"Kenapa awak tak dengar cakap Youjin?" Roselle tersentak. Boleh pula lelaki itu datang dan nak marah dia? Ish. Tadi Youjin dah marah sekarang dia pula yang nak sambung bebel ke?
"Saya okay je. Terlebih guna tenaga je pun. Biasalah kaki cramp kalau lari kan?" Balasnya sambil memuncung. Jungkook tersenyum nipis. Mahu sahaja dicubit pipi gadis itu dan memujinya comel. Tapi disimpan niat tersebut di dalam hati.
"Baru ingat nak celebrate berdua."
Roselle memandang Jungkook. Tapi kenapa hanya mereka berdua ya?
"Saya nak luang masa dengan awak sebagai ganti masa sleepover rumah awak haritu. Kan saya tak boleh join." Roselle mengemam bibir. Mana nak sorok muka ni! Blushing terok dah ni!!
"Uhm takpe, saya tak kisah pun." Balasnya perlahan.
"Tapi saya kisah. Saya betul-betul nak luang masa dengan awak. Dengan yang lain. Cemburu betul saya bila Taehyung asyik upload video baru dekat Youtube kitorang." Roselle menahan senyum. Ada aku pancung kepala mamat ni kang! Dia ingat dia pouty macamtu comel ke?!
"Awak dah ambil hadiah ke?" Soal Roselle sambil mengurut perlahan betisnya yang ditutup selimut. Jungkook menggeleng.
"Saya suruh Taehyung wakilkan. Nak datang tengok awak." Bibirnya naik mengukir senyuman. Namun selepas beberapa saat, suasana menjadi kekok. Entah apa yang perlu diborakkan, mereka berdua tak tahu jadi masing-masing hanya berdiam diri. Jungkook bermain dengan tangan sendiri dan Roselle ralit mengurut betis ingin hilangkan resah.
Ringtone iPhone yang tiba-tiba bergema berjaya mengejutkan dua pasangan tersebut. Jungkook keluarkan telefonnya dari poket seluar dan memandang Roselle sekilas bersama senyuman nipis sebelum beralih semula ke telefonnya.
"Hello?" Roselle mengerling ke arah Jungkook yang sedang menjawab panggilan seseorang. Nafas dihela perlahan. Berdebar sungguh dada dia sejak nampak Jungkook masuk sini tadi. Selimut diselak dan kakinya diturunkan ke bawah. Rasanya dah hilang sengal betis dia ni.
"Eomma, nanti Kook telefon balik." Ouh Jungkook bercakap dengan ibu dia rupanya. Ingatkan siapa tadi. Perlahan-lahan tangannya mencapai kasut dan disarungkan pada kaki. Ikatan rambut yang agak messy sebabkan baring tadi dibuka dan diikat semula dengan lebih kemas.
"Awak taknak berehat lagi ke? Nanti sakit balik macam mana?" Soal Jungkook sambil menyimpan telefonnya ke dalam poket seluar. Matanya memandang Roselle yang dah pun berdiri.
"Boleh ni. Jom." Kakinya mengikut langkah kaki Roselle keluar dari bilik rawatan. Tangannya dah pun bersedia di belakang kalau-kalau Roselle nak terjatuh nanti sempat la dia tahan gadis itu dari terus jatuh. Taehyung yang memerhati dari jauh hanya mampu tersengih sendiri.
Itulah masing-masing ego. Yang seorang alasan ini yang seorang alasan itu. Taknak mulakan langkah, haa merasa la korang berdua simpan perasaan dalam hati je manjang sampai bila-bila.
Taehyung berkalih saat pinggangnya dicuit oleh Jimin. Keningnya diangkat, memandang Jimin yang nampak cemberut betul wajahnya ni. Yang ini lagi seorang, siapa suruh bercinta dengan budak sekolah lain? Tak ke merana bila tercari-cari girlfriend tapi tak jumpa.
"Kau tak payah la sedih sangat. Mana tahu dia ada emergency ke tak dapat datang? Sebabtu dia tak angkat phone kau."
Jimin mengeluh. Rambutnya dikuak ke belakang dengan penuh perasaan.
"Masalahnya sekarang, dia decline calls aku. Kalau tak, aku tak frust la Presiden." Taehyung mencebik. Dah tu? Kau fikir aku tahu kenapa dia decline calls kau? Bahu Jimin ditepuk, meminta sahabatnya itu bawa bertenang. Dia faham, bukan tak faham dengan keadaan Jimin sebenarnya.
YOU ARE READING
Athletes [ COMPLETE ]
FanfictionSemuanya bermula dari situ, Sukan Awal Tahun SAHS 2020. Dimana Jungkook mula menjadi crush aku.