30

30 3 3
                                    

12 jam penerbangan itu akhirnya mendarat dengan selamat di tanah Los Angeles.

"Uwaahhh!! Akhirnya sampai jugak. Sakitnya pinggang aku duduk aje tadi,"omel Seungmin lalu duduk di kerusi lobi Hotel CarrotNice.

"Memang lah sakit kalau asyik duduk aje. Sebab tu lah kena bangun jalan-jalan,"jawab Bomin.

"Aku tak biasa lah. Ni 1st time terbang jauh. Lainlah kau kayo. Terbang sana sini,"balas Seungmin.

"Haa..kau pun sama Naeun? Sakit pinggang ya?,"tanya Seungmin.

"Haalah..kan aku kena tolak dengan makcik bawang dua hari lepas. Tak hilang laginya sakit ni. Lebam tau dak,"jawab Naeun sambil memegang pinggangnya menahan sakit.

"Nah, korang punya bilik masing-masing. Yein, Sujeong, Naeun satu bilik. Yunseong, Bomin dan Seungmin,"kata Dr. Lee sambil menghulur kunci bilik hotel.

"Korang naik lah dulu. Saya nak pergi jumpa event manager. Ambil barang. Dalam pukul 10 malam, jumpa dekat lobi ni semula okay anak-anak?,"jelas Dr. Lee lagi.

Mereka berenam mengangguk tanda faham.

※※※※※※※※※※※※※

Setelah semua siap kemas di bilik, Naeun turun satu jam awal ke bawah kerana ingin pergi ke kedai serbaneka yang berdekatan di hotel tersebut.

Ketika keluar dari lift, Naeun di tarik oleh seseorang ke arah pintu keluar 'EXIT'.

"Eh, eh, eh!,"

"Shhh!! Jangan bunyi suara. Kang saya bawak awak lari jauh,"kata Seokmin meletakkan jarinya di mulut Naeun.

"Seokmin! Terkejut saya. Ingatkan siapa tadi tarik. Nak tercabut jantung ni. Lain kali jangan buat macam ni tau,"kata Naeun sambil mengurut dadanya.

"Mian! Saja nak suprise,"kata Seokmin.

"Suprise sangat ni. Awak pun menginap kat hotel ni?,"tanya Naeun. Seokmin mengangguk.

"Awak dah makan?,"tanya Seokmin.

"Belum. Nak pergi cari makanan lah ni,"jawab Naeun.

"Jom. Teman saya makan,"kata Seokmin lalu memegang tangan Naeun dan menarik Naeun keluar dari situ.

"Eh? Tapi saya tak boleh lama keluar. Saya kena balik kat sini pukul 10. Ada meeting,"kata Naeun.

"Tahu...teman kejap pergi Subway depan sana tu,"balas Seokmin menunjukkan restoran berkenaan.

"Eh? Awak tak makan?,"tanya Naeun apabila melihat Seokmin hanya membawa sebungkus roti dan 2 air sahaja ke meja.

"Tak. Saya makan ni je. Biskut Subway,"kata Seokmin sambil tunjuk biskut ke arah Naeun.

"Laa..ni je ke nak suruh saya teman makan?,"tanya Naeun.

"Lebih tepat, saya yang temankan awak makan. Awak makan lah. Saya tak nak awak sakit,"kata Seokmin.

"Habis tu awak? Tak sakit ke kalau tak makan?,"tanya Naeun.

"Saya kan dah makan dalam flight tadi. Awak je yang tak makan. Awak tidur. Saya risau kalau awak tak makan. Awak kerja kuat,"kata Seokmin sambil memandang Naeun makan.

"Lately ni saya tak ada selera nak makanlah. Nah, makan lah sikit,"Naeun menghulurkan sikit rotinya.

"Tak nak. Saya nak awak yang makan,"Seokmin menolak pelawaan Naeun.

"Aaaa...tak kira. Sikit je. Sikiiittt jeeeee...bukak mulut pat!,"arah Naeun ingin menyuap Seokmin.

Seokmin ketawa.

"Ya! Jangan lah buat saya malu,"kata Seokmin sambil menutup mukanya.

