[ Mood ]

739 109 16
                                    

Roselle duduk di meja makan dan menjamu selera. Lega rasanya dapat juga bangun dari katil. Matanya mengerling Rose yang sedang merenungnya. Bibirnya naik mengukir senyuman walaupun sedang mengunyah.

"Roselle cantik sangat ke?" Rose gulingkan biji matanya. Mereka berdua tertawa sebelum disampuk oleh Edward yang baru sahaja turun dari tingkat atas. Dah siap berpakaian kerja. Rambut anak perempuannya diusap perlahan.

"Roselle taknak rehat lagi ke?"

"Roselle tak sakit pun daddy. Pengsan je kan? Jangan risau. Semalam dah janji dengan Taehyung nak pergi sekolah." Edward tersenyum sambil mengangguk. Dia turut menjamu selera. Kurang dari dua bulan, dia dan Rose akan ke London.

"Nanti daddy pergi London, why not ajak diorang sleep over?"

"You allow three boys to sleep over daddy? Serius la?" Matanya mula bersinar. Dia memang teringin nak merasai sleep over ramai-ramai. Sebelum ni memang Youjin je yang ada tapi dia tu rumah pun dekat je. Tak rasa berbeza sangat.

"I'll trust them. Daddy kenal semua kawan Roselle."

"Great, kejap lagi Roselle bagitahu." Lega rasanya bila dapat tengok senyuman Roselle yang dia rindu sangat-sangat nak tengok. Mujur juga Roselle tak depression semalam. Mungkin sebab ada Jungkook yang tenangkan dia.

"By the way, that guy named Jungkook. Dia boyfriend Roselle ke?" Roselle menggeleng.

"Kawan je. Satu kelas." Edward dan Rose kecilkan mata mereka sambil merenung Roselle.

"Okay, I like him. Tapi Roselle rasa dia anggap Roselle kawan je." Bibirnya tercebik sikit. Dia tak pernah berahsia dengan Rose kalau bercinta atau sukakan sesiapa. Jadi tak ada guna kalau nak menipu. Edward tersenyum.

"He's charming ya know?"

"I know. Okay lah, Roselle pergi dulu ya?" Edward dan Rose mengangguk. Sempat pipi mereka berdua dicium terlebih dahulu sebelum berlari anak ke pintu rumah. Selesai memakai kasut, dengan penuh riang Roselle berjalan menuju ke rumah Youjin.

"Roselle!" Kepalanya berkalih. Serta merta senyumannya hilang bila terlihat kereta Junggi sedang mendekatinya. Macam mana dia boleh tak perasan kereta lelaki tu terparkir seberang jalan rumah dia tadi?

"Abang nak apa? Orang nak pergi sekolah la." Langkahnya diteruskan semula sehingga ke hadapan rumah Youjin. Junggi tak mengalah, malah dia tetap mengikut Roselle.

"Abang nak hantar Roselle. Ajak la Youjin sekali." Matanya digulingkan. Dia menunggu Youjin keluar dari rumah sebelum mengajak rakannya itu masuk ke dalam kereta milik abang sepupunya. Youjin menolak Roselle agar duduk di depan. Tak sopan pula dua-dua duduk dekat belakang.

"Terima kasih abang Junggi, sebab tumpangkan Youjin pergi sekolah sekali." Junggi mengangguk sambil tersenyum. Hujung matanya mengerling Roselle yang sedang berpaling ke luar tingkap. Bibirnya naik mengukir senyuman.

"Harini balik biar abang ambil. Abang takde kelas." Terus sahaja dia berpaling memandang ke arah lelaki itu.

"Taknak, kawan Roselle dah janji nak hantar la. Tak payah susah-susah nak ambil." Junggi mengeluh perlahan. Dia dah la sibuk dengan assignments, ingat senang ke nak dapat peluang dekat dengan Roselle? Tak boleh ke gadis tu berlembut sikit dengan dia?

"Okaylah. Nanti hari lain biar abang pula ambil." Tanpa membalas mahupun ucap terima kasih, terus sahaja Roselle keluar dari kereta setelah berhenti di hadapan sekolah. Youjin yang melihat hanya mampu ketap bibir. Awal pagi lagi mood Roselle dah swing.

Athletes [ COMPLETE ]Where stories live. Discover now