[ Midnight ]

608 104 4
                                    

Roselle menolak sliding door dan berjalan keluar ke ruangan kolam di rumahnya. Walaupun hari dah menjelang tengah malam, tapi tak menghalangnya untuk mengambil angin di luar. Yang lain pula dah selamat tidur dalam bilik masing-masing rasanya.

"Rose." Kepalanya serta merta berkalih saat namanya disebut. Kalau dah dipanggil Rose tu tak lain tak bukan Taehyung la jawabnya. Lelaki itu keluar dan mengambil tempat di sebelah Roselle. Kakinya turut dicelup ke dalam air kolam dengan mudah memandangkan dia hanya memakai seluar pendek.

"Kau tak tidur lagi?" Soalan Taehyung dibalas dengan gelengan. Tak dapat nak lelap pula.

"Kau fikirkan Jungkook?" Keluhan terlepas saat nama lelaki yang selalu berada di dalam mindanya terluah dari bibir Kim Taehyung. Kepalanya sangat kusut dan berat sebab dah dipenuhi dengan Jungkook.

"Mana kau tahu aku tengah fikir pasal dia?"

Taehyung tersenyum.

"Rose, Jimin pun dah tahu kau sukakan Jungkook. Kitorang nampak la kau asyik termenung fikirkan dia je." Roselle mengemam bibir. Sebenarnya dia kecewa, hari-hari fikirkan Jungkook.

Sebab dah tiga hari diorang sleep over dekat rumah dia, Jungkook langsung tak datang walaupun lepas balik sekolah. Katanya eomma dia tak benarkan. Salah satu alasannya, eomma dia tak kenal Roselle tu siapa.

Nak tak nak, dia kena terima yang Jungkook tak dapat nak luang masa bersama mereka di rumahnya.

"Eomma Jungkook jenis yang memilih ke Taehyung?" Soalnya ingin tahu. Anggukkan Taehyung buatkan Roselle mengeluh lagi. Rasa macam harapan nak bersama Jungkook terus punah walaupun setakat ini dia cuma berangan. Apatah lagi nak fikirkan masa depan entah tercapai ke tidak.

"Tapi eomma dia baik la. Cuma sesiapa yang nak kawan dengan Jungkook memang ambil masa sikit sebab nak kena kenal dengan eomma dia." Roselle mengangguk faham. Kakinya digerakkan perlahan.

"Aku tak pernah on crush dekat sesiapa sebelum ni. Sebabtu kut aku tak pandai sorok perasaan aku." Bahunya terasa ditepuk perlahan. Dia tak pernah minat mana-mana lelaki sejak kejadian teman lelakinya dirampas oleh ibu sendiri.

Sudahlah waktu bercinta dengan Jaeyong, mereka hanya berjumpa hari minggu sebab Jaeyong merupakan pelajar universiti. Jadi mereka banyak luang masa di internet. Tak sangka pula lain jadinya bila dia kenalkan Jaeyong pada eommanya.

"Aku faham tu. Kitorang pun rasa Jungkook sukakan kau juga. Tapi situasi korang berdua ni macam sukar je tahu tak? Dia taknak mengaku kau pun taknak mengaku."

"Dia suka aku?" Taehyung mengangguk.

"Tapi aku rasa dia anggap aku kawan je." Taehyung mengerling wajah Roselle. Adakah gadis itu awal-awal lagi dah fikir yang dia bertepuk sebelah tangan? Dia cuba untuk lawan keinginan dia untuk berterus terang ke?

"Kenapa kau cakap macamtu? Dia ada bagitahu ke dia anggap kau kawan je?"

"Memanglah takde. Tapi cara dia baik dengan aku tak ubah macam kau dengan Jimin rapat dengan aku. Memang aku suka dia tapi aku tak rasa la apa orang cakap, uhm perasaan dia gementar dengan aku ke apa, takde." Taehyung mengeluh.

"Aku tak pernah nampak dia flustered pun. Aku je yang asyik flustered dengan dia memanjang."

Jungkook pun satu, lelaki itu memang pandai simpan perasaan dia dari diketahui oleh orang lain. Tapi bukan dia dan Jimin. Hyung mereka yang lain pun dah sedia maklum dengan perangai Jungkook.

"Kau taknak cuba confess dekat dia?"

