[ ISLY ]

544 94 87
                                    

I Still Love You

"Bila awak pindah sini?"

"Semalam. Niat nak jumpa awak waktu training tapi saya kena balik awal semalam. Driver sampai awal." Jungkook mengalihkan pandangannya dari terus memandang Chaerim. Hampir tiga tahun mereka tak bersua muka, gadis itu tampak lebih cantik dan anggun. Tapi ianya tak bermakna dia akan balik ke gadis itu semula.

"Awak sihat?"

"Sihat." Tangannya membawa keluar lunchboxes yang dibelinya tadi dan diberikan kepada Chaerim satu. Ingat tadi beli lebih satu sebab nak kongsi dengan Roselle tapi macam kesian pula dekat Chaerim.

"Sampai sekarang pun lunchbox awak still tak berubah ya? Wajib beli tonkatsu." Senyuman manis terukir di bibir Chaerim bila melihat kegemaran Jungkook masih tak berubah. Sedikit sebanyak pertemuan mereka kali ini menggetarkan jiwanya. Lelaki itu tampak sangat kacak, lebih kacak berbanding dalam video.

"Awak dah berpunya?"

"Buat masa sekarang tak. Tapi ada calon."

Chaerim tersenyum hambar.

"Mesti Roselle kan? Semalam lagi saya nampak awak berdua dengan dia. Tu, korang berdua ada jawatan sama-sama kan?" Bibirnya memuncung ke arah name badge Jungkook. Walaupun cemburu, Chaerim akan cuba sedaya-upaya untuk meraih cinta Jungkook semula.

"Hm dialah. So saya harap awak pindah sini balik takde lah dengan niat tambahan yang tersirat. Saya tak berminat untuk get back dengan awak." Kunyahannya terhenti. Belum apa lagi dah kena reject. Sebab utama dia pindah ke sini semula pun memang atas sebab Jungkook.

"Finally saya dapat lari dari Jinhun lepas dah selesaikan hutang family saya dengan dia. So now I'm free." Sengaja dia cuba untuk ubah topik.

"Good to hear it then."

"Agaknya kalau saya aktif macam dulu, pengetua boleh ganti tempat Roselle dengan saya tak?" Soalnya sarkastik sambil menyelit rambut ke belakang telinga. Kurang dari seminggu, iaitu 31 August nanti sekolah mereka akan mengadakan Mid Year Sports Day. Waktu itu dia akan pastikan yang Jungkook wajib berkepit dengannya dan bukan Roselle.

"Prestasi Roselle dah cukup bagus. Tak perlu pertukaran vice chairmain baru kut." Kata-kata Jungkook menyentapkan dirinya.

"Saya dah habis makan." Saat lelaki ktu bangkit, segera tangannya menahan tangan Jungkook dari beredar.

"Saya masih cintakan awak."

"I don't. Sorry."

Jungkook mengetap bibir. Tangannya masih tak dilepaskan buatkan langkahnya sekali lagi terhenti. Tanpa sangka, Chaerim bangkit dan berdiri di hadapannya sebelum bibir mereka dilagakan. Jungkook tergamam.

Bahu gadis itu ditolak namun Chaerim tak mengalah. Bibirnya tak lepas mencium bibir Jungkook buatkan telinga mereka berdua mula menangkap bising-bising suara pelajar lain yang berada berdekatan mereka.

Two people already kiss me on my lips!! SHIT I NEED ROSELLE NOT THEM LAH!!

Tubuh Chaerim ditolak menjauh saat gadis itu melingkarkan tangannya di leher Jungkook. Ini dah lebih ni. Benda kau boleh pula nak syok sorang-sorang?

Athletes [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now