4

52 9 18
                                    

Naeun pov

"Naeun, awak dah pilih ke nak pergi sekolah tinggi mana nanti?,"tanya Sujeong seusai aku duduk.

"Belum lagi lah. Aku tak tahu nak pilih. Walaupun cikgu dah suruh fikir masa cuti hari tu. Korang dah pilih ke,"tanyaku kepada kawan-kawanku Yein, Jibeom dan Sujeong.

"Aku pun tak tahu nak pilih mana. Sekolah sains semua nak budak pandai-pandai. Tapi aku tak pandai pun,"kata Jibeom. Aku, Sujeong dan Yein memandang tajam ke arah Jibeom.

"Apa??!! Betullah!! Aku tak pandai bahasa inggeris! Kan kalau sekolah sains kan kena pandai bahasa inggeris. Aku punya level biasa-biasa saja,"tambah Jibeom lagi.

"Eiiiiiiii..punya lah dia nak kelentong tak pandai bahasa inggeris. Menipu pun agak-agaklah,"kata Yein.

"Betul! Sumpah! Aku cepat mabuk baca buku bahasa inggeris. Sekadar buat karangan, cakap dengan korang boleh la,"jawab Jibeom lagi.

"Okay okay. Jangan gaduh. Kita belajar sama-sama okay. Mana kurang kita tolong tambahkan. Dah masuk waktu rehat lah. Korang nak g kantin tak?,"tanyaku. Mereka bertiga menggelengkan kepala tanda tidak mahu ke kantin.

"Okay!,"balasku lalu keluar dari kelas menuju ke kelas Mingyu.

"Oh? Tak ada orang? Cepatnya dorang keluar. Ke dorang ada jadual luar kelas?,"aku mengomel sendiri sambil meninjau kalau-kalau ada bayang Mingyu atau 2 ulat bulu kawan Mingyu tu.

Aku mundar-mandir di hadapan kelas Mingyu menunggu Mingyu pulang ke kelas.

"Tak kan lah dia dah pergi ke kantin. Tadi beria ajak aku teman dia. Sekarang dia pula tak ada,"bebelku.

"Naeun!!!,"jerit seseorang dari koridor.

"Oh? Sungyoon oppa!!,"aku menyahut panggilan Sungyoon lalu berlari ke arahnya.

"Naeun buat apa sini?,"tanya Sungyoon.

"Oh...tunggu Minggyu lah. Tadi dia ajak saya temankan dia ke kantin. Tapi tak ada sesiapa pulak dalam kelas dia. Dekat 10 minit adalah tunggu ni,"jelasku.

"Mungkin ada kelas kat bilik lain kot. Naeun tak lapar ke?,"tanya Sungyoon.

"Lapar, tapi tu lah. Tunggu Mingyu ni,"jawabku.

"Jom lah pergi sekali,"ajak Sungyoon.

"Tapi, Mingyu....,"kata Naeun serba salah.

"Alah, nanti dia carilah kamu kat kantin,"kata Sungyoon lalu menarik tangan Naeun.

------------------------------------------------------------

Di kantin, Mingyu menahan marah dengan tiba-tiba.

"Kau dah kenapa Mingyu? Macam nak telan orang,"tegur Wonwoo lalu memandang ke arah yang sama Mingyu pandang. Mingyu tidak menjawab soalan Wonwoo.

"Oh, Naeun rupanya. Kenapa kau nak marah sangat?,"tanya Wonwoo lagi. Mingyu mendengus lalu meninggalkan Wonwoo di kantin.

Seokmin yang baru sahaja sudah membeli roti terkesima melihat Mingyu marah tak ada sebab.

"Kenapa dengan Mingyu? Period ke?,"tanya Seokmin kepada Wonwoo. Wonwoo hanya memberi tanda kepada Seokmin supaya melihat ke arah Naeun yang sedang beratur untuk beli makanan dan sambil berbual dengan seorang lelaki yang mereka berdua tak kenal.

"Naeun. Tapi kenapa Mingyu nak marah sangat. Macam lah Naeun tu tak pernah cakap dengan lelaki lain. Kenapa dia nak cemburu pulak? Dorang dua ada apa-apa ke? Pelik niii,"Seokmin bertanya sendiri sambil menuju ke kelas.

"Yo, bro! Asal sugul sangat? Period kerrr,"tegur Seokmin yang melihat Mingyu jauh memandang keluar jendela.

"Ya doe. Apahal? Kau cemburu ke? Sejak bila cemburu? Selama ni tak pun. Cer cite kat kitaorng ni. Apa penyebab kau tinggalkan Naeun macam tu,"tanya Wonwoo yang tak puas hati dari tadi lagi. Mingyu mengeluh.

