[ D-Day ]

613 105 10
                                    

Badan diregangkan sambil memandang pemandangan di hadapannya. Tempat duduk penonton dah dipenuhi tetamu. Banyak sekolah-sekolah dijemput untuk hadir bagi meriahkan lagi suasana hari sukan mereka. Ada juga pelajar dari Seoul High School turut hadir.

Roselle berkalih memandang Jimin yang sedang melihat ke arah ruangan penonton. Nampak macam lelaki itu tengah cari seseorang. Bahu lelaki itu dicuitnya.

"Kau cari siapa?"

"Girlfriend aku. Dia cakap dia nak datang tapi takde pun nampak." Roselle turut mencari walaupun dia tak tahu rupa teman wanita Jimin macam mana. Apa yang dia tahu ialah teman wanita Jimin merupakan pelajar SHS.

"Dia tak datang kut. Jom la pergi belakang." Roselle mengikut langkah Jimin duduk di bawah pokok di mana para athletes SAHS berkumpul. Punggungnya dilabuhkan di sebelah Jungkook.

"Peserta lelaki acara lompat tinggi, dari ketiga-tiga wakil sekolah sila berkumpul. Permainan akan dimulakan sekarang." Jimin segera bangkit bersama 4 lagi orang ahli lelaki lain wakil sekolah mereka untuk berkumpul di kawasan lompat tinggi.

Jadi antara kumpulan mereka Jimin sahaja yang sertai acara lompat tinggi. Roselle dan Youjin tak lepas bersorak saat Jimin masih berjaya teruskan lompatan walaupun palang semakin tinggi. Bukan biasa-biasa anak Park ni.

Selesai acara lompat tinggi kategori lelaki, kali ini perempuan pula akan bertanding. Roselle dan Youjin bersama dua ahli perempuan sekolah mereka bangkit untuk ke tempat bertanding. Wajah atlet dari sekolah lain dikerling satu-satu.

"Kawal muka tu, tampar kang." Youjin mengangkat tangan seolah-olah ingin menampar Roselle membuatkan gadis itu tertawa. Saja dia buat muka nak cari gaduh. Mood untuk menang mula membuak-buak.

Rambutnya diikat sanggul malas, namun saat tangannya sedang mengikat getah pada rambut matanya terpandang Jungkook yang sedang mengamatinya dari sana. Kejap, tak perasan sendiri kan?

Saat lelaki itu tersenyum, serta merta wajahnya terasa bahang. Halah-halah crush tengok kita ikat rambut laaaaa!

Momen ketika mereka berdua berlatih lompat tinggi di dewan sukan saban hari menerjah kepala. Bibirnya sedaya upaya ditahan agar tak tersenyum. Pipinya ditampar perlahan dan mula fokus. Boleh kalah kalau tak fokus sebab fikirkan Jungkook ni.

Matanya memandang tepat ke arah Roselle, bukan Youjin atau pelajar dari sekolah lain. Gadis itu sahaja yang mampu menarik perhatiannya buat masa ini. Tekun dia bersorak di dalam hati, menyokong Roselle setiap kali dia berjaya selepas palang dinaikkan berkali-kali.

Nampaknya Roselle takkan bagi peluang pada atlet lain untuk kalahkan dia. Tak sia-sia dia ajar Roselle tips dia haritu. Berguna nampaknya. Dari sini lagi dah nampak yang Roselle boleh jadi pemenang.

Selepas beberapa minit, mc mula membacakan nama pemenang buat kategori lelaki terlebih dahulu.

"Tempat ketiga, dimenangi oleh Heo Jinyong wakil dari Goyang High School!" Roselle turut menepuk tangan. Namun setelah tempat kedua dan tempat pertama diumumkan, semua pelajar Seoul Athletics High School mula bersorak sekuatnya.

Lee Hajun, memenangi tempat kedua dan Park Jimin memenangi tempat pertama. Mereka berdua merupakan wakil SAHS membuatkan pelajar masih belum henti bersorak. Sakan betul bila dapat tengok kemenangan depan mata kalini.

"Baiklah, pemenang bagi acara lompat tinggi kategori perempuan. Tempat ketiga, Jeon Youjin, wakil SAHS!" Roselle menepuk tangannya gemuruh. Jeritan turut kedengaran, bersorak untuk Youjin, teman wanita Presiden SAHS.

Roselle mengusap tangannya. Tempat kedua dimenangi oleh wakil Incheon Sport School. Matanya ditutup rapat saat pemenang tempat pertama bakal diumumkan.

Athletes [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now