55

31 4 11
                                    

Naeun membuka matanya perlahan. Tiba-tiba terasa tangannya dapat gerak. Dia mencuba mengangkat perlahan tangannya.

"Adakah ini mimpi?,"kata Naeun perlahan.

Dia menoleh ke kiri dan melihat Mingyu sedang tidur. Dia cuba mencucuk-cucuk pipi Mingyu. Mingyu cuba menepis dalam keadaan tak sedar.

"Huh? Tangan aku dapat bergerak dah,"kata Naeun lagi.

Naeun cuba bangun dari baringannya.

"Huh?!,"

"Mingyu... Mingyu! Bangun jap! Mingyu!!! Bangun lah kejap!!!,"Naeun mengejutkan Mingyu.

"Huaarrgghhh. Ada apa Eun? Baru pukul 4 pa....gii!!!! Eun!!!!,"Mingyu terdorong ke belakang sedikit selepas melihat jam di telefonnya dan berpaling ke arah Naeun yang sedang duduk.

"Eun? Betul ke Eun ni?,"kata Mingyu lalu meraba muka Naeun.

"Puuurrffftt!! Apa ni raba muka saya macam ni?,"balas Naeun.

"Kejap!! Auchh!! Okay ni bukan mimpi,"kata Mingyu sambil mencubit mukanya sendiri.

"Eun...awak dah boleh bangun sendiri? Tangan awak dah boleh gerak? Ya...tangan awak dah boleh genggam tangan saya,"kata Mingyu teruja.

"Kaki? Boleh?,"tanya Mingyu lagi.

"Belum,"jawab Naeun.

"Its okay!! Ni pun dah cukup bagus untuk awak!!,"balas Mingyu lalu memeluk erat Naeun.

"Saya bersyukur awak dah separuh pulih!,"

"Awak nak pegang Donghyun?,"tanya Mingyu. Naeun menggelengkan kepalanya.

"Habis tu?,"

"Yoomin. Saya nak pegang Yoomin,"jawab Naeun.

"Oh? Sekejap saya ambil,"Mingyu bangun dari katilnya  dan pergi ke arah sudut baby di dalam bilik tersebut.

Tidak lama kemudian dia membawa Yoomin masuk. Naeun menyambutnya.

"Yoomin, ni mama Eun,"kata Naeun sambil mengelus pipi lembut Yoomin yang sedang lena. Yoomin merengek kecil.

"Comel,"kata Naeun. Mingyu mengusap-usap belakang Naeun.

"Jom kita sambung tidur. Awal lagi ni,"kata Mingyu lalu mengambil Yoomin di riba Naeun.

"Tak nak,"jawab Naeun.

"Kenapa?,"

"Kalau ini mimpi macam mana? Kalau saya tidur, kejap lagi saya bangun dan tak seperti ni macam mana,"kata Naeun.

"Tak. Ni bukan mimpi Eun. Kita tidur ya. Pagi jap gi kita pergi fisio okay? Tidur dulu,"ajak Mingyu.

※※※※※※※※※※※※※

2 tahun berlalu...

Akhirnya, Naeun pulih sepenuhnya. Dapat berlari lagi. Dapat kembali menyambung kembali kerjayanya yang tertangguh lama.

Kes mahkamah pun telah selesai. Yooa di jatuh hukuman penjara sepanjang hayat di atas banyak kesalahan antaranya mengedar dadah, memiliki senjata tajam, menculik, gangguan seksual, menyeksa mangsa dan hampir membunuh. Pengikutnya juga di jatuhi hukuman yang sama. Tuduhan merogol pelajar bawah umur. Eunha pula di lepaskan kerana dia melakukan jenayah ketika itu masih di bawah umur dan dia hanya rakan subahat dan Eunha juga telah memberi kerjasama memberi keterangan sebagai saksi. Eunha berehat sebentar dari dunia lakonan dan pergi munasabah dirinya. Walaupun kesnya tidak diketahui umum, dia tetap ingin memperbaiki dirinya.

Chingu to Partner? S1 [COMPLETE] «KIM MINGYU»Where stories live. Discover now