk gerak mendekati Spencer.
Spencer angkat pistolnya semula hendak menembak Eden. Baru saja jarinya hendak tekan trigger, tiba-tiba satu bintik merah muncul dan dibidik tepat ke tangan yang sama.
BERDESUP!
"Arghhh! "raung Spencer apabila satu tembakan hingga ke tangannya hingga buatkan pistol yang dipegangnya jatuh ke tepi.
Eden jalan berarak marah ke Spencer. Renungannya mencerun.
"Beritahu aku... Dekat mana Davina sekarang!"arah Eden setelah tiba di depan Spencer dan cekau kolar baju itu.
Terkejut dengan serangan itu, Spencer keluarkan pisau pula dari balik jaketnya dengan tangan yang tidak cedera. Niatnya mahu menikam Eden. Entah macam mana, seakan Eden tahu pergerakkannya, dengan sekelip mata pisau di tangannya itu di rampas lalu ianya di tikam tepat ke bilah bahunya.
"Arghh! " raung Spencer lagi.
Eden tarik pisau itu keluar dari bahu Spencer lalu di tikam ke tepi peha Spencer pula. "Mana Davina! " tanya dia sambil berbuat begitu.
Spencer jatuh terduduk di situ mengerang kesakitan dan darah mengalir keluar seperti air dari kesan lukanya.
"Ahahahah....bunuh la aku.. Biar kau tak tahu mana aku sorokkan dia.. " cabar Spencer dengan sengih meleret.
Eden yang sudah hilang kawalan itu semakin membuak marah. Lantas dia tarik dengan kasar kulit silicon mirip Declan dari wajahnya. Lantas objek itu di campak ke lantai.
Mata Spencer terbutang luas. "Kau bukan Declan! " sebutnya dengan tergamam.
Eden tidak hiraukannya.
"AKU KATA MANA DAVINA!MANA DIA!!!" Eden menerkam Spencer lantas di tumbuk muka tu berkali-kali kanan dan kiri sampai berdarah bahagian dalam mulut Spencer.
Terkulai sebab tak berdaya, Spencer hanya baring di situ tidak membalas kerana terlalu dumnfounded dengan keadana itu. Dia telah di tipu!
Tercungap-cungap kerana hilang sabar, Eden berhenti. Dia cekau kolar baju Spencer. "Beritahu aku... Mana dia? Mana Davina, Spencer..." digoncang dengan kuat badan tu.
Spencer tersengih meleret. Menayang barisan gigi yang kotor dengan kesan darah. "Hahaha... Dah mati agaknya." beritahu dia. "Aku letak dia dalam tangki air... Macam ikan... "
Mata Eden terbutang luas. Dia jatuhkan Spencer di situ sebelum berdiri. Pistol yang Spencer jatuhkan tadi di capainya dengan lekas.
"Mana?"acu Eden setelah itu.
Spencer hanya terbaring di situ. Sudah berserah pada nasibnya. "Kalau aku mati... Dia akan ikut mati sekali dengan aku! "beritahunya sewaktu termenung memandang langit malam di situ.
Terketar-ketar memegang pistol, Eden pandang Spencer bersama air mata bergenangan di kelopak matanya.
"Eden!!! Kita orang dah jumpa!" beritahu Caleb dengan cemas. "Ya Tuhanku....!"lafaznya dengan terkejut setelah itu.
Eden kejung di situ. Dia pegang alat komunikasi yang terpasang dalam telinganya lepas dengar. "Kenapa? apa yang tak kena? "soalnya.
"Baik kau ke sini... Ianya di kawasan timbunan kontena lama... Kita orang ada dekat sini. Cepat! "beritahu Caleb.
Eden yang dengar turunkan tangannya ke bawah. Dia pandang ke Spencer semula.
"Jangan mati... Urusan kau dengan aku belum selesai lagi! "pesannya sebelum tembak kedua-dua belah kaki itu sebelum pecut lari dari situ untuk ke tempat yang dimaksudkan oleh Caleb.
Spencer di tinggalkan di situ sendirian dengan mayat anak-anak buahnya yang lain. Berlumuran darah dan dalam kesakitan.
YOU ARE READING
30. Love Without Faith
RomanceSequel UNKNOWN Rasanya dapat tak cinta yang telah terputus di sambungkan kembali? Atau perasaan suka tu bertukar ke arah yang lain seperti angin lalu? Atau teruskan saja tanpa menerima orang baru dalam hidupnya. Davina Serephina. Selepas Berjaya sel...