[ 2026 ]

588 102 41
                                    

[ 6 Years Later ]

"Roselle! Duduklah sini, kau buat apa dekat dapur tu haih. Sini sini!" Pantas kakinya melangkah ke arah Naomi saat wanita itu memanggilnya. Dia duduk dapur pun sebab tengah bancuh air untuk si Naomi tu. Punggungnya dilabuhkan disebelah wanita itu dan minuman untuk rakannya diletakkan di atas meja. Roselle memandang pelik saat Naomi asyik tersengih-sengih.

"Aku ada berita gembira!"

"Hm? Apa yang gembira sangat tu? Jimin nak bawa kau honeymoon buat kali ke-10?" Tak semena-mena kepalanya diketuk Naomi. Tahu nak perli tapi janganlah dingin sangat dengan aku. Kepalanya digeleng perlahan. Tangan Roselle dicapai dan ditekapkan pada perutnya.

"Aku mengandung anak kedua hehehehehe!" Membulat mana Roselle dibuatnya.

"Eish! Nanti aku lagi kena cover kau bila cuti bersalin!" Naomi ketawa puas hati. Mendengar tawa rakannya, Roselle turut tersenyum. Melawak je tu, tubuh wanita itu dibawa ke dalam pelukan. Belakang tubuh Naomi diusap perlahan.

"Untunglah, lepas habis belajar Jimin terus ajak kahwin. Dah kahwin ada anak seorang, tahun ni ada anak kedua pula. Aku je single lagi." Saat Roselle mula fake cry, Naomi meleraikan pelukan mereka dan memandang ke arah Roselle.

"Kau kena lah faham, Jungkook kan dah pernah bagitahu, dia tak sambung belajar macam kita sebab ambil special study untuk kerja dengan ayah dia. Kau rasa dekat Italy tu senang?" Roselle mencebik.

Sejak 6 tahun yang lepas, Jungkook dan juga Roselle mempunyai kesukaran berkomunikasi. Awal-awal dulu memang dia tarik diri dari merajuk sebab taknak keruhkan keadaan. Tapi segalanya sangat sukar. Dia mula sibuk dengan peperiksaan akhir sekolah dan juga acara sukan akhir tahun.

Dan Jungkook pula mula biasakan diri di sekolah baru untuk habiskan pembelajarannya sebagai seorang pelajar sekolah tinggi. Bukan senang dia nak catch-up semua benda. Sampai terpaksa campur dengan halftime homeschooling. Dia juga perlu belajar menggunakan bahasa Italy jadi semuanya sangat sukar.

Malah ketika Roselle menjeleng malam, dia cuba untuk berkomunikasi dengan Jungkook namun tika itu Jungkook mungkin masih berada di sekolah ataupun sekolah di rumah. Kadang-kadang banyak je miss call dari Jungkook yang tak berjawab disebabkan lelaki itu menelefonnya tika lewat malam.

"Long distances relationship is fu*cking hard."

"Aku yakin. Tak lama lagi dia balik. Dah 6 tahun dia duduk sana. Tengok-tengok esok dah ada depan pintu apartment kau." Roselle ketawa sambil menggeleng. Dan sejak 6 tahun yang lepas, Naomi mula rapat dengan Youjin dan Roselle tika dia mula menjalinkan hubungan dengan Jimin setelah habis sekolah.

Dan kini dah masuk dua tahun usia perkahwinannya dengan Jimin. Youjin dengan Taehyung pula jangan cakap, kahwin masa tengah senior year dekat Universiti. Tak sabar-sabar betul Kim Taehyung.

Roselle dan Naomi pula semakin rapat disebabkan mengambil course yang sama iaitu IT Programming ketika sambung belajar dulu walaupun berlainan Universiti. Tapi disebabkan mereka dah merancang untuk kerja sekali, itulah dia.

Youjin pula memilih untuk bekerja dari rumah dan jalankan bisnes sendiri memandangkan dia merupakan pelajar yang berjurusan business. Senang cerita, tiada seorang pun antara mereka yang sambung cita-cita mereka sebagai seorang atlet.

"Kau okay ke Rose? Kerja sambil study?"

"Okay je. Lagipun aku ambil degree sebab nak dapat higher level dekat tempat kerja kita je." Naomi mengangguk faham. Di antara mereka semua, hanya Roselle, Taehyung dan Jimin sahaja yang sambung degree sambil bekerja.

Athletes [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now