Harini author start final exam, wish me luck gais😭❤️ malamni atau esok InsyaAllah author update epilogue. Terima kasih❤️
Roselle menarik nafasnya dalam. Walaupun kedai dihadapannya sudahpun tutup, namun Roselle yakin yang ibu kandungnya masih di dalam. Lampu kedai masih terbuka dan kereta ibunya masih terparkir elok di sebelah kedai.
Pintu cuba ditolak. Bibirnya tersenyum nipis tika pintu tak berkunci. Kakinya melangkah masuk ke dalam butik pakaian pengantin tersebut dan memandang sekeliling. Saat pintu tertutup, Roselle berkalih sekejap sebelum kembali memerhati suasana kedai.
"Maaf~ kedai kam—" muncul ibunya dari ruangan staf untuk ke depan, menjenguk pelanggan yang baru sahaja masuk. Dia ingin maklumkan yang kedai dah pun tutup memandangkan dah lebih dari waktu bekerja.
"Eomma."
Roselle menelan liur saat ibunya berkalih untuk masuk ke ruangan staf semula. Namun sekali lagi ibunya dipanggil buatkan wanita itu berhenti dari melangkah. Perlahan-lahan Roselle mendekat dengan kaunter yang terletak berdekatan dengan ibunya.
"Eomma, Roselle ada banyak benda nak cerita dengan eomma. Boleh tak eomma luang masa dengan Roselle?" Soalnya sambil menahan sebak. Sejak pemergian Jungkook, hari makin hari mereka semakin dewasa buatkan Roselle semakin terkenangkan ibunya.
Makin lama dia makin fikir betapa biadapnya dia sebagai seorang anak melayan ibu yang melahirkannya sebegitu teruk.
"Sejak bila Roselle ada rasa nak bercerita dengan eomma?" Tika ini, tangisannya tak dapat ditahan lagi. Melihatkan layanan dingin si ibu buatkan Roselle tersedar betapa jahatnya dia melayan wanita itu dulu.
Jihwa berkalih memandang Roselle tika anak perempuan itu tak menjawab. Dadanya tersentak melihat Roselle yang sedang menangis. Tersentuh hatinya melihat tangisan Roselle. Begitu lama mereka tak bersua muka, tak dapat dinafikan dia sangat rindu pada anaknya.
"Roselle." Tekaknya terasa sakit tika sebak mendatang. Luluh hati dia melihat anak perempuannya menangis. Adakah kali ini Roselle betul-betul menyesal atas perbuatannya dulu? Adakah Roselle betul-betul ingin pulihkan keadaan mereka?
"Eo-eomma.." tersedu-sedan Roselle menangis buatkan Jihwa tak dapat membantu dirinya lagi. Langkah dibuka dan terus sahaja dia mendapatkan Roselle. Dipeluk erat tubuh anak perempuannya itu sambil menangis terharu.
Makin kuat juga Roselle meraung.
"Roselle, eomma rindu sangat-sangat dekat kamu!" Belakang tubuh anaknya diusap-usap. Agaknya bila kali terakhir mereka berpelukan begini? Agaknya bila kali terakhir Roselle menangis sambil memanggilnya eomma?
Lama mereka berdua berpelukan, melepaskan rindu yang tak dapat diungkapkan. Jihwa mengelap air mata Roselle sambil tersenyum. Tangan anaknya ditarik dan mereka berdua duduk di kerusi yang tersedia di dalam kedai. Rambut Roselle diusapnya sambil tak henti menilik dan memuji anaknya.
"Eomma,"
"Ya?"
"Roselle ada permintaan." Jihwa mengangguk perlahan. Apa agaknya permintaan Roselle setelah lama anaknya itu tak meminta dengannya. Rasanya seperti ini kali pertama Roselle ingin menyatakan permintaannya.
"Roselle nak eomma jahitkan baju pengantin untuk Roselle. Sebab, Roselle nak kahwin hujung bulan June nanti!" Terdiam Jihwa buat seketika. Adakah dia bermimpi? Gadis di hadapannya baru sahaja menyatakan hasratnya untuk berkahwin bukan? Dan ingin dia yang jahitkan baju pengantin buat gadis itu?
"Kahwin? Roselle?" Laju sahaja Roselle mengangguk sambil ketawa. Dia benar-benar teruja untuk sampaikan berita ni pada Jihwa.
"Roselle bercinta dengan siapa? Kenapa eomma tak tahu pun?"
YOU ARE READING
Athletes [ COMPLETE ]
FanfictionSemuanya bermula dari situ, Sukan Awal Tahun SAHS 2020. Dimana Jungkook mula menjadi crush aku.