[ Jealous ]

602 93 79
                                    

"Erk—" Roselle terdiam saat matanya tiba-tiba sahaja ditutup oleh sepasang tangan seseorang yang tak diketahuinya. Pensil dilepaskan dan tangannya meraba jari-jemari manusia yang sedang menutup kedua belah matanya. Sesaat dua saat dia berfikir, bibir naik mengukir senyuman.

"Jimin."

Matanya kembali dibuka dan kepala dilangut, memandang Jimin yang sedang tersenyum ke arahnya. Lelaki itu menarik kerusi yang berada di sebelah Roselle dan punggungnya dilabuhkan. Bukunya diletak di atas meja begitu juga dengan pencil box.

"Mimpi apa datang library waktu rehat ni?" Soal Roselle.

"Uhm result math Jungkook awal tahun haritu nampak makin bagus sebab kau dengan dia selalu study sama-sama. So, aku nak kau ajar aku juga." Roselle ketawa perlahan namun kepalanya diangguk juga. Tak ada masalah pun untuk dia kongsi ilmu dengan Jimin.

Lagipun lelaki itu pandai subjek sejarah. Ada bagus dia minta bantuan dari Jimin juga memandangkan dia memang kurang subjek tersebut. Jimin membuka buku latihannya dan mula bertanya soalan yang dia dah siap tanda malam semalam ketika dia cuba membuat latihan.

"Fuh soalan ni, aku dengan Jungkook nak pecah kepala bincang. Sini, sini."

—🌹—

Jungkook mengeluh di sebalik rak buku perpustakaan yang digunanya untuk bersembunyi. Baru saja tadi dia nak tegur Roselle, tengok-tengok Jimin dah sampai dulu. Siap main tutup mata lagi tu. Dah la Roselle teka betul. Kecewa hati ini dibuatnya.

"Jungkook?"

"Naomi." Tubuhnya dikalih menghadap Naomi sepenuhnya. Sejak kes dia reject Naomi haritu boleh tahan lama juga gadis itu tak nak bercakap dengan dia. Harini baru dia dengar suara Naomi semula. Bibirnya naik mengukir senyuman nipis.

"Awak buat apa tersorok-sorok belakang rak ni?" Soal Naomi curiga. Sebenarnya dia datang sini nak ambil buku rujukan, tapi tak sangka terserempak dengan Jungkook pula. Tengah main sorok-sorok dengan siapa tah celah buku tu.

"Ehm saya cari buku la. Awak?" Naomi ketawa kecil dan menggeleng perlahan. Buku yang diambil awal tadi diletak ke rak semula dan buku yang baru dicari pula. Jungkook melepaskan keluhan. Tak bernas langsung alasan kau Jungkook.

"Naomi." Nama gadis dihadapannya disebut saat kelihatan Naomi berura-ura ingin meninggalkannya setelah buku baru yang dicari dah pun diambil.

"Awak memang taknak bercakap dengan saya terus ke sejak kejadian haritu?" Soalnya agak tak berpuas hati. Kalau nak diikutkan, mereka berkawan tak lama pun jadi kenapa Naomi perlu merajuk lebih-lebih dengannya bila kena reject? Bukannya kenal lama pun.

"Uhm, saya malu nak bersemuka dengan awak. Saya tahu saya nampak macam desperate sebab paksa awak terima saya sedangkan kita baru je kenal." Jungkook memerhati Naomi yang sedang menunduk sambil memeluk buku. Terasa serbasalah pula.

"Uhm, saya minta maaf kalau saya reject awak haritu buat awak sedih sangat-sangat." Naomi menggeleng kecil. Walaupun begitu perasaannya terhadap Jungkook tetap sama, dia masih sukakan lelaki itu dan sentiasa memerhati Jungkook ketika di dalam kelas.

"Saya masih simpan perasaan dekat awak lagi."

Suasana jeda seketika. Jungkook memandang dalam anak mata Naomi. Walaupun dia dapat rasa keikhlasan gadis itu sukakannya tapi hatinya tak punya ruang buat Naomi. Roselle sahaja nama yang mampu bertakhta di dalam hatinya dan tak mampu terbuka untuk mana-mana perempuan lain selain gadis itu.

Athletes [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now