[ Hardship ]

504 98 80
                                    

Matanya diguling menyampah. Melihat lengan Jungkook yang sedang dikepit oleh Chaerim di hadapannya. Sakit pula mata tengok gadis itu sengaja mengambil kesempatan untuk rapat dengan Jungkook semula. Terang-benderang lelaki itu tak selesa, tapi sikit pun tak menganggunya untuk dekat dengan Jungkook.

"Sakit kepala aku tengok Chaerim tu. Kenapa dia kena pindah sini balik?" Berkerut dahi Roselle mendengar beberapa orang yang sama batch dengannya sedang bercakap tentang Chaerim. Adakah ini bermaksud dari dulu lagi gadis itu memang kurang disukai? Perangai annoying sungguh.

"Rose jom pergi dewan cepat." Kepalanya diangguk sebelum menyaingi Taehyung dan Youjin. Jimin pula selangkah di hadapan mereka. Roselle berkalih, memandang Jungkook yang sedang memerhatinya bersama wajah pasrah. Seakan minta tolong pun ada. Tapi apakan daya, dia tak nak kalau dia cuba sibuk-sibuk ada pula timbul salah faham antara Chaerim tu.

"Jimin, kau marah Jungkook?"

"Sejak bila pula aku marah dia ni? Kenapa kau risau aku bergaduh dengan dia pasal Yeonmi ke? Kan aku dah cakap aku okay je." Jimin menggeleng perlahan bila Roselle masih bertanyakan benda yang sama seperti semalam. Orang dah cakap tak marah, dia tak percaya pula.

"Kau tu, cemburu ke tu?" Bibirnya dicebikkan. Kalau tunjuk cemburu pun bukannya dia girlfriend Jungkook nak lebih-lebih. Tapi yang lagi sakit hati, Chaerim tu tak malu betul nak berkepit dengan Jungkook walaupun terang-terang lelaki tu tak selesa.

"Heh tak cemburu sikit pun!" Tangannya memeluk tubuh. Abaikan je lah perangai Chaerim tu. Asalkan tak sama kelas itu dah cukup baik buat mereka semua. Nanti lagi cemburu pula kalau Chaerim duduk sebelah Jungkook. Nak belajar jadi tak senang pula.

"Kau dengan Naomi apa cerita?"

"Cerita apa? Kami kawan je la. Lagipun dia tengah berusaha nak lupakan Jungkook tu. Biarlah dia." Roselle mengangguk. Kuatnya Jimin, tak jatuh cinta atau tersuka dekat Naomi pun. Kalau dia, dari cintakan Jungkook boleh tercintakan Jimin sebab lelaki itu ada ketika Jungkook menolak cintanya puih!

"Harini kau hantar dia balik?" Jimin mengangguk sekali. Baru ingat nak balik dengan dia. Tapi takpelah, rasanya Jungkook tak jahat lagi nak tinggal dia balik sendiri hanya sebab Chaerim. Diorang kan bestfriend, Jungkook kena jaga hati dia supaya persahabatan mereka tak putus.

—🌹—

Jungkook melepaskan keluhan buat kesekian kalinya bila Chaerim tak mengalah untuk berkepit dengannya. Dia tak faham ke orang tengah peluh-peluh ni tak suka dipegang apatah lagi dikepit lengan. Rimas tahu rimas?

"Chaerim saya berpeluh ni, tak selesa. Jangan pegang boleh?" Tangannya cuba untuk meleraikan tangan Chaerim yang sedang memegang lengan kirinya sedari tadi. Aku dengan Naomi dulu takde sampai macamni pun, sekurang-kurangnya gadis itu behave sikit.

"Tapi saya selesa."

"Chaerim cepatlah! Ingat aku datang sini nak tengok kau berkepit dengan Jungkook ke?" Teguran dari Taehyung buatkan bibirnya naik mengukir senyuman lega saat gadis disebelahnya melepaskan tangannya untuk masuk ke trek larian.

"Rimas aku." Leternya perlahan sambil mengelap peluh menggunakan tuala kecilnya yang tersangkut di leher. Matanya mula mencari Roselle. Ouh baru terperasan gadis itu tak ada dalam dewan memandangkan dia jaga team memanah dekat padang dengan Youjin.

"Kau okay?" Soal Jimin sebaik sahaja dia berdiri di sebelah Jungkook. Sahabatnya itu mengangguk kecil. Bagus pun Taehyung perli Chaerim tadi. Kalau tak sampai ke sudah nak mengelat. Tapi bila Roselle ada tahu nak tunjuk bagus.

Athletes [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now