"Cepat lah...aaaaaa,"Naeun buat gaya buka mulut seperti mengajuk bayi makan.

"Okay, okay. Demi yang dicintai,"Seokmin menyambut makanan yang di hulurkan Naeun.

"Awak datang sini buat apa? Dah la tak bagitau nak pergi mna. Cakap nak gi travel je,"tanya Seokmin.

"Conference dan lawatan ke hospital nanti. Awak pula?,"tanya Naeun tersengih.

"Ada konsert kan. World tour,"jawab Seokmin.

"Owh..Lama ke kat sini?,"tanya Naeun.

"2 minggu. Konsert 1 hari je. Hujung weekend ni. Tapi, adalah kerja nak buat kat sini dengan jalan-jalan hilangkan stress. Awak pula?,"balas Seokmin.

"Minggu ni conference, minggu depan lawatan sambil belajar. Dah rupa macam sekolah pula. Tak ada masa nak jalan-jalan kalau bukan betul-betul cuti,"jawab Naeun.

Seokmin tiba-tiba gelak kecil. Naeun memandangnya dengan hairan.

"Tahu tak apa yang lawak sekarang ni?,"tanya Seokmin.

"Apa dia?,"balas Naeun.

"Masa dekat Korea, kita susah nak duduk macam ni. Paling jauh pun pergi dekat convenient store dalam hospital. Tak pernah kita pergi mall ke apa,"kata Seokmin.

"Aloo..sorry lah asyik dating dalam hospital. Dah situ asrama saya. Bosankan dating dengan saya. Tak ada life. Tak pe lah kalau gitu awak pergi lah dating dengan Yuna pulak,"kata Naeun merajuk.

"Ala ala ala....sowiee lahh. Bukan maksud saya gitu. Jangan lah merajuk. Eung...Naeun ya~~jangan lah merajuk. Pandang saya please. Naeun~~baby~~aaa..jangan lah senyap,"Seokmin mula memujuk bila Naeun mula senyap tak nak pandang dia dah.

"Kita keluar ni, tak ada siapa nampak ke?,"tanya Naeun yang cuba memujuk hatinya yang terasa tadi.

"Siapa? Member? Dorang semua kat bilik. Saya keluar ni pun dorang tak tahu. Awak? Tak de siapa tahu?,"tanya Seokmin pula.

"Saya mestilah orang kena tahu. Saya perempuan. Mana boleh keluar senyap-senyap. Dah lah..jom balik. Dah pukul 10 ni. Nanti dorang cari saya pula,"kata Naeun. Seokmin mengangguk.

※※※※※※※※※※※※※

Naeun dan Seokmin berjalan sambil berpegang tangan memasuki pintu lobi hotel. Melihat teamnya sudah ada di lobi, Naeun menolak Seokmin ke tepi untuk mengelak mereka nampak dia keluar bersama.

"Hai, sorry lambat balik. Terlepas pandang tengok jam,"sapa Naeun dengan membawa beg plastik berisi air mineral dan juga jajan.

"Its okay. Tak ada apa pun sangat. Nak bagi barang keperluan korang je untuk 2 minggu ni,"kata Dr. Lee.

"Eh, Lee Seokmin,"tegur Dr. Lee yang kelihatan Seokmin lalu di hadapannya selepas Naeun sampai.

"Oh? Aigoo...Dr. Lee ada sini. Eh. Semua doktor ada kat sini? Buat apa?,"Seokmin menjawab sapaan Dr. Lee lalu pergi ke arah mereka dan berpura-pura terkejut.

"Kami ada event nanti kat sini. Awak pula?,"tanya Dr. Lee.

"Ada tour. Saya naik bilik dulu ya,"kata Seokmin lalu meminta izin untuk pergi. Dr. Lee mengangguk sahaja.

Seokmin berlalu pergi sambil mengeyit mata ke arah Naeun bila semua tidak perasan tindakkan itu. Seokmin masih lagi dalam usaha memujuk Naeun yang masih dalam mood merajuk.

























To be continue...

Chingu to Partner? S1 [COMPLETE] «KIM MINGYU»Where stories live. Discover now