Seusai makan tengah hari sama, sejam kemudian Davina minta diri untuk ke bilik tenpat dia tumpangkan barang di kediaman itu. Membiarkan Eden duduk bersama dengan Bernard berborak di ruang tamu itu.
Pada hari dia berpindah, Davina tak sempat nak bawa semua barang dari rumah lamanya ke apartment dimana dia dan Kaden menginap. Jadi sementara itu dia letakkan barangannya di rumah Bernard. Nak. Mudahkan urusan sekiranya dia perlu pindah keluar dari apartment tu dia tak perlu angkat barang banyak sangat.
Masuk saja dalam ruangan itu, Davina dekati kotak yang mempunyai label 'EDEN' padanya. Ianya adalah barang milik Eden yang tersimpan sama dengan barangan lama ibu angkatnya. Memandangkan Eden tiada baju ganti, Davina mahu bawa pulang sedikit pakaian lelaki itu bersama nanti.
Sedang Davina terbongkok-bongkok menggeledah kotak di situ, seseorang datang menyelinap dari arah belakangnya dengan senyap.
Perlahan-lahan, tangan itu naik mendekati pinggang Davina.
"BAH! " sergah Eden sesaat kemudian sambil mencucuk pinggang Davina.
"Mak! "latah Davina yang melompat terkejut lalu berdiri tegak memusing badan dengan laju.
Oleh kerana terlalu kalut dan terkejut, Davina hendak terjatuh ke belakang.
Sambil tersengih nakal, Eden cepat-cepat capai lengan Davina lalu ditarik ke dalam pelukannya. "Woah....careful there you chicken..."
SLAP!
Satu tamparan hinggap di dada tu serta merta. "Kau dah kenapa! Terperanjat aku la! "getus Davina sambil tolak dirinya jauh semula dari Eden. Nak melompat keluar rasanya perut dia dari kerongkong.
Eden ketawa. Dia kemudiannya lepaskan Davina lepas Davina berdiri tegak stabilkan diri di situ. "Sorry... Apa kau buat ni? Selongkar barang orang tanpa kebenaran eh?"
Davina angkat tangan nak pukul Eden semula, tapi kali ni Eden sempat pegang tangan tu.
"Na'ah... Not this time! "sengih Eden dengan meleret penuh kemenangan.
Davina berdengus mengejek. "Well tangan aku bukannya ada satu! "
SLAP!
"Auw! "Eden pegang tepi lengannya yang jadi mangsa tamparan Davina. Pedihnya! Itu tangan ke apa! "Asal kau suka pukul aku? "
"Dah mulut tu tak pandai nak jaga. Cakap tu elok sikit. Ini barang aku bukannya dia orang... Suka hati nak tuduh aku macam tadi."gerutu Davina sambil tunjuk baju milik Eden di depan muka tu dengan jengkel.
Eden turunkan tangannya dari lengan tadi setelah ternampak akan namanya di beberapa buah kotak di situ. "Kau still simpan barang aku? "
Davina sudahpun gerak menyelongkar almari di situ. Mahu mengambil beg untuk isi barang padannya. "Yalah... Kan aku duduk dekat apartment lama ibu. Disebabkan tak ada siapa yang jaga aku bawak semua barang yang penting sama dengan aku ke sini." jelasnya sambil tu.
Tergerak nak tengok apa yang Davina bawa, Eden gerak ke timbunan kotak di situ. Dia baru saja nak dekat, sekali tu hujung kaki berselipar dalam itu terlanggar satu kotak hingga menyebabkan kotak yang ditindan atas kotak dilanggar itu bergerak lalu jatuh tergolek di atas lantai menumpahkan segala isi dalamnya.
Beberapa buah majalah dan bingkai gambar jatuh di lantai itu. Tepat di depan kaki Eden.
Davina tersentak, dia pandang ke belakang badan Eden. "Apa kau buat tu? Jangan buat sepah boleh tak? " bebelnya semasa melipat pakaian untuk di masukkan ke dalam beg itu.
"Sorry."ucap Eden yang kemudiannya bercakung ke bawah untuk mengutip majalah dan bingkai gambar di situ.
Apabila kotak itu ditegakkan, pada masa itu la Eden ternampak gambar lama yang terpasang pada bingkai gambar tersebut. Ianya gambar lama Davina beberapa tahun yang lepas. Dan satu dari bingkai di situ mengandungi gambar dimana Davina sedang memeluk seorang lelaki dan tersenyum memandang kamera.
"What the hell? "lafaz Eden dengan kening berkerut lepas nampak lelaki di sebelah Davina yang sedang mengucup tepi pipi tu. Patutla ke apa dia rasa macam familiar dengan nama Spencer tu. Jadi Spencer Davina adalah Spencer sama yang sedang menjadi buruannya?
"Davina? "panggil Eden setelah itu. Dia toleh memandang ke Davina.
"Ada apa? " tanya Davina sambil tarik zip untuk tutup beg tu.
Eden angkat kepala dari tunduk memandang gambar itu. "Ini ke Spencer yang kau pernah beritahu aku curang kau dua tahun kau tu? " soalnya semasa memandang Davina.
Bila Davina palingkan kepala dan nampak akan bingkai gambar itu, air mukanya terus berubah. Tak terkata dengan hal itu dia pandang ke muka Eden pula.
"Kau dah tahu dari awal lagi? "soal Eden dengan nada tak percaya.
Sh*t!Davina telan air liur dengan susah payah. Kenapa la dia masih simpan gambar tu!?
YOU ARE READING
30. Love Without Faith
RomansaSequel UNKNOWN Rasanya dapat tak cinta yang telah terputus di sambungkan kembali? Atau perasaan suka tu bertukar ke arah yang lain seperti angin lalu? Atau teruskan saja tanpa menerima orang baru dalam hidupnya. Davina Serephina. Selepas Berjaya sel...