54

30 4 3
                                    

"Eun, bangun jom. Kita pergi fisio hari ni,"Mingyu mengejutkan Naeun.

"Papa mana?,"tanya Naeun.

"Ada kat luar. Kenapa?,"balas Mingyu.

"Saya nak papa,"jawab Naeun.

"Kita mandi lah dulu,"kata Mingyu.

"Tak nak! Saya nak papa uruskan saya,"balas Naeun.

"Laa...kenapa pula? Selalu kan saya uruskan awak. Biarlah papa kat luar tu. Saya kan ada,"jawab Mingyu.

"Hari ni saya tak nak awak. Saya nak papa. Saya cakap nak papa, nak papa lah. Tolonglah faham. Saya penat nak marah orang,"Naeun masih berkeras.

"Okay,"balas Mingyu lalu keluar dari bilik.

※※※※※※※※※※※※※

"Kenapa ni sayang? Apa yang Mingyu dah buat sampai kamu marah dia hari ni?,"tanya En. Choi sambil menyikat rambut anaknya.

"Tak ada apalah pa. Cuma tak nak dia hari ni,"jawab Naeun.

"Mesti ada apa-apa kalau macam ni. Selalunya kamu okay je. Mingyu ada kat rumah kan hari ni. Dia ambil cuti nak bawak kamu pergi fisio,"balas En. Choi yang sudah siap mendandan rambut anak perempuannya.

"Suruh je lah dia duduk rumah dan jaga lah anak baru dia tu. Hari ni Eun nak papa yang temankan Eun dekat sana,"jawab Naeun.

"Macam-macam lah kamu ni,"kata En. Choi.

※※※※※※※※※※※※※

"Kamu bergaduh dengan Naeun ke?,"tanya Pn. Kim.

"Entah lah eomma. Lepas papa cakap dia jumpa Naeun malam tu tidur depan bilik air, terus dia tak nak cakap dengan Mingyu. Sebelum tu, saya bergaduh pasal nama anak dengan dia. Lepas tu dia suruh saya kahwin lain,"jawab Mingyu.

"Patut lah. Mesti dia rasa jauh hati sebab kamu bawa balik anak tu. Kamu pun tahu, dia sensitif bila bercakap pasal anak dengan dia dalam keadaan macam ni,"kata Pn. Kim.

"Malam tu saya memang tak sedar lepas tidurkan Yoomin tu. Saya memang tak dengar dia panggil saya,"balas Mingyu.

"Kamu tahu tak, Yoomin tu anak dengan perempuan lain tau. Walaupun tu anak kemalangan, anak kamu, tapi anak tu bukan anak dia. Dia rasa sakit hati, dengan keadaan dia macam tu, dia rasa dia dah tak mampu bagi kamu zuriat lagi, dia nampak kamu happy gendong Yoomin ke sana sini. Lagi dia terasa. Eomma tak cakap kamu tak boleh bela Yoomin, tapi kamu kena pandai bahagi masa dengan dia. Ni kamu baru balik dari jumpa perempuan tu kan. Ha...lagi dia tak nak cakap dengan kamu. Pandai lah kamu pujuk,"nasihat Pn. Kim.

"Mingyu serba salah lah. Memang lah dia jahat, tapi untuk tak bagi jumpa dengan anak dia rasa kejam pula,"kata Mingyu.

"Eomma faham. Naeun pun faham. Dia pun jadi ibu juga. Kamu tu, Yoomin Yoomin jugak. Isteri kamu tu, kalau dia merajuk nanti, papa bawak dia jauh-jauh baru tahu. Papa tu bukan boleh tengok anak perempuan dia sedih. Dia ikut je cakap anak dia. Yang merana kamu lah. Tu pun kalau kamu sayang dia,"balas Pn. Kim.

"Eomma, Mingyu sayang lah Eun. Tak ada sikit pun kurang,"kata Mingyu.

※※※※※※※※※※※※※

"Eun, saya minta maaf pasal kejadian hari tu. Saya tak sengaja. Saya tak abaikan awak pun. Jangan lah macam ni,"pujuk Mingyu lalu baring di sebelah Naeun yang membelakanginya.

"Eun?,"

"Awak mesti penatkan sekarang. Makin bertambah beban awak. Jaga Donghyun jaga Yoomin lagi. Jaga saya yang cacat ni. Bawak Yoomin pergi jumpa mak dia lagi. Banyak kerja nak kena buat,"balas Naeun.

Mingyu mengeluh.

"Eun, boleh tak awak stop cakap yang awak tu bebanan pada saya. Eun, benda ni bukan kita mintak. Awak tak mintak saya tak mintak pun jadi. Ini takdir Eun. Takdir kita yang dah di tulis Eun. Berapa kali saya nak cakap yang awak tu, saya yang pilih. Bila saya pilih maknanya saya sanggup tanggung risiko atau apa sahaja yang berkaitan dengan awak. Cukup la Eun kita bergaduh. Kita ni memang tak boleh bahagia ke? Kita bahagia kejap je, dugaan datang. Kita pulak lately ni asyik bergaduh. Eun, saya dah janji kan saya tak akan tinggalkan awak. Percayalah saya Eun. Kadang, apa yang berlaku ni ada hikmah dia Eun. Awak macam ni, Tuhan nak kita lagi rapat, lagi mesra. Lagi bertambah rasa cinta, rasa sayang antara kita. Kita kan bercinta selepas kahwin. Biarpun lepas kahwin kita terpisah jauh dulu. Tapi, ini masanya untuk kita kenal satu sama lain, ini masa dia Eun, masa untuk kita habiskan. Bukannya dengan bergaduh,"bebel Mingyu.






































To be continue...

Chingu to Partner? S1 [COMPLETE] «KIM MINGYU»Where stories live. Discover now