Rose duduk di sebelah Roselle dan memandang wajah adiknya. Termenung jauh sangat tu sampai terjegil mata dah kenapa? Jarinya naik mencuit peha Roselle. Baru tersedar dari lamunan. Terus dia berkalih memandang Rose.
"Ya?"
"Roselle dah bagitahu diorang ke pasal sleep over tu?" Tangannya ditepuk. Terlupa pula nak bagitahu pasal tu tadi. Rose tersenyum. Takpe, banyak masa lagi. Matanya dialih memandang ke arah televisyen.
"Mommy." Dia hanya menggumam.
"Kita nak bagitahu eomma ke pasal Jaeyong?" Topik tersebut buat fokusnya pada drama terus hilang. Tubuhnya dikalih sedikit. Hal ini diorang belum bincang dengan Edward juga sebenarnya. Alasan Roselle pengsan tu pun diorang tak cerita sepenuhnya, cuma bagitahu diorang terserempak dengan Jaeyong dan lelaki itu cuba cari pasal.
"Roselle rasa kita patut bagitahu ke?"
"Tak patut kalau eomma betul-betul curang belakang Jaeyong. Mommy ingat kan dia ada cakap, dia keluar dengan perempuan lain sebab eomma buat benda yang sama?" Rose mengangguk. Dia pun tak tahu nak percaya atau tak, mungkin lelaki tu reka alasan untuk lari.
"Roselle nak tahu benda tu macam mana?"
"Jungkook ada ajak keluar esok. Biar Roselle spy eomma." Rose mengangguk setuju. Namun selepas beberapa saat, wajahnya berubah ingin menyakat Roselle. Haa nak keluar pergi mana tu? Berdua pula?
"Dia ajak pergi library okay? Kitorang kan nak exam bulan depan." Rose tertawa kecil. Iyalah, betul la Roselle nak periksa bulan tiga nanti. Disebabkan diorang ada sukan awal tahun, jadi ada baiknya selesaikan peperiksaan sebelum sukan.
"Mommy pergi London berapa lama?" Soalnya ingin tahu. Haritu waktu Edward beritahu tentang ni, lelaki tu tak sempat nak nyatakan berapa lama diorang akan ke sana. Nak kena tahu juga berapa lama dia akan ajak yang lain untuk sleep over.
"Seminggu lebih macamtu." Roselle mengangguk.
"Abang Jun tahu?" Rose menggeleng. Memang cari maut la kalau nak bagitahu Junggi. Nanti dengan hati yang terbuka, dia pula nak sleep over sekali. Dia pun dah sedia maklum yang Junggi ada perasaan terhadapa Roselle, dan dia juga tak sokong perkara tersebut.
—🌹—
"Sekejap, sekejap." Jungkook lajukan lari pergerakan tangannya, menyalin nota dari buku rujukan Roselle. Susah betul kongsi satu buku ni, belum apa lagi gadis tu dah nak kalih helaian lain. Cepat betul dia salin nota.
"Cepat, Jungkook."
"Sabar la keja— haa tengok kan dah typo." Roselle menahan senyum. Typo apanya? Ingat tengah typing ke? Roselle mencuri lihat. Bibirnya mencebik, tulisan Jungkook boleh tahan cantik juga. Bukunya dipandang pula. Dada diusap perlahan. Nasib baik tulisan dia pun cantik.
"Okay dah."
"Okay, jom balik." Jungkook angguk. Segera mereka kemas barang-barang sebelum keluar dari library. Roselle berdebar sebenarnya. Nak spy orang bukannya senang tau.
"Awak nak ikut saya masuk ke? Saya rasa takde orang." Soalnya sambil membuka tali pinggang keledar. Jungkook mengangguk dan turut berbuat yang sama. Dia keluar dari kereta dan mengikut langkah Roselle masuk ke dalam rumah ibunya.
"Awak tunggu sini." Jungkook mengangguk dan memandang pemergian Roselle yang ingin menjenguk bilik tetamu di tingkat bawah. Saat gadis itu mengajaknya naik ke atas, langkah mereka terhenti di tangga. Masing-masing memandang sesama sendiri. Liur ditelan payah.
YOU ARE READING
Athletes [ COMPLETE ]
FanfictionSemuanya bermula dari situ, Sukan Awal Tahun SAHS 2020. Dimana Jungkook mula menjadi crush aku.