[ Truth ]

552 94 26
                                    

"Thanks hantar aku sampai dalam bilik." Jungkook mengangguk perlahan. Dah bawa anak dara orang keluar rumah curi-curi walaupun ada izin, kenalah pulangkan semula dengan selamat kalau tak mampus kena reject dengan bakal keluarga mertua.

"Kau suka tak spent time dengan aku seharian?" Anggukan dari Roselle yang kelihatan begitu yakin buatkan Jungkook berpuas hati. Lega rasanya bila plan last minute dia disukai Rosella. Walaupun sekejap namun kenangan yang diperoleh sangat memuaskan.

"Kau dah nak balik?"

"Hm."

"Urm, hati-hati. Jangan bawa motor laju-laju." Ketawa kecil Jungkook dibuatnya bila Roselle berpesan bersama pipi yang memerah. Tangannya naik menyentuh kedua belah pipi Roselle dan diusap perlahan kulit mulus milik gadis itu menggunakan ibu jarinya.

"Aku janji dengan kau yang aku takkan buka cincin couple ni sampai kita kahwin."

"Kahwin?"

"Uhm kahwin." Roselle hanya diam. Entah mengapa dadanya terasa sakit seakan hendak menangis. Kenapa? Bila dia pandang wajah Jungkoom tika ini, dia merasakan sesuatu. Tangannya naik, turut menyentuh kedua belah pipi Jungkook.

"Jungkook,"

"Hm?"

"Kalau kita ponteng sehari lagi boleh?"

Suasana jeda.

Namun selepas beberapa saat, Jungkook menggeleng buatkan hati Roselle hancur berkecai. Kalau boleh, dia nak luang masa lebih lagi dengan lelaki dihadapannya. Banyak lagi benda yang dia nak buat dengan lelaki itu. Banyak lagi perkara yang dia ingin ceritakan tapi apakan daya, tika hari dah cerah nanti, ia bakal menjadi hari terakhir sebelum sukan pertengahan tahun.

Mustahil untuk diorang ponteng.

"Aku balik dulu. Lagi berapa jam je nak tidur ni. Nanti kau tak bangun pula nak pergi sekolah. Nanti cakap dekat mommy dengan daddy kau terima kasih sebab bagi aku bawa kau pergi Busan. Cakap sorry juga sebab tak dapat jumpa diorang properly okay?" Dengan hati yang berat, kepalanya mengangguk perlahan.

Saat Jungkook melepaskan pipinya, Roselle menggigit bibir. Matanya memandang pemergian Jungkook. Berjalan keluar dari biliknya, ke balkoni untuk turun menggunakan tangga kecemasan. Roselle melangkah ke sliding doornya dan mengerling ke luar. Tinggal tiga anak tangga sahaja lagi sebelum lelaki itu menjejak tanah.

"Jungkook!"

Kepalanya berkalih saat kakinya menjejak tanah. Matanya mengecam Roselle sedang menuruni anak tangga untuk mendekatinya.

"Kenapa kau keluar?" Soalnya sambil memalingkan seluruh tubuh menghadap Roselle. Gadis itu berhenti di atas anak tangga terakhir buatkan Jungkook terpaksa melangut sedikit.

"Jungkook."

"Ya?"

Roselle merendahkan kepalanya sambil menyentuh leher Jungkook. Tanpa sempat lelaki itu ingin bersuara, dia terlebih dahulu melagakan bibirnya dengan bibir Jungkook. Selepas beberapa saat, Roselle turun ke tanah sebelum tubuh Jungkook dipeluk seeratnya.

"Thank you sebab pilih aku."

—🌹—

"Taehyung." Presiden berkalih memandang Roselle saat namanya disebut gadis itu.

"Ya?"

"Mana Jungkook?"

Soalannya buatkan Taehyung, Jimin serta Youjin diam serta-merta. Roselle memandang mereka bertiga dengan wajah keliru. Sekarang ni dia cuma tanya mana Jungkook disebabkan Taehyung dah balik semula ke kelas beberapa minit yang lalu bersama Youjin bermaksud pagar sekolah dah ditutup.

Athletes [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now