34

30 3 3
                                    

Mingyu pov

Aku terjaga apabila terdengar Naeun muntah-muntah di bilik sebelah. Eomma pula bising-bising di luar memanggil Naeun.

Aku jadi rasa bersalah sekarang ni. Aku syak Naeun mengandungkan anak aku.

Aku tak tahu nak cakap macam mana sekarang.

Aku baring semula. Pening nak fikir masalah baru yang aku sendiri ciptakan.

End pov

"Naeun!! Okay tak tu,"jerit Pn. Kim dari luar pintu.

Naeun membuka pintu biliknya.

"Okay je eomma,"jawab Naeun lemah.

"Kita pergi klinik ya,"ajak Pn. Kim.

"Tak perlu lah. Saya masuk angin je ni. Semalam saya tak makan apa-apa pun sebelum datang sini. Saya terus makan benda masam. Tu lah puncanya,"kata Naeun menolak untuk tidak mahu ke klinik.

"Kalau macam tu, rehat lah dulu. Nanti eomma masakkan sup untuk kamu,"balas Pn. Kim. Naeun mengangguk.

※※※※※※※※※※※※※

Naeun yang berada di dalam rumah tersenyum melihat Angel yang bermain bersama papa, eomma dan appa Mingyu. Beruntungnya Angel dapat atuk-atuk dan nenek yang baik terutama Kim's family walaupun tiada langsung kaitan dengan mereka. Naeun dan Soul bukannya anak mereka. Cuma anak angkat. Tu pun bukannya selalu jumpa. Masa kecil dulu je.

"Kan best kalau dapat bagi eomma, appa, papa tu cucu dari darah daging sendiri,"tiba-tiba muncul Mingyu lalu meletakkan tangannya di bahu Naeun dan merapatkan dirinya kepada Naeun.

"Eh? Apa ni? Lepaslah. Nanti dorang nampak. Tak manis,"kata Naeun. Mingyu tidak mengendahkan kata Naeun itu.

"Apa kata kita bagi cucu dekat parents kita,"kata Mingyu selamba.

"Apa?!! Eh, awak punya mak ayah, awak lah bagi. Kenapa perlu 'kita'. Saya punya papa, saya lah yang bagi,"jawab Naeun.

"Eomma, appa saya adalah eomma appa awak. Papa awak, papa saya jugak. Jadi kita berdua sama-samalah bagi dorang cucu dari kita berdua,"usik Mingyu.

"Jadi, awak kahwin dengan pilihan awak, saya kahwin dengan pilihan saya. Lepas tu bagi je lah cucu. 2 cucu. Lagi ramai,"balas Naeun.

"Awak lah pilihan saya. Macam mana tu?,"kata Mingyu memandang Naeun.

"Eh? Sorry lah. Saya dah ada pilihan saya sendiri lah,"jawab Naeun lalu membalas renungan Mingyu.

"Siapa? Seokmin? Bukan ke dah putus,"tanya Mingyu.

Membutang mata Naeun bila Mingyu mengatakan dia dan Seokmin sudah putus. Cepatnya berita sampai.

"Kalau saya putus dengan Seokmin pun, saya ada Jibeom,"balas Naeun.

"Jibeom dah ada Faye. Siapa lagi? Yunseong? Dia pun dah ada gf lah. Siapa lagi? Bomin? Seungmin? Semua tu dah berpunya lah. Siapa lagi calon awak ada kalau bukan saya depan mata awak ni,"kata Mingyu.

"Wow. Semua dia tahu pasal kawan-kawan lelaki aku,"

"Awak ingat doktor dalam tu hanya dorang ke? Senior-senior lain ada. Lagi hensem dari dorang pun ramai. Hanya perlu petik jari muncul,"balas Naeun sambil tunjuk gaya memetik jari.

"Tapi yang muncul sekarang ni adalah saya. Bukan doktor yang hensem tu,"kata Mingyu lalu mendekatkan mukanya ke muka Naeun. Naeun bergerak sedikit kebelakang.

"Gila,"balas Naeun lalu pergi meninggalkan Mingyu. Namun belum sempat beberapa langkah pergi, Mingyu menarik tangannya lalu merangkul pinggangnya membuatkan mereka berdua dekat.

"Ya! Saya gila. Gilakan awak dari dulu lagi. Tapi awak yang tak pernah nampak apa yang saya buat. Walau macam mana susah pun, saya akan pastikan awak milik saya selamanya. Saya tak kira macam mana cara sekalipun. Saya tak akan lepaskan awak kali ni. Saya tak akan bagi awak jauh dari saya lagi. Awak ingat tu. Saya akan bertanggungjawab segalanya apa yang terjadi pada awak,"kata Mingyu dengan merenung tajam ke dalam anak mata Naeun.

"Saya betul-betul sayangkan awak. Saya tak main-main,"bisik Mingyu di telinga Naeun membuatkan Naeun lagi merasa seram.

Mingyu melepaskan rangkulannya lalu pergi keluar rumah.

Naeun masih lagi kaku di situ. Mingyu pula tersenyum puas. Walaupun dia tak mampu memberitahu langsung apa yang Naeun lalui sekarang, sekurangnya dia dapat memberitahu perasaannya.






























To be continue...

Chingu to Partner? S1 [COMPLETE] «KIM MINGYU»Where stories live. Discover now