Seperti yang dijanjikan, double update huehue and yeah for the upcoming days to author akan double update. So nak dipendekkan cerita tinggal lagi tiga hari sahaja sebelum Athletes tamat HUHUHUHUUHUHUH
Roselle meregangkan tubuhnya sambil berjalan masuk ke dalam dewan sukan. Tinggal lagi tiga hari bermula hari ini, sekolah mereka akan mengadakan acara sukan pertengahan tahun buat semua pelajar SAHS yang turut serta.
Seperti semasa sukan awal tahun, sekolah mereka terpilih untuk menjadi tuan rumah dimana akan ada beberapa buah sekolah yang akan datang ke sekolah mereka untuk bertanding acara yang ditetapkan sebagai acara lawan sesama sekolah lain yang terlibat.
"Jimin!"
"Ya?"
"Kau hantar Naomi balik ke kejap lagi?" Gelengan dari Jimin buatkan Roselle tersengih penuh makna. Sejak-sejak dia makin rapat dengan Jungkook selepas pertemuan bersama Puan Jeon, setiap hari lelaki itu akan menghantarnya pulang ke rumah. Tapi entah mengapa, hari ini lelaki itu tak hadir pula. Bila mesej tanya kenapa langsung tak balas.
"Hantar aku balik boleh?"
"Okay."
"Jimin, aku nak tanya boleh?"
"Tanyalah."
"Kau dengan Taehyung tak suka Chaerim ke?" Soalnya buatkan Jimin agak terkedu. Nampak sangat ke dia dengan Taehyung tak sukakan Chaerim? Sejak gadis itu pindah semula ke sekolah mereka, Jungkook sering diculik setiap masa. Sekejap-sekejap ajak pergi perhimpunan awal, ajak teman sarapan, training pun asyik berkepit dengan Jungkook.
"Jujur, tak suka. Tak jujur, tak suka juga. Aku memang tak suka dia sejak dia bercinta dengan Jungkook lagi." Roselle mengangguk faham. Nampaknya bukan dia seorang je yang tak suka dengan perangai Chaerim yang annoying gila tu.
"Kau tak rasa tercabar ke dengan dia? Asyik berkepit je dengan Jungkook. Harini Kook tak datang tahu pula dia nak stay dalam kelas."
"Eleh, kau pun tak rasa tercabar bila dapat tahu Yeonmi curang belakang kau sebab kejar Jungkook." Roselle menjelir lidah. Tipulah kalau dia tak cemburu. Walaupun dia memang rapat dengan Jungkook, tak pernah lagilah sarapan pun nak minta disuap, pergi perhimpunan kepit tangan, training pun nak duduk bawah ketiak Jungkook.
"Itu sebab aku dah tawar hati dengan Yeonmi. Lagipun dia rapat dengan eomma Jungkook kan? Bukannya diorang bercinta pun." Balasan dari Jimin buatkan Roselle diam. Macam manalah lelaki itu boleh sabar menghadapi segalanya? Tahap chill dia sampai Jungkook yang takut sebab asyik minta maaf dan salahkan diri dia sedangkan Jimin okay je.
"Takkan sebab Yeonmi cuba nak kahwin dengan Jungkook gunakan Aunty Jeon aku nak gaduh dengan dia kan? Lagipun aku tahulah Jungkook tu sukakan kau."
"Kenapa eh kau dengan Taehyung selalu je cakap Jungkook suka aku. Yakin-yakin je korang kan?" Tak faham Roselle dibuatnya sebab dia tak nampak langsung tanda-tanda Jungkook sukakan dia. Mungkin ya kadang-kadang ada sentuhan yang boleh dikatakan melebih untuk seorang kawan buat pada kau tapi itu mungkin sebab Jungkook selesa dengannya. Bukan ke?
Dia yang asyik simp over Jungkook ada lah.
"Kau tak percaya sudah. Dah pergi ambil beg, jom balik." Bibirnya dicebikkan. Roselle menyapa Youjin terlebih dahulu memandangkan Jimin akan hantar dia balik. Walaupun setiap hari mereka berdua datang bersama tapi balik selalu berbeza. Taehyung nak culik Youjin terlebih dahulu sebelum hantar gadis itu balik rumah.
"Youjin, aku balik dulu. Presiden! Bye bye!" Roselle melambai sambil berlari keluar dari dewan, mengejar Jimin yang dah pun meninggalkan dewan sukan untuk ke parkir motor. Ha pakai seluar senanglah nak naik motorbike Jimin. Tapi tengok, takde debar-debar pun. Bangga adalah hoho.
YOU ARE READING
Athletes [ COMPLETE ]
FanfictionSemuanya bermula dari situ, Sukan Awal Tahun SAHS 2020. Dimana Jungkook mula menjadi crush aku.