40

25 3 2
                                    

Mingyu tersedar dari tidurnya dan melihat Naeun sudah tiada di dalam rumah. Dia melihat jam di dinding menunjukkan pukul 9 pagi. Dia mencari Naeun sekitar dalam rumah. Tapi tiada. Sunyi. Dia pergi ke rumah Jibeom tapi tiada sahutan. Mingyu termenung seketika. Kemanakah isterinya dan Jibeom. Kereta ada tapi tuannya tiada. Mingyu duduk di beranda rumah Naeun menunggu kepulangan isterinya. Hendak telefon tapi tiada nombor. Telefon ke Jibeom, tiada jawapan.

"Omo!! Anak ni siapa?,"sapa makcik Song pemilik rumah sewa yang Naeun dan Jibeom tinggal.

"Saya, suaminya Naeun yang tinggal kat sini. Ahjumma siapa?,"jawab Mingyu.

"Ahjumma tuan rumah ni. Rumah ahjumma sebelah ni je. Dekat lah dengan Naeun dan Jibeom,"

"Omo omo omo!! Jadi kamu lah suaminya Naeun yang selalu Naeun ceritakan. Elok rupanya. Pandai Naeun pilih. Kamu baru habis kerja ya,"sembang makcik Song.

"Huh? Naeun suka cerita pasal saya? Nae, saya baru habis kerja,"jawab Mingyu.

"Ya. Setiap hari dia bercerita pasal kamu. Dia cakap kamu handsome, kamu baik, kamu seorang yang bertanggungjawab. Dia selalu tengok kamu dalam tv. Excited. Selalu cakap dengan anak dalam perut dia tu papa tu papa. Hari ni papa keluar tv lah apa lah. Dia cakap kamu tak datang sebab ada projek besar dekat Seoul yang kamu kena selesaikan,"cerita makcik Song. Mingyu tersenyum mendengar cerita makcik Song itu. Benarlah kata Jibeom.

"Ahjumma, boleh saya tahu kemana perginya Jibeom dan isterinya?,"tanya Mingyu.

"Owh. Dorang setiap hari ahad kerja part time dekat ladang sayur En. Hong,"jawab makcik Song.

"Kerja part time? Dekat ladang sayur?,"Mingyu terkejut.

"Nae, nae. Naeun cakap dia nak exercise supaya senang nanti masa melahirkan anak tu. Kalau asyik duduk je, nanti jadi malas pula. Kamu tak yah risaulah. Dia kuat. Untung kamu dapat dia. Kuat semangat, pandai, masak pun dia pandai. Sedap. Mengait pun dia pandai dah sekarang ni. Comel dia dapat siap baju anak kamu berdua,"puji makcik Song.

"Terima kasih ahjumma,"balas Mingyu sambil tersenyum.

"Oh? Dah balik pun dorang berdua,"kata makcik Song lalu menunjukkan ke arah Naeun dan Jibeom yang sedang berjalan masuk ke halaman rumah.

Naeun sedang seronok makan aiskrim manakala Jibeom sedang menarik trolinya yang penuh dengan lobak merah sambil menyedut air kotak.

"Ahjumma!! Saya bawak balik carrot hari ni!!,"jerit Jibeom lalu berlari sambil menarik trolinya itu meninggalkan Naeun yang jalan terhuyung hayang membawa perutnya yang dah besar itu.

"Ya!! Sampai hati tinggalkan aku,"kata Naeun lalu memukul lengan Jibeom.

"Mian mian mian! Excited bawak balik carrot hari ni,"balas Jibeom.

"Nah untuk kau bro,"Jibeom menghulurkan satu plastik berisi lobak merah kepada Mingyu.

"Thanks tapi banyaknya. Nak buat apa ni?,"tanya Minggu.

"Tanyalah isteri kau tu. Dia yang excited nak banyak. Katanya nak buat ulam,"jawab Jibeom.

Naeun yang melangkah naik ke beranda itu hanya menjeling ke arah Mingyu lalu menghulurkan satu plastik aiskrim lalu masuk ke dalam rumah.

"Marah-marah pun ingat jugak dekat aku beli aiskrim,"

※※※※※※※※※※※※※

"Jom makan,"ajak Mingyu yang baru sahaja menyiapkan makanan tengah hari. Mingyu melarang Naeun masuk dapur hari ini kerana sudah penat balik dari ladang sayur.

"Kenyang lagi,"jawab Naeun yang sedang membaca buku tanpa melihat Mingyu.

"Makan apa dah?,"tanya Mingyu.

"Ramen,"jawab Naeun. Mingyu mengeluh.

"Eun, ramen tu tak sihat untuk kandungan tu. Marilah makan, saya masak sup carrot yang banyak bergolek di dapur tu,"kata Mingyu lalu menghampiri Naeun di dalam bilik lalu duduk di sebelah Naeun. Mingyu melentokkan kepalanya di bahu Naeun.

"Eun, mari lah makan. Kalau awak tak nak makan pun, temanlah saya makan,"pujuk Mingyu.

Naeun tidak mengendahkan.

"Baby, tengok mama ni. Degil betul lah. Papa depan mata ni dia jual mahal. Bila papa jauh, mama nangis-nangis. Papa tak faham lah baby. Mama nak apa sebenarnya,"tiba-tiba sahaja Mingyu memegang perut isterinya itu.

Naeun menahan untuk senyum. Perangai manja Mingyu sudah datang.

"Eun, sampai bila awak nak menyeksa perasaan awak? Awak tak boleh sembunyikan lagi. Rahsia awak dah terbongkar. Cukup-cukuplah jual mahal dengan saya,"kata Mingyu.

"Apa lagi makcik Song bagitau awak?,"tanya Naeun lalu melihat ke arah Mingyu.

"Semua yang awak bagitau dia lah. Apa yang bagitau dia, dia ceritakan balik,"jawab Mingyu.

Naeun diam.

"Eun? Kenapa diam?,"tanya Mingyu.

"Huh? Tak ada apalah. Jom makan,"jawab Naeun lalu bangun keluar dari bilik.




























To be continue...

Chingu to Partner? S1 [COMPLETE] «KIM MINGYU»Where stories live. Discover now