Selesai menukar baju sukan, Roselle melipat baju seragam sekolahnya dan dimasukkan ke dalam beg kertas yang dibawa dari rumah setiap hari. Tali kasut diikat ketat sebelum berjalan mengikut Youjin dari belakang.
"Harini Puan Kim takde. Jadi aku yang akan jaga korang semua." Memandangkan semua di sini sebaya jadi Taehyung lebih selesa bahasakan dirinya sebagai aku. Senarai nama peserta larian mula dipanggil untuk lari di trek satu-persatu.
Setiap kali latihan, atlet perlu kurangkan kiraan masa larian mereka sekurang-kurangnya satu saat sebagai tanda peningkatan untuk singkatkan masa larian. Itu adalah satu cara bagaimana SAHS melatih pelajar mereka untuk tingkatkan prestasi atlet.
Jungkook masuk ke dalam dewan setelah kembali dari tempat parkir kereta. Tadi lepas salin baju, dia simpan beg sekolah dan bajunya ke dalam kereta siap-siap. Senang sikit.
Matanya meliar mencari Roselle untuk beberapa saat dan setelah jumpa, terus dia melangkah mendekati Roselle. Tempat kosong disebelah gadis itu terus diambil.
"Awak dah warm up ke?" Soal Roselle. Tadi waktu sesi panaskan badan dia yang ketuai sebab Jungkook tak datang lagi. Sebabtu dia tanya. Jungkook mengangguk tanda ya. Dia lambat sebab ke tandas lepas makan tadi. Sambil berjalan ke sini dia dah warm up dulu.
"Jeon Jungkook." Sebut Taehyung dan Jungkook terus bangun memandangkan presiden sudah memanggilnya menandakan giliran dia untuk lari. Sebelum mula, Jungkook regang-regangkan kakinya terlebih dahulu dan lompat setempat untuk beberapa saat.
Sebaik sahaja wisel ditiup, kakinya mula berlari sepantas yang mampu untuk singkatkan masa lariannya dari yang semalam. Sampai sahaja di garisan penamat, Jungkook mengambil nafas dalam untuk menghilangkan lelahnya.
Dia berjalan ke arah Taehyung untuk melihat catatan masanya yang direkodkan.
"Semalam masa kau 17.12 saat. Harini 16 saat tepat. Okaylah tu." Jungkook mengangguk. Bolehlah tu, esok dia cuba untuk singkatkan masa lagi. Kakinya melangkah ke arah tempat duduknya semula dan bertenang.
Selepas tiga orang peserta selesai menghabiskan larian mereka, nama Roselle pula dipanggil. Kakinya turut dibuat beberapa regangan. Jungkook memerhati Roselle dari jauh. Matanya tak bekerdip melihat Roselle mengumpulkan rambutnya untuk diikat.
Detak jantungnya terasa lain, seolah-olah macam baru habis berlari tadi. Jungkook berdehem. Tak dapat dinafikan, momen beberapa saat tadi tu menggoyahkan hati lelakinya. Roselle nampak cantik. Matanya mengikut Roselle setelah gadis itu mula berlari selepas wisel ditiup.
Boleh tahan laju juga.
Sama sepertinya, Roselle turut berjalan ke arah Taehyung untuk memeriksa rekod lariannya.
"Wah Rose, aku rasa diet kau membantu sangat ni. Prestasi kau naik mendadak. Haritu first day 28.45 saat. Lepas seminggu rekod kau 22.34 saat." Taehyung mengangkat tangan, ingin high five dengan Roselle.
"Tch, ini Roselle la." Tangannya menampar tangan Taehyung. Dia berlalu untuk duduk ke tempatnya semula. Dia duduk di sebelah Jungkook dan mengipas lehernya yang mula mengeluarkan peluh.
"Berapa saat?"
"22.34 saat. Awak?" Soal Roselle pula.
"16 saat tepat." Roselle mengangkat ibu jari. Alah Jungkook ni boleh je lari laju lagi sebenarnya. Lelaki kan kekuatan diorang lagi banyak dari perempuan, percayalah hari sukan betul nanti mesti rekod dia gila-gila.
Roselle berkalih saat lengannya disenggol Youjin. Air mineral sejuk yang dihulur Youjin diambil. Kawannya pula berlalu ke atas trek untuk berlari.
YOU ARE READING
Athletes [ COMPLETE ]
FanfictionSemuanya bermula dari situ, Sukan Awal Tahun SAHS 2020. Dimana Jungkook mula menjadi crush aku.