[ Lunch ]

534 94 56
                                    

"Tolong ambilkan gelas dalam almari atas tu. Yang kedua." segera kakinya melangkah ke almari yang disebut oleh Puan Jeon. Empat gelas panjang dicapai dan almari ditutup semula sebelum kakinya melangkah ke meja makan yang dah pun siap dihidangkan makanan tengahari hasil masakannya bersama Puan Jeon.

Feeling feeling masak dengan mak mertua indah banget rasanya!

"Eomma! Jun dah siap mandi!" Roselle mengangkat kepala, memandang Junghyun yang berlari dari tangga menuju ke pintu masuk dapur. Diikuti Jungkook yang kacak dengan rambutnya yang masih basah, berseluar pendek bersama t-shirt putih mampu buatkan Roselle nosebleed.

"Ehem." Dehemnya perlahan dan kembali menuang air ke dalam gelas. Duh kalau termenung sambil tuang air tak ke kecoh je kalau air tu tumpah? Roselle! Sedar diri la!

"Hmm~ wangi dah anak eomma!" Puan Jeon mengangkat Junghyun duduk di atas kerusi tingginya yang terletak di sebelah tempat Roselle berdiri. Kepalanya melangut memandang gadis di sebelahnya yang sangat menawan. Tadi waktu mandi Jungkook hyung cakap, noona ni yeochin dia.

"Noona?"

"Ya?" Walaupun terkejut, Roselle tetap teruja memandangkan jarang-jarang dia nak dengar budak kecil panggil dia dengan panggilan noona. Rasa comel sangat-sangat! Punggungnya dilabuhkan di kerusi yang berada di sebelah kerusi Junghyun.

"Betul ke noona ni emmppp—!!" Terkejut Roselle dibuatnya bila tangan Jungkook sepantas kilat menutup mulut Junghyun dengan telapak tangannya. Saat mata mereka berdua bertemu, entah mengapa Roselle terasa dadanya berdegup sangat pantas. Puan Jeon yang melihat pun keliru.

"Jun ni, kan hyung dah cakap, apa yang hyung bagitahu tu rahsia." Bisik Jungkook sambil melutut di sebelah kerusi Junghyun. Tangannya masih menekup bibir si adik sambil menahan gementar. Hampir-hampir kantoi je apa yang dia cakap dekat Junghyun masa mandi tadi aishhhh!

"Ottayyy~" tangannya dialih sambil mengeluh. Susah betul nak berjanji dengan adik dia ni. Jungkook kembali ke tempat duduknya di sebelah Puan Jeon walaupun risau ingin meninggalkan Junghyun setia di tepi Roselle. Takut dia tak ingat dunia makan terus terkeluar segala kata-kata rahsia.

"Roselle datang sini dah bagitahu mommy Roselle?"

"Dah aunty." bibirnya mengukir senyuman. Tapi semasa mereka berdua menyiapkan makan tengahari, Puan Jeon sememangnya banyak bertanya namun syukur semuanya dapat dijawab tanpa ragu mahupun takut. Roselle juga tak malu mengaku yang ibu tirinya tika ini merupakan kakak kandungnya sendiri.

"Jungkook sepatutnya kawan dengan Roselle awal lagi tahu tak?" Kata-kata Puan Jeon menghentikan kunyahan Jungkook. Kepalanya berkalih memandang si ibu.

"Kenapa?"

"Eomma dengan eomma kandung Roselle kawan baik."

"Uhuks!!" Tersedak Roselle dibuatnya. Namun tak kena tempat pula dia ketawa bila Junghyun menghulurkan botol airnya yang mempunyai straw. Adik siapalah yang baik sangat ni? Jus yang berada di sebelah pinggan makannya dicapai kemudian diteguk beberapa kali.

"Eomma kawan dengan eomma kandung Roselle? Tapi macam mana eomma tahu siapa eomma kandung Roselle? Kau ada bagitahu eomma ke tadi?" Gelengan dari gadis itu buatkan mereka berdua berada di dalam kekeliruan. Sedaya-upaya Roselle taknak cerita mendalam sangat tentang keluarga dia, tak sangka Puan Jeon mengenali eommanya.

"Mestilah eomma kenal. Anak kawan baik eomma. Eomma kenal juga kakak dia, Rose."

"Tapi saya dengan unnie tak pernah kenal dengan aunty rasanya." matanya memandang wajah Puan Jeon. Rasanya ini kali pertama dia jumpa dengan eomma Jungkook. Tapi, kalau wanita itu pernah berkawan dengan ibunya adakah bermaksud dia dan Jungkook pernah berinteraksi waktu kecil dulu?

Athletes [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now