[ Fever ]

569 96 22
                                    

"The number you have dia—"

Telefon diselit ke bawah bantal. Selimut ditarik hingga menutup dada. Kepalanya mula fikirkan Jungkook, sejak beberapa minit yang lalu dia cuba untuk menelefon lelaki itu agar datang ke rumah sebab dia rasa tak sihat. Nak minta teman je tapi tak berangkat satu pun panggilan yang dibuat.

"Roselle, mommy tinggalkan bubur dekat sini ya? Jangan biar lama sangat nanti sejuk." Terlupa pula dia dari tadi ibunya sedang menunggunya bangun untuk mengisi perut. Nampaknya Rose turut putus asa untuk memujuk Roselle supaya makan. Dia faham sangat perangai adik dia yang satu ni kalau demam.

Mengada.

"Uhm." Rose bangkit dari birai katil dan berjalan keluar dari bilik Roselle. Matanya dibuka dan tubuhnya dikalih menghadap meja lampu yang diletakkan dulang yang berisi mangkuk bubur serta air suam. Malah panadol juga turut disediakan.

Perlahan-lahan dia bangkit dan bersandar di kepala katil. Namun belum sempat untuk mencapai dulang, telefonnya yang berada di bawah bantal berdering. Segera dilempar bantalnya ke hujung katil dan panggilan dari Jungkook diangkat sepantas kilat.

"Jungkook."

"Hm~ Kenapa telefon aku? Sorry aku atas motor tadi. Tak dengar." Roselle ukir senyuman nipis. Patutlah tak angkat, ingatkan sengaja taknak angkat.

"Uhm, say— aku nak minta kau datang rumah boleh? Tengah demam ni." Tuturnya perlahan saat bibir hampir tersasul menyebut saya iaitu cara percakapan dia dan Jungkook gunakan dulu. Maklum lah hati ini tak rela sebenarnya nak ubah cara percakapan.

"Demam? Teruk ke?"

"Agak lah. Boleh tak datang teman aku?"

"Boleh. Dalam 15 - 20 minit aku sampai."

"Okay." Skrin telefonnya yang dah terpadam direnung bersama senyuman. Walaupun seminggu dah berlalu sejak Naomi pindah ke sekolah mereka, Roselle cuba kuatkan diri untuk terus berkawan dengan Jungkook seperti biasa dan endahkan saja situasi yang menyakitkan hatinya.

Jungkook tak ada lagi cakap yang Naomi tu girlfriend dia.

Dengan riang dulang dicapai dan diletak ke atas riba. Perlahan-lahan Roselle mengisi perut sebelum menelan panadol yang ibunya dah sediakan tadi. Lagipun Rose kalau masak bubur ayam tak pernah mengecewakan, rugi kalau tak makan sementara masih panas.

Selesai menjamu selera, telefonnya dicapai dan ibu jarinya menekan ikon Instagram. Saat muncul akaun Naomi di halaman utamanya, Roselle diam dan memerhati gambar yang dipost oleh gadis itu. Tangan seseorang yang tak sengaja photobomb di dalam gambar tersebut benar-benar menarik minatnya untuk tahu lebih dalam.

Tanpa lengah, Roselle mula stalk akaun Naomi dan tekaannya tentang tangan di dalam gambar itu benar. Semakin dia scroll ke bawah, semakin sakit. Story yang baru diupload seminit lalu buatkan Roselle agak takut untuk menekan tapi apakan daya, jarinya dah bertindak dulu.

Selepas beberapa detik dia mendiamkan diri menatap skrin telefonnya yang terpampang gambar Jungkook dari story Naomi, panggilan yang tiba-tiba sahaja masuk buatkan dia tersedar dari lamunan jangka pendek.

"Roselle, ada nak makan apa-apa tak? Aku boleh singgah belikan."

"Beli la apa pun. Aku tak kisah."

Athletes [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now