8

41 4 49
                                    

"Eunha, kau nak aku tolong kau dapatkan Mingyu?,"tanya YooA.

"Huh? Biar betul YooA. Macam mana?,"tanya Eunha tersenyum gembira.

"Aku dengar yang Mingyu tu tak suka kalau Naeun ni rapat dengan Sungyoon budak kelas sebelah yang Mingyu nak bertumbuk hari tu. Lepas tu, pengawas kena hantar laporan setiap minggu kat cikgu disiplin. Dan aku dapat tahu, kes pergaduhan Mingyu dengan Sungyoon tu, Naeun dengan Jibeom nak senyapkan je. Dorang tak nak buat report. Tak tahu lah sebab mungkin libatkan Mingyu kot. Sebab cikgu tak tahu kan,"cerita YooA.

"Ooo...Awak tahu mana semua ni?,"tanya Eunha.

"Adalah, junior yang aku kenal tu pengawas,"jawab YooA.

"Jadi apa yang awak nak buat YooA?,"tanya Eunha lagi.

"Kita perangkap Naeun dan buat Mingyu benci dia,"jawab YooA.

------------------------------------------------------------

Jibeom berlari laju menuju ke kelas untuk  mendapatkan Naeun.

"Choi Naeun! Emergency lagi!,"jerit Jibeom.

"Apa dia Beom?,"tanya Naeun terpinga-pinga yang sedang menyiapkan kerja sekolah di waktu rehat kerana dia tiada mood hendak turun ke kantin. Lagipun Mingyu pun tak nak rehat jugak.

"Jom ikut saya sekarang! Nama awak naik ni. Kena fitnah,"kata Jibeom lalu menarik Naeun terus pergi ke bilik disiplin.

------------------------------------------------------------

Mingyu menjeling ke arah Naeun dan Jibeom yang baru masuk ke dalam bilik disiplin.

"Ada apa cikgu?,"tanya Naeun.

"Awak yang buat report awak yang tak tahu kenapa?,"kata cikgu Sunggyu.

"Eh? Report apa? Saya tak ada buat pun lagi. Siap pun belum cikgu,"jawab Naeun.

"Dah ni nama siapa yang tulis atas kertas laporan sehelai ni? Nama awak kan Choi Naeun,"kata cikgu Sunggyu lalu menunjukkan kertas yang dipegangnya itu. Naeun mengambilnya dan membaca laporan tersebut lalu memandang Jibeom. Jibeom menggelengkan kepalanya.

"Sumpah cikgu. Saya tak ada buat apa-apa laporan pun. Pasal pergaduhan Mingyu dengan Sungyoon ni, saya dengan Jibeom dan selesaikan. Hanya salah faham kecik je cikgu,"jelas Naeun.

"Tapi, kenapa awak diamkan pasal dorang bergaduh? Awak cakap kecik tapi sampaikan nak bertumbuk tu apa? Kalau katanya dorang cedera macam mana?,"tegur cikgu Sunggyu.

"Saya bukan sengaja nak diamkan cikgu. Tapi masa dorang bergaduh tu hanya salah faham je cikgu. Tolonglah cikgu lepaskan dorang. Dorang tak ada buat apa-apa pun. Percayalahkan saya cikgu. Saya jadi jaminan mereka berdua. Kenapa cikgu suka sangat nak keruhkan benda yang dah lepas. Bencilah macam ni,"bentak Naeun lalu mengoyakkan kertas laporan tadi.

"Okay-okay. Cikgu lepaskan dorang untuk kali ni. Tapi kalau jadi lagi dan awak sembunyikan lagi, teruk awak kena,"kata cikgu Sunggyu.

------------------------------------------------------------

"Mingyu!! Mingyu!! Dengarlah saya cakap dulu,"panggil Naeun sambil berlari mendapatkan Mingyu yang berjalan pantas.

"Mingyu!! Dapat pun,"kata Naeun lalu mencapai lengan Mingyu. Mingyu menghentikan langkahnya.

"Dah lah Naeun! Awak tu hipokrik. Depan cakap lain belakang cakap lain,"kata Mingyu lalu menrentap tangan Naeun lalu pergi. Naeun tergamam. Hilang katanya untuk memujuk Mingyu.

------------------------------------------------------------

"Kawan macam tu tak boleh pakai Mingyu. Sampai hati dia buat awak macam tu. Tak sangka ya Naeun tu berubah kali ni,"kata Eunha.

Chingu to Partner? S1 [COMPLETE] «KIM MINGYU»Where stories live. Discover now