[ Sus ]

592 102 29
                                    

Siapa rindu Jungkook dengan Roselle?

Roselle keluar dari bilik sambil ibu jarinya sibuk scroll down ruangan komen YouTube channel Jungkook dengan Taehyung. Entah mengapa sejak dia tahu dua orang lelaki itu ada akaun YouTube, pasti ada satu username yang buat Roselle tertanya-tanya siapalah pemilik akaun tersebut.

Sebaik sahaja dia sampai di tingkat bawah, punggungnya dilabuhkan ke sofa. Duduk di sebelah Jimin yang sedang menatap skrin telefonnya sedari tadi tak bergerak. Sikunya mencuit Jimin. Tersedar lelaki itu dari lamunan pendek dek disiku Roselle.

"Kau asyik termenung je lately ni kenapa Jimin? Kau ada masalah ke? Taknak share?" Keluhan berat yang terlepas dari Jimin buatkan Roselle yakin yang lelaki itu ada masalah yang agak berat. Jarang dia nak nampak Jimin ni jadi diam je sepanjang masa.

"Kau tahu kan aku bercinta dengan budak sekolah lain?" Roselle mengangguk sekali tanda dia tahu. Tapi setakat ni tak pernah lagi dia berjumpa mahupun berkenal dengan teman wanita Jimin.

"Nama dia Ryu Yeonmi. Sebaya dengan kita." Kepalanya mengangguk lagi. Tanda dia tekun mendengar kata-kata dari Jimin yang mula hendak bercerita.

"Aku tak tahu kenapa tapi sejak awal tahun ni, dia dah mula berubah. Setiap kali aku ajak date, dia taknak. Aku nak pergi rumah dia, tak bagi. Then, hari makin hari dia dah mula tak balas chat aku. Bila aku call, dia reject." Roselle mengemam bibir. Selalunya tanda-tanda macamni, bukan ke pasangan tu ada risiko tengah curang belakang dia?

"Kau syak dia ada orang lain?" Soal Roselle dan Jimin mengangguk tanpa ragu.

"Aku tak kisah kalau dia ada lelaki lain tapi jujur la dengan aku. Sekurang-kurangnya takde la aku asyik tertanya-tanya dan syak buruk je dekat dia." Jimin mula jauh hati. Kalau betul Yeonmi memang dah taknak kan dia setelah 2 tahun mereka bercinta dia tak kisah.

Tapi jangan buat dia tertanya sendirian tanpa sebarang jawapan.

"Kau tak pergi intip dia?"

"Dia tak keluar mana-mana pun. Aku contact direct dengan mommy dia." Roselle hanya mampu diam. Dia sendiri tak tahu macam mana nak tenangkan Jimin selain daripada menghadiahkan usapan kecil di belakang tubuh lelaki itu.

"Be strong."

—🌹—

Roselle mengeluh. Setelah puas dia berusaha stalk siapakah pemilik username kepada akaun YouTube yang sering muncul di ruangan komen, akhirnya dia sendiri yang murung. Tak sangka pula yang perempuan itu rupanya teman wanita Jungkook. Atau lebih tepat, ex girlfriend.

Patutlah sus semacam je komen yang dia tinggalkan. Sudahlah tu, semua komen hanya pada video Jungkook sahaja. Video Taehyung ataupun diorang berdua tak pula dikomennya. Roselle memandang wajah Jungkook yang terpapar di skrin iPhone miliknya.

Suara lelaki itu kedengaran sangat merdu, menyanyikan lagu Still With You by Jun Jangkook BTS. Tapi bila dia scroll ke ruangan komen, mata serta hatinya sakit. Nampak macam perempuan tu berusaha keras untuk buat Jungkook notice dia.

Yang buat Roselle paling tertanya, kenapa diorang putus cinta?

"Roselle."

"Hm."

"Termenung apa?" Kepalanya digeleng. Telefonnya disimpan ke dalam poket beg sekolah dan berdiri. Kakinya berhenti melangkah sebaik sahaja dia berdiri tepat di sebelah Jungkook. Wajah lelaki itu dikerling dari tepi.

Athletes [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now