"Aku tak suka ambil first step." Kepalanya mengangguk faham. Mungkin sekarang tak pelik pun kalau perempuan yang meluah dulu tapi sakit yang perempuan rasa bila ditolak lagi perit daripada lelaki bila kena reject tu.

Lelaki kan chill.

"Kau jangan la ambil hati dengan eomma dia. Percayalah, eomma dia baik. Takde pun pilih miskin kaya ke apa cuma agak strict." Taehyung cuba memberi semangat buat Roselle. Hubungan mereka pun masih awal lagi. Tak ke mana pun kalau masing-masing dah suka sama suka.

Paati akan ada salah seorang dari mereka yang ambil langkah pertama.

"Esok aku cuba bagitahu eomma dia. Minta Jungkook datang lepak lepas sekolah dekat sini." Roselle mengangguk perlahan. Dia enjoy sangat-sangat bila Taehyung, Jimin serta Youjin tidur di rumahnya. Setiap malam sebelum tidur mesti diorang menyanyi dulu dekat luar rumah tengok langit.

Yang Youjin main gitar, Jimin dengan Taehyung menyanyi dan Roselle pula tukang senyum memandangkan dia tak yakin untuk serlahkan bakat nyanyian dia di depan kawan. Kalau boleh nak je dia masuk sekali ad-lib tapi apakan daya, takde keyakinan.

"Jom, aku teman kau pergi bilik." Taehyung bangun dan tuala yang tersedia di atas kerusi kayu dicapainya. Dilap kakinya yang basah sambil memandang Roselle yang turut mengelap kakinya. Tuala tersebut disidai sebelum mereka berdua melangkah masuk ke dalam semula.

"Kalau kau dengan Jimin cuba untuk pecahkan rahsia aku, mati korang berdua." Sempat Roselle mengugut sebelum pintu biliknya ditutup. Taehyung memggaru belakang kepalanya. Jimin tahu pun memang sebab dia sebenarnya, terlepas cakap weh.

Tapi mujur, Jimin memang dah rasa curiga dengan Roselle dan Jungkook. Jadi tak dikira dia bocorkan rahsia la kan?

"Eh? Kau tak tidur lagi Jimin?" Soal Taehyung sebelum berbaring di sebelah lelaki itu. Matanya memandang ke arah telefon Jimin.

"Dia seen?" Jimin hm. Telefonnya dicas semula dan baringnya diselesakan. Entah apa la angin teman wanita dia tu. Tak tahu apa salah yang dia buat tup-tup nak merajuk. Stres! Sudah lah nak jumpa pun susah. Bila ajak keluar malas tapi bila tak ajak merajuk bagai.

"Itulah siapa suruh bercinta dengan budak sekolah lain? Tengok aku, kekal sampai sekarang."

"Diamlah presiden." Taehyung tertawa. Sengaja betul nak kacau angin tak baik Jimin tu. Haih, seketika kepalanya terfikirkan Jungkook. Lelaki itu ada mengadu dengannya betapa kuat keinginannya nak lepak sekali. Tapi sebab si ibu Jungkook tak mampu nak melawan.

"Agaknya bila la Jungkook nak confess dekat Roselle kan?"

"Itulah weh. Aku rasa dia still berat hati nak bercinta la. I mean, hubungan dia haritu kan agak kritikal." Taehyung mengangguk setuju. Seratus peratus, selepas lelaki itu berjaya melepasi dari fasa putus cintanya, dia berubah.

"Aku rasa sebab tu juga la eomma dia tak bagi Jungkook kawan dengan perempuan. Yelah, dia rapat gila dengan ex Jungkook kan? Sampai layan macam anak sendiri dah." Jimin menggeleng perlahan. Boleh dikatakan perpisahan Jungkook yang lalu agak tragik.

"Kau turun tadi, jumpa Roselle ke?"

"Hm, sedih betul rupanya. Esok aku cuba cakap dengan aunty Jeon. Harapnya dia bagi la Jungkook singgah kejap." Jimin mengangkat ibu jarinya. Bagus idea Taehyung.

"Dah la, sembang dengan kau bila pun aku tak tidur." Taehyung mencebik. Lampu tidur ditutup dan dia turut menutup mata.

Goodnight, by President Kim.

[ To be continue ]

[ To be continue ]

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Athletes [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now