"Jungkook, bangun. Dah pukul 8. Kau cakap semalam nak jalan-jalan harini?" Tangan lelaki itu yang sedang melilit pinggangnya dari belakang ditepuk perlahan, mengejut Jungkook supaya bangun dari tidur.
Walaupun dia sendiri mengantuk sebab semalam pukul 5 lebih baru tidur. Tapi sebab harini Jungkook janji nak jalan-jalan jadi kenalah guna masa yang ada. Sebab malam nanti diorang bakal pulang ke Seoul semula memandangkan Jungkook order tiket KTX pergi-balik.
"Hm~" suara garau yang menyapa belakang telinganya benar-benar menaikkan bulu roma. Shit shit shit!!!! Roselle cuba untuk bertenang dari fangirling. Sedang dia menunggu Jungkoon untuk bangun, kepalanya terfikirkan kejadian malam tadi.
"Huh huh huh—" dahi mereka berdua berlaga. Mengambil nafas memandangkan dah kehilangan nafas sampai hampir semput tadi. Roselle hanya mampu memandang bawah, wajahnya terasa sangat bahang bila menyedari Jungkook tak lepas memandangnya dalam. Apakan daya, dia tak yakin untuk membalas pandangan tersebut.
"Kau marah aku ke?" Suara deep lelaki itu buatkan dadanya berdegup semakin kencang. Kepalanya digeleng perlahan. Roselle menelan liur ketika rambutnya diselitkan ke belakang telinga. Jantungnya hampir gugur saat ibu jari Jungkook mengusap bibirnya.
"Jungkook,"
"Hm?"
"A-aku suka kau juga." Luahnya bersama suara yang hilang-hilang tanpa memandang lelaki itu. Nafasnya agak kencang bila Jungkook bertindak melangutkan wajahnya, buatkan dia terpaksa membalas tatapan hangat dari lelaki itu. Sumpah cakap, dalam banyak-banyak hari, ini kali pertama dia dapat memandang Jungkook dengan pandangan yang jujur, tanpa ada rasa ingin berselindung.
"Hm." Anggukan kecil Jungkook buatkan bibirnya naik mengukir senyuman nipis.
"Jom tidur, aku risau kalau jadi benda lain." Senyumannya hilang. Terus sahaja tangannya menolak dada Jungkook. Saat lelaki itu ketawa, hatinya terasa sangat riang mendengar tawa Jungkook yang indah.
Namun selepas beberapa saat, wajahnya membahang semula tika tangan Jungkook melingkar di belakang tubuh serta di bahagain belakang lututnya. Automatik tangannya memeluk leher Jungkook saat kakinya sudah tak menjejak lantai.
Perlahan-lahan tubuhnya dibaringkan di atas katil sebelum lelaki itu turut berbaring di belakangnya sambil menarik selimut menutup tubuh mereka berdua.
Dan malam itu, Roselle tidur dengan lena bersama Jungkook yang memeluknya dari belakang.
"Kau mandi dulu la." Lamunannya terhenti.
"Okay." Roselle mula bangun saat Jungkook melonggarkan pelukannya. Selimut diselak dan kakinya diturunkan dari katil. Perlahan-lahan dia bangkit dari katil sebelum berjalan ke arah bilik air. Sedaya-upaya dia berhati-hati agar tak memandang lelaki itu.
Jungkook memerhati Roselle yang berusaha untuk tak memandangnya sambil tersenyum nakal. Namun ketika gadis itu berdiri di depan pintu bilik air, mata mereka bertemu juga disebabkan Roselle tak mampu menahan diri dari ingin memandang Jungkook.
"Kau malu ke?"
"M-mana ada!" Pintu bilik air dihempas buatkan Jungkook ketawa. Ouh dia nak sakat aku pula? Ughhh!!!!
Selesai bersihkan diri, Roselle menjengukkan kepalanya terlebih dahulu sebelum keluar. Tali bathrobe diikat ketat kemudian kakinya melangkah keluar. Selamba dia berjalan ke arah sofa untuk mengambil pakaiannya. Namun niat untuk abaikan Jungkook terbantut tatkala pinggangnya dirangkul dari belakang.
Bahunya terasa memberat tika lelaki itu merehatkan dagunya disitu. Roselle menyentuh tangan Jungkook yang berada di pinggangnya. Kenapa perasaan ni buat dia ingin menangis tiba-tiba? Rasa macam, bercinta dengan Jungkook hanyalah khayalan.
YOU ARE READING
Athletes [ COMPLETE ]
FanfictionSemuanya bermula dari situ, Sukan Awal Tahun SAHS 2020. Dimana Jungkook mula menjadi crush aku.