Pintu bilik air ditutup setelah dia selesai mandi. Rambut yang masih basah dikeringkan dengan hair dryer terlebih dahulu sebelum disikat kemas. Roselle bangun dan beralih ke katilnya. MacBook dibuka dan dia masa untuk layan Netflix, on!
Sedang dia selesakan duduk, tangannya menindih sesuatu di bawah selimut buatkan dia terasa pelik. Digenggam benda tersebut kemudian dibawa keluar. Oh, diari dia rupanya. Yang Jungkook pulangkan haritu.
Namun saat dia perhatikan buku tersebut, terasa ada aura yang menyuruhnya untuk buka. Disebabkan dia rasa isi dalam cuma isi yang sama jadi mungkin tak penting. Tapi rasa ingin buka tu tetap ada. Akhirnya Roselle membuka juga buku tersebut.
Diselak muka surat tersebut laju menggunakan hujung ibu jarinya dan terhenti saat dia terlihat beberapa tulisan yang berada di berlainan kertas dan berselang selepas beberapa muka surat kosong.
"Ini ke yang Jungkook nak aku tengok?" Dicari semula muka surat yang dia ternampak tulisan pertama.
I would love to heal you if you need me.
Roselle, for me you're the most beautiful flower among all the flowers around the world.🌹
Saya harap kehadiran saya buat awak selesa.
Don't be sad❤️
Awak boleh kongsi masalah awak dengan saya kalau awak nak, saya okay je.
I love to know about you more✨
❤️❤️❤️
Bibirnya tak henti mengukir senyuman.
"Awak buat saya makin suka awak la Jungkook." Selimut dibawa ke bawah dagu dan digenggam erat sambil menggigit bibir. Pipinya yang terasa bahang disentuh. Hari-hari yang dilalui bersama lelaki itu mula menerjah kepala. Jungkook selalu hantar dia balik kalau ada latihan sampai lewat malam, study sama-sama dekat library.
Kongsi AirPod dengar lagu sweet, makan makaman kegemaran diorang sama-sama. Dan yang paling tak boleh dilupakan bila lelaki itu selamatkan dirinya dari tercedera.
"Ehem." Deheman seseorang membuatkan senyuman Roselle hilang. Mencerlung tajam matanya memandang ke arah muka pintu. Terus sahaja dia bangkit dan menolak tubuh lelaki itu menjauh.
"Kenapa abang ada dekat sini hah? Tak malu ke ceroboh rumah orang suka hati?" Marahnya sambil melangkah turun untuk ke ruang tamu. Sumpah marah gila. Dah la ibu dan ayahnya tiada di rumah ketika ini. Boleh pula Junggi suka hati masuk rumah dia? Siapa yang bagitahu paskod rumah ni?
"Abang ada benda nak cakap dengan Roselle."
"Nak cakap apa?" Nadanya semakin dingin.
"Siapa lelaki yang selalu hantar Roselle balik? Roselle tahu tak hari-hari abang tunggu Roselle depan sekolah? Sekali pun tak pernah datang dekat abang." Keluhan terlepas.
"Roselle tak suruh abang ambil kan? Takde siapa suruh abang ambil Roselle balik sekolah kenapa abang pergi?" Matanya menjeling Junggi yang sedang menunduk.
"Eomma yang suruh Junggi ambil kamu." Roselle memandang ke arah dapur. Apa pula eomma dia buat dalam rumah ni?
"Macam ma— eomma ke yang bawa abang Jun masuk tadi?" Tiada jawapan dari eommanya buatkan Roselle yakin. Memandangkan ibu kandungnya tahu paskod rumah mereka jadi memang sah la dia yang bawa Junggi masuk rumah.
YOU ARE READING
Athletes [ COMPLETE ]
FanfictionSemuanya bermula dari situ, Sukan Awal Tahun SAHS 2020. Dimana Jungkook mula menjadi crush aku.