Roselle menjeling tajam Junggi yang sudahpun tertuduk di hadapannya sambil menunduk. Sebelah tangan menyentuh bahagian bawahnya dan sebelah lagi menahan dirinya dari mencium lantai.
"Uhuk-uhuk!" Junggi sedaya-upaya menahan dirinya daripada menangis, menahan sakit yang tak dapat diungkap setelah adik beradiknya disapa tendangan Roselle tadi. Sampai sekarang rasa tu masih belum hilang buatkan dia tak dapat bangun.
Ding dong~
Roselle berjalan ke arah pintu dan dibuka. Bibirnya tersenyum nipis melihat Taehyung bersama Youjin di depannya. Mereka berdua mengerling ke dalam rumah dan masing-masing tergamam melihat Junggi sedang melutut.
"Masuklah."
Taehyung melangkah masuk ke dalam rumah Roselle sambil memeluk bahu Youjin. Saat mereka berdua melabuhkan punggung ke sofa, mata tertumpu pada Junggi yang nampaknya sedang bersabar menempuhi segala dugaan.
"Hyung, sakit lagi?" Soalnya sengaja. Roselle menahan ketawa. Ada hati dia cuba nak rogol aku? Silap banyak la cari pasal dengan Vice Chairman Athletes SAHS.
"Abang balik dulu."
Roselle hanya memandang Junggi yang sedang mencuba untuk bangun. Lemah sahaja langkah lelaki itu keluar dari rumahnya buatkan Roselle melepaskan keluhan. Walaupun dia berjaya selamatkan diri, tapi dia tetap takut. Sebagai seorang perempuan biasa, rasa takut itu bila-bila masa saja boleh datang.
"Dia cuba apa-apakan kau ke Rose?"
"Hm. Sebabtu aku terpaksa tendang dia." Roselle menunduk. Youjin bangkit dan mengubah tempatnya, duduk di sebelah Roselle untuk tenangkan sahabatnya itu. Mujur juga dia ajak Taehyung datang sebab kebetulan Roselle ada bagitahu yang Edward dengan Rose ada hal di luar.
"Thanks datang teman aku."
—🌹—
Roselle tekun menerangkan jalan kerja matematiknya pada Jungkook sebab dari tadi lelaki itu kurang faham dengan cara penyelesaian dia. Dengan penuh semangat, dia cuba untuk fahamkan Jungkook.
"Jungkook." Roselle turut memandang ke arah Naomi yang sudah pun berdiri di sebelah meja Youjin. Bibirnya dikemam melihat wajah Naomi yang sangat cantik rupanya ketika sedang bercakap dengan Jungkook. Matanya turun memandang sisi wajah lelaki di sebelahnya yang menumpang tempat duduk Youjin buat sementara waktu.
"Jom teman saya kejap." Roselle memandang tangan Jungkook yang kini dah pun berada di dalam genggaman tangan Naomi. Saat Jungkook berdiri, kepalanya melangut.
"Uhm nanti aku datang balik." Tak mengangguk mahupun menggeleng, Roselle memandang pemergian Jungkook. Kini dia sendiri di dalam kelas memandangkan sekarang waktu rehat. Dadanya yang terasa sakit disentuh. Kenapa? Kenapa dada ni terasa sakit?
Telapak tangannya dikerling. Tangan ni selalu ragu-ragu untuk sentuh Jungkook. Takut Jungkook tolak dan takut kalau lelaki itu fikir benda bukan-bukan. Tapi Naomi..
Buku kerjanya ditutup sebelum kakinya melangkah keluar dari bilik. Roselle ingin mencari ke mana Naomi bawa Jungkook. Dia ingin tahu. Sebab sejak tiga hari yang lepas, Jungkook dah kurang luang masa dengannya.
"Eh, Roselle sunbae!" Tegur seorang pelajar perempuan gred 11 dari kelab memanah. Roselle tersenyum manis.
"Ha tadi saya nampak Jungkook sunbae masuk bilik muzik. Saya ingatkan dia pergi dengan Roselle sunbae tadi. Tapi bukan." Kata-kata hoobaenya buatkan Roselle berfikir sekejap. Kenapa Naomi bawa Jungkook pergi bilik muzik. Disebabkan tiada respon, gadis tadi meninggalkan Roselle sendiri.
YOU ARE READING
Athletes [ COMPLETE ]
FanficSemuanya bermula dari situ, Sukan Awal Tahun SAHS 2020. Dimana Jungkook mula menjadi crush aku.