[ Transfer 2.0 ]

555 98 46
                                    

"Uhm tumpang tanya." Roselle berkalih saat belakangnya disentuh seseorang.

"Ya?"

"Sebenarnya saya ex student sini. Nak cari kelas 12-B tapi tak jumpa sebab kelas dah tak sama blok masa saya sekolah sini dulu. Awak boleh tolong?" Roselle segera mengangguk dan berjalan mengiringi gadis yang menegurnya tadi. Matanya mengerling perlahan, cantik.

"Nama awak?"

"Roselle Kim. Uhm kita sebaya." Jawabnya sambil tersenyum manis.

"Saya Han Chaerim. Boleh panggil Chae." Roselle mengangguk kecil. Disebabkan kekok, dia memilih untuk diam dan hanya tunjukkan jalan buat Chaerim. Sampai sahaja di blok gred 12, Roselle menunjukkan kelas yang bakal diduduki Chaerim iaitu hanya bersebelahan dengan kelasnya.

"Terima kasih ya." Kepalanya diangguk dan mereka berdua menunduk hormat sesama sendiri sebelum Roselle berpatah semula untuk masuk ke kelasnya. Beg sekolah diletakkan di atas meja sebelum matanya bergerak memerhati sekeliling kelas.

Memandangkan peperiksaan dah habis, harini diorang boleh duduk macam biasa semula. Tanpa lengah, Roselle mula menyusun meja dari belakang kelas terlebih dahulu. Sedang dia sibuk menarik meja, kedatangan Youjin mengundang senyumannya.

"Tak teman Taehyung?"

"Tolong kau lagi penting." Roselle ketawa kecil. Disebabkan Youjin ada untuk membantu, mereka dapat menyusun meja dengan cepat. Roselle mengambil penyapu dan lantai kelas dibersihkan dari belakang hingga ke depan. Youjin pula menolak kerusi masuk ke dalam meja biar kemas.

Beg sekolahnya serta Roselle diangkat dan diletakkan di tempat duduk mereka berdua. Sedang Roselle menyapu di bahagian depan, pintu kelas ditolak buatkan kepala terangkat. Serta merta dadanya berdegup kencang saat terlihat crush pujaan hati berada tepat dihadapannya.

"Morning~" tegur Jungkook sambil menutup pintu kelas semula. Matanya memerhati sekeliling kelas yang dah pun siap disusun meja seperti biasa.

"Kau kemas berdua dengan Youjin ke?" Anggukan dari Roselle dibalas dengan senyuman manis. Kakinya melangkah untuk ke tempat duduknya sendiri dan beg sekolahnya diletakkan di atas meja. Kakinya disilangkan sebelum matanya memerhati Roselle yang keluar dari kelas untuk membuang sampah.

"Youjin, kau nak pergi teman Taehyung balik ke?" Soalnya dan Youjin mengangguk. Jadi ada baiknya dia ajak Roselle teman dia pergi kafe. Bagus betul harini datang awal. Ada kesempatan nak date dengan Roselle walaupun belum official. Ceh confess pun belum ada hati kau nak date?

"Roselle jom pergi kafe. Aku tak makan pagi lagi." Ajaknya sebaik sahaja Roselle masuk ke dalam kelas semula. Tanpa lengah Roselle sengetkan kepalanya tanda jom. Jungkook bangkit dari kerusinya dan mendekati Roselle. Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke kafe sambil menikmati suasana sunyi di pagi hari.

"Kau busy ke hujung minggu ni?" Soalnya.

"Erm tak pun. Duduk rumah je lagipun musim panas aku tak suka keluar sangat. Tapi kalau nak ajak jalan-jalan aku okay je. Kenapa?" Balasan dari Roselle membuatkan hatinya berbunga-bunga.

"Itulah aku ingat nak ajak kau keluar. Lama gila tak spent time dengan kau." Tangannya merangkul bahu Roselle sambil mengukir senyuman puas hati. Seminggu berjauhan dah cukup serik buat dia untuk berjauhan dengan Roselle lagi. Tak sanggup.

"Pagi sunbae!" Teguran dari junior dibalas dengan mesra sepanjang perjalanan mereka untuk ke kafe. Roselle memandang kakinya yang sedang melangkah bersebelahan dengan kaki Jungkook. Lega hati ini dibuatnya bila peluang untuk dia bersama Jungkook masih ada.

Athletes [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now