11

44 3 37
                                    

"Choi Naeun! Bangun! Berani awak tidur dalam kelas saya,"marah cikgu Lee Jung Yeop. Naeun mengangkat perlahan kepalanya.

"Maafkan saya cikgu. Saya tak sengaja,"kata Naeun sambil berdiri.

"Cikgu ni buta ke. Naeun tak sihat,"jawab Jibeom tiba-tiba.

"Eh, awak ni Beom. Menjawab pula. Dah kalau Naeun tak sihat, kenapa tak pergi bilik rawatan. Dah, duduk,"marah cikgu Jungyeop.

"Kalau dia pergi bilik rawatan, nanti terlepas pulak kelas cikgu,"jawab Jibeom

"Dah, kalau tidur dalam kelas tu. Sama je lah,"balas cikgu Jungyeop.

"Tidur tak semestinya tak dengar. Apa lah cikgu ni,"balas Jibeom pula.

"Yeye je awak ni Beom,"kata cikgu Jungyeop.

Naeun dah menguis-nguis tangan Jibeom supaya berhenti berdebat dengan cikgu Jungyeop sebab tak akan menang. Jibeom tidak menghiraukan Naeun.

"Habis tu, yang cikgu tidur dalam meeting hari tu, cikgu tak dengar lah. Sebab tu cikgu cari saya kan tanya pasal minit mesyuarat,"bidas Jibeom. Satu kelas ketawa dengan kata-kata Jibeom.

"Ya!!!! Kim Jibeom!!!!!! Nawa!!!!,"jerit cikgu Jungyeop. Satu aras bergema mendengar jeritan cikgu Jungyeop.

※※※※※※※※※※※※※

Waktu rehat...

"Naeun!!,"jerit Mingyu.

"Apa lagi ni. Semua orang nak jerit-jerit panggil nama aku,"Naeun tidak menghiraukan panggilan Mingyu. Kepalanya masih berat.

"Naeun! Keluar!!,"jerit Mingyu dari luar kelas. Naeun mengangkat kepalanya dan melihat Mingyu sudah ada di depan pintu kelasnya dalam keadaan marah. Mingyu terus masuk ke dalam kelas Naeun dan menarik Naeun bangun dari tempat duduknya.

"Apa??!!,"tanya Naeun lemah.

"Wait!! Apa ni Mingyu?! Tarik Naeun kasar,"tanya Sujeong.

"U diam! Naeun, saya nak cakap dengan awak. Ikut saya!!,"kata Mingyu lalu mengheret Naeun keluar dari kelas dan membawa Naeun ke atas bumbung sekolah.

Sujeong dan Jibeom melihat keadaan tersebut terus berlari mengikut Naeun dan Mingyu lalu terserempak dengan Seokmin dan Wonwoo.

"Kenapa tu awak?,"tanya Sujeong.

"Tak tahu lah. Lepas dia tengok telefon yang Eunha bagi terus dia naik angin,"jawab Seokmin. Sujeong yang mendengarnya terus berlari naik ke atas dan di ikuti dengan Jibeom, Seokmin dan Wonwoo.

"Ada apa Mingyu?!! Sakit lah!!,"jerit Naeun.

"Apa yang awak dah buat hah??!!,"tengking Mingyu.

"Apa yang saya dah buat? Apa yang awak cakap ni?,"tanya Naeun masih lagi tidak faham apa yang Mingyu cuba sampaikan.

"Tengok ni!!,"Mingyu menghulurkan telefonya kepada Naeun.

Naeun mengambilnya dan melihat video dia di heret oleh beberapa pelajar lelaki sekolah lain yang tidak di kenalinya ke bangunan terbiar berhampiran sekolah mereka. Naeun menjenggilkan matanya terkejut. Peristiwa tu sudah seminggu berlalu.

Chingu to Partner? S1 [COMPLETE] «KIM MINGYU»Where stories live. Discover now