10

39 3 20
                                    

Naeun sedang membaca buku dan menikmati cappucino ais buatan Sungjong hari ni sambil melayan perasaan dengan lagu Infinite "A Person Like Me" yang di pasang di dalam kafe tersebut. Tetiba dia nampak Wonwoo masuk ke dalam kafe tersebut seperti rusa masuk kampung. Naeun hanya memandang tingkah laku Wonwoo yang blur semacam di dalam tu.

"Buat apa Wonwoo kat sini?,"

Setelah Wonwoo membuat pesanan di kaunter, dia ternampak Naeun sedang memerhatikan dia. Wonwoo senyum ke arah Naeun dan pergi ke arah Naeun. Naeun yang mulai sedar Wonwoo mendekatinya terus mengalih pandangannya ke arah luar melihat Jaehyun yang sedang menyapu halaman kafe tersebut.

"Saya nampaklah awak pandang saya tadi,"tiba-tiba Wonwoo bersuara lalu duduk di hadapan Naeun. Naeun menggaru kepala yang tak gatal itu.

"Hehe...Wonwoo buat apa kat sini? Tak pernah pun datang sini kan?,"tanya Naeun tersengih.

"Ahh..Mingyu suruh datang. Nak bincang pasal persembahan masa hari potensi pelajar nanti. Saya tak pernah datang sini, tapi Mingyu cakap kalau nak tahu nama kafe yang dia sebut tu, saya akan nampak awak dalam ni. Rupanya betul,"kata Wonwoo.

"Apakah teori dia tu. Kalau saya tak datang hari ni, mau Wonwoo pengsan nak cari kafe yang dia mention tu,"balas Naeun.

"Okay lah Wonwoo. Saya minta izin pergi dulu ya,"kata Naeun lalu mengemas barangnya dan masukkan ke dalam beg galas setelah melihat Mingyu dengan Eunha muncul di dalam kafe tersebut.

"Eh, Naeun,"panggil Mingyu melihat Naeun lalu di hadapannya. Namun, bagi Naeun suara tu tak wujud pun di telinganya.

"Sombongnya dia,"kata Eunha.

"Tak lah. Mungkin dia tak dengar tu. Nampak macam kalut je,"kata Mingyu pula.

"Masih lagi nak back up dia. Awak lupa ke apa yang dia dah buat dekat awak,"kata Eunha.

"Eunha. Awak tak tahu apa-apa jangan nak tuduh macam-macam. Naeun tak salah pun. Saya yang emo lebih hari tu. Dah lah, jom pergi dekat Wonwoo sana,"balas Mingyu malas dia mengingati perbuatannya pada Naeun tempoh hari.

※※※※※※※※※※※※※

"Kenapa awak nangis, Naeun,"tegur Yein selepas melihat persembahan Mingyu and friends.

"Mana ada,"nafi Naeun.

"Tu...air mata mengalir tu apa?,"tanya Yein.

"Alah, mata aku kan tak boleh silau. Kan lampu tu banyak kelip-kelip,"Naeun cuba lagi menafikan kenyataan.

"Hmmm...Naeun, awak tak yah tipu saya lah. Awak nangis gembirakan tengok persembahan tadi. Awak gembira tengok Mingyu dapat buat dengan baik kan,"kata Yein. Naeun hanya diam.

"Naeun, ke awak cemburu tengok Mingyu dengan Eunha?,"tanya Yein lagi.

"Nah, amik form ni. Jaga jap. Kalau cikgu Hoshi ke cikgu Hoya mintak, awak bagi lah. Saya nak gi toilet,"kata Naeun lalu pergi.

※※※※※※※※※※※※※

Mata Mingyu tidak berganjak pun dari melihat telefonnya seperti menunggu
sesuatu.

"Mingyu, apa yang ditenungnya tu. Pergi je lah cari. Tak payah tunggu,"kata Seokmin yang melihat Mingyu resah.

"Mana nak cari?,"tanya Mingyu.

Chingu to Partner? S1 [COMPLETE] «KIM MINGYU»Where stories live. Discover now