20

40 3 8
                                    

Kali ni cuti umum agak panjang di Korea, Naeun bercadang untuk pulang cuti di rumah ayahnya sambil ingin melawat kawasan lama sekitar rumahnya itu. Ayahnya kembali semula ke rumah lama mereka setelah Naeun tamat sekolah tinggi. Yeah! Naeun merindui Kafe 7 Jejaka Hensem itu. 7 jejaka tu pun dah berumah tangga. Punya anak, punya isteri yang lawa. How Naeun tahu? Mereka tak pernah pun putus hubungan.

"Annyeonghaseyo,"ucap Naeun yang baru melangkah masuk ke dalam kafe itu.

Woohyun, Sungyeol, Myungsoo, Daeyeol, Jaehyun, dan Sungjong memandang serentak ke arah Naeun.

"Naeun!!!!!,"jerit mereka bertujuh.

"Oppp paaaaa!!!,"Naeun pun turut menjerit keriangan lalu berlari ke arah mereka.

"Bogoshipoyo!!,"kata Sungjong lalu memeluk Naeun.

"Nado nado nado,"kata Naeun keriangan.

"Aigoo..adik perempuan sorang ni. Makin besar makin cantik,"puji Woohyun.

"Oh, mesti lah. The power of money. Ada duit boleh beli skincare, ada skincare tempek kat muka. Tadaaa dah cantik,"jawab Naeun.

"Awal kamu datang ni. Tak sempat nak prepare apa-apa lagi,"kata Myungsoo.

"Ah, takpe lah. Saya boleh tunggu. Selama ni boleh je menunggu. Tak kan oppa nak masak lio lio saya tu dalam beberapa minit tak boleh saya tunggu,"jawab Naeun.

"Naeun! Aglio Olio lah!,"kata Woohyun dengan nada marah tapi dalam gurauan.

"Ya Oppa. Aglio Olio dan Bologneseeee. Fettuccine. Crème brûlèe,"balas Naeun sambil ketawa mengingati kenangan lalu di mana dia setiap hari di marahi oleh Woohyun kerana tak dapat sebut nama menu yang ala Inggeris dan Perancis dekat kafe itu.

"Annyeonghaseyo,"sapa seorang lelaki yang memiliki suara yang agak serak.

Woohyun dan yang lain terus berlari masuk ke pantry dan buat kerja masing-masing.

"Eh? Oppa nak pergi mana?,"tanya Naeun.

"Kami ada kerja kejap,"jerit Daeyeol. Naeun mengeluh.

"Hai. Boleh duduk sini?,"tegur lelaki itu.

Naeun memandang lelaki itu.

"Ah...Kau ke?,"ternyata lelaki yang baru masuk tadi itu adalah Mingyu.

"Berubah betul. Bahasa panggilan pun berubah. Dari awak terus jadi kau. Marah betul tu. Tak habis lagi," -Mingyu-

"Boleh tak duduk sini?,"tanya Mingyu lagi.

"Banyak lagi meja dan kerusi ada dalam kedai ni. Sini jugak kau nak duduk. Apa aku boleh buat? Kang aku halau cakap aku ni rude pulak. Suka hati kau lah nak duduk mana,"kata Naeun.

Naeun tidak melayan Mingyu malah dia sibuk dengan bermain telefon.

U see siapa depan saya sekarang ni?

Naeun menghantar gambar Mingyu ke Seokmin.

Dia buat apa kat situ? U dekat mana?

Idk. Saya kat rumah papa saya lah. Jalan-jalan keluar pergi kafe favorite saya. Sekali dia datang jugak kat kafe ni. Awak xbalik sini?

Saya tak balik. Parents saya datang Seoul.

Nasib lah xbalik. Saya dating dengan dia.

Andwae!!!!! No!! Please!!! Im jealous

Whose care!

Sayang!!!

Tata. Jangan kacau saya. Saya nak dating dengan ex saya.

😠 u tunggu u balik Seoul. I kerjakan u.

😝

I love u tau!!! Jangan cair dgn Mingyu buaya tu.

Ya. Ya. Ya.........Saya tahu lah...

Naeun gelak kecil sambil melihat telefonnya itu. Gembira dapat mengusik Seokmin.

"Awak memang tak nak cakap dengan saya ke?,"tiba-tiba Mingyu bersuara memecah hening yang hanya bunyi cengkerik dari tadi.

Naeun mengangkat kepalanya.

"Siapa saya nak bercakap dengan awak?,"jawab Naeun dengan nada panggilan lembut dari tadi.

"Naeun, saya tahu ni benda lama. Tapi boleh tak dengar penjelasan saya?,"kata Mingyu.

"Saya tak nak cakap tentang masa lalu. Past is past,"balas Naeun.

"Tapi, boleh tak kita jadi macam dulu,"pinta Mingyu.

"Tak boleh. Anggap sahaja kita tak mengenali satu sama lain. Anggap sahaja saya ni tak pernah wujud pun dalam hidup awak dan awak tak pernah pun wujud dalam hidup saya,"kata Naeun lalu bangun dan pergi ke kaunter bayaran.

"Oppa. Nanti delivery ya spaghetti saya tu. Saya nak balik sebelum saya letupkan kafe oppa ni,"kata Naeun.

"Ye lah, Naeun oiii. Nanti dah siap Jae pergi hantar ke rumah kamu,"balas Woohyun.

※※※※※※※※※※※※※

"Naeun!! Please dengar saya nak explain,"Mingyu mengejar Naeun yang keluar dari kafe itu.

"Apa yang awak nak explain lagi Mingyu! Awak dah buat keputusan awak dulu kan yang awak percayakan kekasih awak dari saya. Awak dah pilih dia. Jadi tak perlu lah explain lagi. Saya bukannya bodoh,"marah Naeun.

"Masa tu, saya terpaksa!! Saya di paksa!! Bukan kehendak saya nak buat macam tu,"Mingyu cuba luahkan apa yang di simpan.

"Di paksa. Hari ni baru awak nak bagitau saya. Tak pe lah Mingyu. Saya tak nak tahu sebab saya tak nak sakit lagi dengan peristiwa lalu. Awak boleh dah kot padamkan saya dalam memori awak sebab awak dah luahkan apa yang awak nak bagitau,"kata Naeun lalu melangkah pergi.

"Awak pun di paksa kan untuk tinggalkan saya. Kalau tak awak takkan pernah biarkan saya buat keputusan macam tu dulu,"kata Mingyu.

Naeun menghentikan langkahnya. Naeun kembali mendekati Mingyu.

"Keputusan awak keputusan awak. Apa kaitan dengan saya. Awak yang buat keputusan tu Mingyu. Bukan saya. Saya tak paksa awak. Saya cuba explain masa tu. Tapi awak tetap dengan ego awak dan awak pilih Eunha. Jangan cuba libatkan saya dengan keputusan awak. Thats it!!!Dah la, saya rasa benda ni terlalu lama nak di bahaskan. Dah lapuk. Bye,"balas Naeun.















Be continue...

Chingu to Partner? S1 [COMPLETE] «KIM MINGYU»Where stories live. Discover now