12

34 4 11
                                    

Kebelakangan ini, Naeun lebih banyak diam dari bercakap. Dia bukan lagi Naeun yang ceria. Setiap hari dia lalui dengan trauma yang di alami. Dia kerap jatuh sakit. Dia juga melepaskan semua jawatan persatuan yang dipegangnya kerana ingin fokus pada pelajaran dan pulang awal ke rumah selepas kejadian lalu.

Naeun. Petang nanti singgah kafe boleh?

Satu pesanan dari Daeyeol masuk.

Naeun
Kenapa oppa? Ada menu baru untuk di test ke?

Dayeol oppa

Datang je lah. Dun wori. Kejap je.

Naeun
Okay oppa...

Setibanya dia di Kafe 7 Jejaka Hensem itu, dia pelik tiada seorang pun berada di situ.

"Eh, betul ke datang hari ni,"kata Naeun lalu memeriksa pesanan mail yang dihantar oleh Daeyeol pagi tadi.

"Nak masuk ke tak ni?,"tanya Naeun pada diri sendiri.

"Masuk je lah,"tiba-tiba Sungyoon muncul.

"Eh, oppa. Tak dating dengan Kei ke?,"tanya Naeun. Sungyoon menggelengkan kepalanya lalu menarik tangan Naeun untuk masuk ke dalam kafe tersebut.

"Happy birthday Choi Naeun!!!!,"jerit Woohyun. Naeun terkesima. Dia sendiri lupa hari ini 6 April. Hari lahirnya yang ke 16.

"Naeun dah besar!! Yeay!!,"jerit Jaehyun.

"Wahh..terima kasih semua. Naeun tak ingat pun hari ni hari lahir Naeun,"kata Naeun.

"Eyyy...ye lah tu. 6 April tak pernah Naeun lupakan,"usik Sungyeol.

Naeun ketawa kelat. Ya. 6 April setiap tahun tak pernah dia lupakan pun. Seminggu sebelum tu mesti dia sudah mencari hadiah untuk kembarnya itu. Tapi tahun ni berbeza. Tidak teruja.

Daeyeol menyiku Sungyeol.

"Apo??,"bisik Sungyeol.

"Hyung ni. Kan saya dah cerita hari tu,"bisik Daeyeol.

"Opps. Hyung lupa lah,"bisik Sungyeol.

"Takpe. Saya faham Sungyeol oppa,"kata Naeun.

"Ahahahaha....maaf...Nah hadiah dari kami,"kata Sungyeol lalu menghulurkan hadiah.

"Apa ni?,"tanya Naeun. Yeah. Ayat cliche bila dapat hadiah.

"Buka lah. Buka lah!,"kata Jaehyun pula yang teruja. Naeun segera membuka hadiah tersebut.

"Wahhhh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Wahhhh.....oppa!! Terima kasih. Ni hadiah paling saya suka,"kata Naeun gembira.

"Semoga menjadi inspirasi. Naeun belajar rajin-rajin tau. Nanti kalau oppa sakit, boleh lah jumpa Naeun. Naeun kuat!! Naeun boleh!!,"kata Sungjong.

"Hai, semua!!!,"jerit Jibeom. Sujeong, Yein dan Jangjun mengikut dari belakang.

"Eh, korang. Jangjun pun ada,"kata Naeun. Jangjun tersengih-sengih.

"Happy birthday my girl Naeun!!,"ucap Sujeong dan Yein lalu mereka berpelukan.

"Hari ni hari baby girl kita. Cakap je nak apa. Oppa buatkan,"kata Myungsoo.

"Macam biasa lah oppa,"balas Naeun.

"Lainlah!! Bosan lah benda sama,"sampuk Woohyun.

"Macam tu nak McDonald lah!!,"minta Naeun.

"Okay!!! Jibeom belanja,"usik Jaehyun

"Ya!!!! Nak kena pukul ke? Dah lama ke hidup,"marah Jibeom. Mereka semua ketawa melihat Jibeom marah dengan membutangkan matanya macam katak.

※※※※※※※※※※※※※


"Naeun, mak Mingyu call,"kata Encik Choi lalu menghulurkan telefon kepada Naeun.

"Hello makcik,"sapa Naeun.

"Naeun, weekend ni Naeun ada pergi mana-mana ke?,"tanya Puan Kim.

"Err...tak tahu lagi. Kenapa makcik?,"jawab Naeun.

"Laaa...kamu lupa ke. Kan setiap tahun sambut birthday sama dengan Mingyu,"kata Puan Kim.

Naeun menepuk dahinya. Sudah. Nak jawab apa sekarang ni. Puan Kim tak tahu yang mereka berdua dah tak ada kena mengena lagi. Agaknya kalau Puan Kim tahu, apa agaknya reaksi dia.

"Err... Oh ya. Baru ingat weekend ni papa nak balik kampung lah makcik.Nampaknya tak boleh lah join kali ni,"Naeun memberi alasan.

"Oh yeke? Kalau macam tu makcik pun tak jadi lah buat party birthday tu,"kata Puan Kim.

"Eh, kenapa pulak. Makcik buat aje lah. Kawan Mingyu ramai. Tambahan ada yang baru. Tak kan Mingyu tak nak sambut dengan kawan baru,"kata Naeun.

"Ala...macam lain pula lah kamu tak ada. Selalu kan sambut sama-sama,"balas Puan Kim. Alaa mak Mingyu ni banyak pula alasan dia. Naeun dah habis idea nak sembunyikan keadaan.

"Makcik, makcik kena biasakan lah lepas ni. Tak kan selamanya saya ni nak menumpang majlis orang je. Lagi pun tak selamanya saya ada di sini. Saya minta maaf sangat-sangat kali ni,"kata Naeun lagi.

"Okay lah kalau dah kamu cakap macam tu. Nak buat macam mana tahun ni tak dapat. Ingatkan ni tahun last lah sebelum korang pergi sekolah tinggi. Jumpa lain kali ya Naeun. Bye,"kata Puan Kim lalu memutuskan panggilan. Naeun menghebus nafas lega.

"Balik kampung abah kau,"marah Encik Choi.

"Papa lah abah Naeun,"jawab Naeun.

"Eh budak ni. Papa nak tanya ni. Kamu gaduh dengan Mingyu ya,"tanya Encik Choi.

"Tak tahu,"jawab Naeun ringkas lalu masuk ke dalam bilik. Malas nak panjangkan lagi kisah yang menyakitkan hati tu.

"Yaaa!! Naeun!! Papa belum habis tanya lagi!!,"jerit Encik Choi dari luar.





















Be continue....

Chingu to Partner? S1 [COMPLETE] «KIM MINGYU»Where stories live. Discover now