33

34 3 19
                                    

Naeun yang sedang khusyuk membaca buku tentang penyakit berjangkit di ruang tamu di ganggu oleh Jibeom, Yein dan Sujeong yang masuk ke dalam rumahnya seperti cari gaduh.

"Apa dia ni? Kau cakap aku cakap. Nak cakap apa?,"tanya Naeun yang melihat mereka bertiga yang tolak menolak untuk bercakap.

"Berapa lama dah kau tak contact dengan Seokmin?,"tanya Jibeom.

"Dekat 3 minggu kot. Kenapa?,"Naeun menanya kembali.

"Asal lama sangat? Kau tak contact dia jugak ke?,"tanya Sujeong.

"Ada, tapi dia macam nak tak nak jawab. Marahkan lagi lah kot pasal Mingyu datang hari tu,"jawab Naeun.

"Jap, asal korang tiba-tiba muncul tanya pasal Seokmin?,"tanya Naeun.

"Ermm...ermm..kau...kau tengok lah sendiri. Aku bukan nak burukkan dia, tapi ni yang aku nampak 2 hari lepas masa aku pergi seminar dekat Hotel Golden Carat tu,"kata Jibeom lalu menghulurkan telefonnya.

Naeun menonton video yang di ambil oleh Jibeom itu.
Video Seokmin berjalan keluar dari hotel itu bersama Yuna. Mereka berdua berjalan seperti tidak mahu ada yang tengok. Mungkin tidak mahu Dispatch menemui mereka lagi kali ni.

"Nah!,"Naeun menghulurkan telefon Jibeom kembali. Air mukanya berubah.

"Naeun,"panggil Sujeong.

"Ya,"jawab Naeun ringkas.

"Kau tak nak Seokmin explain tentang ni?,"tanya Yein.

"Entah lah weyh. Aku dah rasa tawar hati pasal dia sejak dekat L.A lagi,"jawab Naeun.

"Dia buat apa kat sana?,"tanya Jibeom.

"Dia cakap aku dengan dia selalu dating dekat convenience store hospital. Jarang dapat keluar pergi tempat lain. Aku pernah cakap dekat dia, kalau dia rasa aku ni membosankan, dia boleh je pergi dekat Yuna. Sebab aku tak boleh bagi masa banyak dekat dia. Aku baru je kerja,"kata Naeun.

"Convenience store tu punya lah besar kalah 7E tu dia jadi tak syok dating situ? Habis tu, dia jawab apa bila kau cakap suh balik semula dengan Yuna tu?,"tanya Sujeong geram.

"Dia cakap aku sensitif. Lepas tu dia mintak maaf je,"jawab Naeun.

"Tu je? Aigoo...aku syak dorang couple balik lah. Sebab Naeun tak banyak bagi perhatian dekat dia. Yuna mestilah bagi perhatian banyak dekat dia,"kata Yein.

"Tu lah kau. Aku yang depan mata ni tak nak pulak kau jatuh hati. Lama jugak aku berkawan dengan kau,"usik Jibeom.

"Kau terlalu hensem Jibeom,"jawab Naeun.

"Apa kau tak ada nafsu dekat orang hensem ke?,"tanya Jibeom.

"Tak ada! Aku tak pandang orang hensem. Kau tu bukannya tengah angau dengan Faye ke? Nak aku hempuk ke?,"marah Naeun.

"Alamak, kantoi pulak,"kata Jibeom lalu ketawa.

"Jap! Cakap pasal sensitif kan. Aku tengah sensitif tengok Naeun yang makan je kejenya sekarang ni. Lepas tu makan benda masam pulak tu banyak. Kau kenapa?,"tanya Sujeong yang memandang pelik ke arah Naeun.

"Tah lah! Aku rasa tak sedap tekak lah. Dah dekat sebulan macam ni. Kejap rasa loya. Kadang aku rasa sakit kepala,"jawab Naeun.

"Pelik...,"balas Sujeong.

"Haah lah. Aku tengok badan kau pun macam naik sikit,"kata Yein.

"Hurmm...nak period kot,"jawab Naeun.

"Bila last kau datang?,"tanya Sujeong. Naeun memandang ke arah Jibeom.

"Aku tak dengar lah. Macam tak biasa pulak. Aku pun belajar lah pasal tu dulu,"jawab Jibeom sambil bermain game di dalam tv.

Chingu to Partner? S1 [COMPLETE] «KIM MINGYU»Where stories live. Discover now