Dada semakin terasa tak senang bila acara yang sangat mencabar dirinya bakal datang. Lima minit yang lalu, dia berjaya menang tempat pertama dalam acara pas baton 4x100m kategori perempuan dan juga acara larian 4x100m persendirian.
Kali ini dia bakal menghadap satu lagi larian yang bukan biasa buatnya serta Youjin mahupun atlet di sekolah mereka. Disebabkan pemain yang bakal bertanding turut disertai oleh pelajar yang masuk acara larian tadi jadi mereka lambatkan 10 minit untuk rehatkan diri.
"Shit, I'm nervous."
"Rose jangan risau. Kau fikir je seolah-olah kau kejar cinta Jungkook yang tengah tunggu kau pas baton dekat dia." Tak semena-mena tocangnya dilibas oleh Roselle. Taehyung ni kalau tak sakat dia seharian memang tak sah!
"Kau ni kan Kim Taehyung! Ughhhh!" Taehyung tertawa sakan. Suka betul dia tengok Roselle geram macamtu. Lagipun dia memang ship sangat Jungkook dengan Roselle bersama. Satu sekolah sendiri dah ship diorang walaupun belum ada hubungan. Sesuai.
"Tu, crush kau dah datang tu. Good luck!" Saat Taehyung berkalih ingin ke khemah, terus sahaja kakinya naik menendang punggung Presiden Kim mengundang tawa dari Youjin serta Jimin. Jungkook yang melihat turut menahan tawanya.
"Kau!" Punggungnya diusap perlahan. Perlahan-lahan dia bangun semula dari terus melutut. Mahunya Roselle tersilap tendang, memang tak ada chance la dia nak bagi Youjin anak. Kuat betul dia tendang!
"Roselle,"
"Ya?"
"We can do it." Senyuman Jungkook melemahkan Roselle. Perasaan geram terhadap Taehyung berubah menjadi bunga yang makin mekar di dalam hatinya. Saat lelaki itu menghulurkan tangannya yang kosong, dahinya sedikit berkerut. Dia nak apa?
"Ap—" katanya mati saat tangan kanannya digenggam erat oleh Jungkook. Jari-jarinya terasa sangat selesa berada di celah jari lelaki itu sambil dihayun perlahan. Faham apa rasa muat-muat? Uhhhhh Roselle!
"Nanti lepas habis bertanding, kita celebrate berdua okay?"
"Berdua?"
Anggukkan kecil dari Jungkook hanya menambahkan getaran yang hebat didadanya. Saat dia berkalih, terpandang pula Taehyung yang sedang sakan mengejeknya. Terus sahaja dia berlari ke arah lelaki itu sebelum tocang Taehyung selamat digenggamnya.
"AH ROSELLE KIM!"
"Kau nak mati awal ke presiden?! Simpan rahsia aku boleh tak?! Kau memang nak aku malu ke kalau dia tahu aku suka dia?!" Marahnya hanya mampu dibisikkan sebab taknak yang lain dengar lagi-lagi Jungkook.
"Okay sayang okay janji tak bagitahu sesiapa!" Segera rambut lelaki itu dilepaskan. Youjin hanya mampu ketawa sambil menampar Jimin. Walaupun diorang tak tahu apalah yang Roselle dengan Taehyung asyik gaduhkan, tapi situasi tersebut sangat menghiburkan mereka.
Nampak bangang je presiden sekolah bila rambut dia kena cengkam gitu.
"Lepasni aku tak panggil kau sleep over rumah aku lagi." Ugut Roselle buatkan wajah Taehyung berubah sedih. Gila ke weh? Rumah Roselle macam heaven kut! Lepas je Roselle dengan Jimin hantar ibu bapanya dekat airport haritu, malamnya diorang pergi shopping makanan.
Hancur juga la diet diorang tapi nasib baik Roselle dengan Youjin mampu tahan nafsu dari ikut makan.
"Kau tengok apa tu Jimin?" Soalan Youjin mengalihkan perhatian mereka.
"Aku rasa macam aku nampak girlfriend aku tadi tapi takde kut." Kepalanya digaru perlahan. Nampaknya teman wanitanya memang tak datang la kut. Takkan merajuk masih bersisa? Dah janji nak datang sokong tapi tak nampak batang hidung pun.
YOU ARE READING
Athletes [ COMPLETE ]
FanfictionSemuanya bermula dari situ, Sukan Awal Tahun SAHS 2020. Dimana Jungkook mula menjadi crush aku.