14

33 5 20
                                    

Seperti di janjikan, mereka telah sampai di hospital. Dari jauh mereka melihat Encik Choi keluar dari bilik di mana Naeun di tempatkan.

"Wah, meriah Sungyoon. Bawa geng kali ni. Ada kenduri ke,"gurau Encik Choi.

"Paksu ni, dorang datang nak tengok Naeun lah,"kata Sungyoon.

"Alaaa...Naeun baru je tidur lepas doktor masukkan ubat. Tapi nak tengok boleh. Tengok dia tidur je lah. Soul noona kamu ada dalam tu,"kata Encik Choi.

"Ada kawan baru lagi ke? Mingyu tahu tak Naeun kat sini?,"tanya Encik Choi. Mereka semua pandang sesama sendiri bila di tanya mengenai Mingyu.

"Haa...ni Seokmin nama dia..kawan kepada Wonwoo kepada Mingyu jugak. Dorang ni kenal je Naeun. Tapi Naeun tak banyak cerita pasal dorang ni. Mingyu...dia cakap dia ada hal tadi. Mungkin kejap lagi dia datang,"jawab Sungyoon.

"Aahh...pergi lah tengok Naeun. Tengok je lah. Kebetulan pula dia tidur,"kata Encik Choi.

"Baiklah pakcik. Pakcik balik rehat lah dulu,"kata Sungyoon.

※※※※※※※※※※※※※

Mingyu pov

"Mingyu...,"

"Naeun...jangan pergi...,"

"Mingyu...tolong saya...saya sakit...,"

"Naeun...tunggu...,"

"Mingyu...saya tak bersalah...saya di fitnah...tolong saya Mingyu. Mereka jahat,"

"Naeun...Naeun...saya datang ni. Naeun!!!!!,"

Aku tersedar dari mimpi. Aku meraut mukaku. Mimpi itu masih lagi bermain di dalam fikiranku. Naeun menangis meminta tolong. Tapi aku tak dapat memaut tangannya dan akhirnya Naeun di tarik ke dalam suasana gelap. Naeun hilang.

"Maafkan Mingyu, Naeun. Mingyu terpaksa,"Mingyu berkata sendirian.

Pintu bilik di buka tanpa amaran.

"Mingyu, kenapa tak bagitahu omma yang Naeun sakit,"marah Puan Kim.

Sudah!! Mak aku dah tahu.

"Err...Mingyu lupa nak bagitau,"kataku.

"Habis tu, kamu belum tengok dia lah?,"tanya omma ku.

"Dah! Semalam. Dengan kawan-kawan Naeun yang lain,"kataku lagi.

Sebenarnya aku tak lah tengok masuk ke dalam bilik. Aku hanya tengok dari luar sahaja. Entah lah. Aku rasa bersalah sangat-sangat. Tapi aku harus lindungi Naeun dari luka lagi.

"Omma dengan appa nak pergi melawat Naeun hari ni. Kamu nak ikut tak?,"tanya Puan Kim lagi.

"Mingyu ada discussion dengan kawan hari ni,"alasanku. Puan Kim mengangguk lalu keluar dari bilik. Aku mengeluh.


※※※※※※※※※※※※※


Sebulan berlalu...

Chingu to Partner? S1 [COMPLETE] «KIM MINGYU»Where stories live. Discover now