"Sape tak marah. Cakap sibuk. Rupanya sibuk layan orang lain. Aku ni tinggal macam tu je. Tak cari pun,"jawab Mingyu dalam nada marah.

"Kenapa kau rasa nak marah. Apa salah di situ? Ada apa dengan lelaki tu dengan Naeun. Tak faham lah. Cuba bagitahu dengan jelas,"tanya Wonwoo lagi.

"Lelaki tu abang sepupu dia. Baru masuk ke sekolah hari ni. Tadi kitaorang ni datang sekali. Tapi Naeun ni macam tak hiraukan aku pun sepanjang perjalanan ke sekolah. Dia banyak bergurau dan sembang denga sepupu dia tu je. Aku rasa macam di pinggirkan pula,"terang panjang lebar Mingyu sambil memeluk tubuhnya.

"Niii kes cemburu lah ni. Takut makwe di ambil orang lah ni. Mana kau tahu kau di pinggirkan. Kau je rasa macam tu. Kan kau pernah cakap yang Naeun tu dah lama tak jumpa abang sepupu dia. Standard lah tu dia sembang. Nanti dah 2, 3 hari nanti dia hiraukan kau lah sebab tak ada benda nak di sembang lagi. Tadi helokk je dia layan kau. Tu siap pergi kantin tu mesti dia cari kau. Tak caya nanti kau tanya dia masa balik. Naeun tak macam tu lah. Perasaan kau je tu. Dah makan roti ni. Penat aku berperang semata nak dapat roti custard kau ni,"bebel Seokmin panjang lebar. Penat....

------------------------------------------------------------

Naeun pulang lambat dari sekolah dan menyuruh Mingyu pulang dahulu dan berjumpa di kafe "7 Jejaka Hensem". Seperti biasa Mingyu akan menunggu di sana sambil membaca komik yang ada di kafe tersebut. Tiba-tiba dia nampak Naeun dan Sungyoon berjalan beriringan ke kafe tersebut.

"Balik lambat sebab nak jalan sekali dengan Sungyoon ke? Dua kali dah hari ni kau tipu aku Naeun. Tak pernah kau tipu aku. Hari pertama pun kau dah banyak bagi alasan. Tak tahu lah macam mana lagi alasan kau bagi sepanjang tahun ni,"Mingyu bebel di dalam hatinya sambil memandang tajam ke arah mereka berdua.

"Mingyu ah!!,"laung Naeun yang baru masuk ke dalam kafe tersebut dan berlari ke arah Mingyu.

"Mingyu..sorry lah hari ni saya ada kerja dekat bilik guru. Macam biasalah cikgu suruh saya buat artikel dan hantar ke media. Tapi, masa rehat tadi, saya pergi tunggu awak kat kelas awak. Dekat 20 minit jugak. Tapi tak ada sesiapa pun. Jadi saya pun pergi kantin cari awak, tapi tak nampak awak dengan kawan ulat bulu awak tu. Saya tunggu dekat 30 minit pulak situ. Tapi awak tak muncul jugak jadi saya pun nak pergi kelas awak tapi tak sempat sebab terserempak dengan cikgu Sunggyu. Dia mintak tolong....bla bla bla...,"murai tercabut ekor sudah datang. Mingyu mengeluh.

"Ye lah tu cari. Memang tak nampaklah kan sebab depan awak tu Sungyoon. Tapi macam benar je cakap Seokmin, Naeun cari aku. Tak tinggal pun aku. Ahhh..aku je yang delusi dengan Naeun kenapa? Apa masalah aku sekarang ni? Kesian pulak aku memaki Naeun dalam perjalanan balik tadi," -Mingyu-

"Mingyu!! Dengar tak saya cakap dengan awak,"panggil Naeun lagi apabila melihat Mingyu seperti mengelamun.

"Ahh..Naeun, sorry. Mana abang sepupu awak?,"Mingyu buat-buat tanya pasal Sungyoon.

"Tu...kat sana...tengah baca komik,"tunjuk Naeun.

"Kenapa dia tak join kat sini,"tanya Mingyu lagi.

"Saya halau dia tak bagi kacau kita sembang. Sebab saya nak cakap dengan awak je. Hehe,"usik Naeun. Mingyu tersengih-sengih macam kerang busuk.




P/s : Delusi ialah mempercayai/membayangi dia dalam keadaan yang tak terjadi nyata pun. Sama kes dengan Mingyu yang rasa Naeun akan pinggirkan dia kelak bila Sungyoon hadir. Hakikatnya Naeun tidak pernah pun lupakan dia.


Be continue....
Sudi2 lah vote..thank you😅🤭
Bagi komen siket...

Chingu to Partner? S1 [COMPLETE] «KIM MINGYU»Where stories live. Discover now