[ Training ]

856 128 10
                                    

"Bawa bekal ke harini?" Roselle berkalih memandang ibunya yang berdiri di hadapan kaunter. Roselle mengangguk. Minggu ni dah mula training. Jadi dia pun dah mula diet sebabtu bawa bekal makanan harian waktu diet.

"Diet?"

"Dah start training weeks. Lepasni Roselle stay back dekat sekolah je terus. Dah habis baru balik." Rose memerhati tingkah laku Roselle. Bibirnya mengukir senyuman nipis.

"Ubi tu kalau rebus siap-siap mana sedap nak makan tengahari nanti. Mommy boleh hantarkan lepas habis waktu sekolah. Kalau Roselle nak." Roselle berhenti sekejap.

"Okay." Rose mengukir senyuman. Semenjak kejadian haritu, Rose ada teman Roselle tidur sebab Roselle menangis. Lepastu juga la Roselle baru nak dengar cakap dia sikit-sikit. Cuma dengan Edward, Roselle banyak diam.

"Pergi dulu." Rose mengangguk dan menemani Roselle hingga ke pintu rumah. Tangannya tetap dilambaikan walaupun Roselle tak membalas.

Roselle berjalan dengan tenang menuju ke rumah Youjin. Dari jauh lagi dia dah nampak Youjin tengah lambai tangan membuatkan bibir Roselle naik mengukir senyuman.

Lambaian dibalas dan Roselle membuka langkah, berlari anak ke arah Youjin.

"Uuuu bawa bekal?" Soal Youjin bila ternampak bekas makanan yang Roselle bawa dalam beg kertas. Roselle mengangguk dan bahu Youjin dipeluk. Mereka mula berjalan untuk ke sekolah bersama.

"Kau tak bawa bekal ke?"

"Tak, aku nak kongsi dengan kau." Youjin tersengih.

"Yee sebabtu aku bawa lebih. Tahu dah kau mesti nak makan dengan aku sekali punya." Balas Roselle sambil memandang Youjin dengan pandangan menyampah.

"Roselle."

Roselle memandang Youjin.

"Kau rasa masa depan kita macam mana? Kita cuma belajar banyak dalam bidang sukan. Kau yakin atau kau nampak ke masa depan kita nak jadi atlet untuk negara?" Soalan Youjin membuatkan Roselle tersenyum nipis.

"Kalau untuk aku, aku yakin yang aku takkan jadi atlet sebab aku nak sambung belajar bahagian lain bila dah habis sekolah nanti. Aku taknak masuk universiti sukan." Youjin mengangguk.

"Aku teringin nak jadi personal assistant." Youjin tersengih.

"Kau nak jadi assistant siapa hah?"

"Mana tahu kalau nanti aku kahwin dengan lelaki kaya ke, aku jadi PA dia la." Roselle tersenyum lagi. Sejak-sejak tengok drama What's wrong with Secretary Kim haritu, rasa nak jadi personal assistant tu membuak-buak.

"Tapi siapa je nak kahwin dengan aku HAHA!" Roselle mengemam bibir bila Youjin pandang dia macam nak telan hidup-hidup.

"Kau ni suka fikir yang takde siapa nakkan kau. Roselle, setakat takde siapa yang minta couple dengan kau dekat sekolah ni tak luak pun la." Roselle mengeluh.

"Aku cemburu la. Kau, dengan perempuan sekolah kita ramai yang bercinta. Hoobae pun ramai je bercinta dengan sunbae, aku yang sunbae ni takde orang nak pun." Roselle menendang batu dihadapannya.

"Ala yang hoobae tu semua alah bercinta macam monyet je. Bercinta, lepastu putus lepastu bercinta balik." Jawapan dari Youjin dibalas dengan cebikkan di bibir.

"Ehem, Rose." Roselle mengangkat kepala.

"Takkan pagi-pagi datang sekolah mulut dah muncung macamtu. Kecewa presiden sekolah ni nampak tau." Roselle menjeling Taehyung. Sibuk betul la.

Athletes [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now