36

24 3 3
                                    

Mingyu menunggu Naeun sedar. Lama Naeun tidur. Sudah 8 jam. Tapi, masih lagi dia tidak sedar.

Flashback

Di bilik Dr. Lee...

"Doktor, macam mana dengan Naeun?,"tanya Mingyu.

"Dia okay. Bagi dia tidur dulu,"jawab Dr. Lee.

"Doktor, boleh saya nak satu confirmation?,"tanya Mingyu.

"Apa dia Mingyu?,"jawab Dr. Lee.

"Saya nak tahu betul ke Naeun pregnant?,"balas Mingyu takut-takut.

Sujeong, Yein, dan Jibeom serentak memandang Mingyu.

Dr. Lee memandang pelik ke arah Mingyu.

Mingyu menceritakan segalanya tentang apa yang berlaku sebelum ini.

"Kalau macam tu, saya akan ambil sampel darah dia. Tapi saya tak boleh bagi keputusan dengan segera sebab saya dah inject ubat tidur tadi. Saya akan cuba,"kata Dr. Lee.

Dr. Lee keluar untuk mengambil sampel darah Naeun untuk di bawa ke makmal.

"Seriously Mingyu kau buat macam tu,"kata Sujeong yang tidak mempercayainya.

"Aku pun tak percaya apa yang aku dah buat. Sekarang ni aku takut,"balas Mingyu.

"Ni memang cetus perang besar ni. Naeun dah la tak suka dengan kau. Dia tahu lagi macam ni, aku tak boleh nak bayangkan macam mana nanti,"kata Sujeong.

"Tapi aku memang nak kahwin dengan dia,"kata Mingyu.

"Ya, tahu. Tapi sampai kau buat macam tu dengan dia. Aku rasa kau kena terimalah kalau dia mengamuk nanti. Even kau cakap kau akan kahwin ke apa dengan dia, dia akan mengamuk,"balas Sujeong.

"Tabahlah bro. Kami tak boleh buat apa dah. Benda dan terjadi,"sampuk Jibeom.

Setelah 3 jam berlalu. Keputusan ujian darah telah keluar.

Dr. Lee mengeluh panjang. Dia menujukkan keputusan itu kepada tiga rakan Naeun. Mereka hanya memandang sesama sendiri.

"Boleh awak request mesin ultrasound bawak ke ICU?,"arah Dr. Lee kepada Sujeong.

"Baiklah doktor,"jawab Sujeong yang menerima arahan.

Dr. Lee kejap-kejap memandang Mingyu dan ke arah kertas ujian darah tersebut.

Dr. Lee menarik nafas dalam-dalam.

"Berdebar pula nak umumkan ni. Kim Mingyu, keputusan mengatakan positif. Tapi, kalau nak tepat lagi, kita kena buat ultrasound okay?,"Dr. Lee menghela nafasnya. Dia sendiri bingung adakah ini rahmat atau bala.

Mingyu menekup mukanya. Dia juga bingung. Tak tahu nak gembira atau sedih sekarang ni. Dia sudah menduga dengan apa yang dia lihat pada Naeun sebelum ini.

Setelah melihat imej di mesin ultrasound, menguatkan lagi keputusan ujian darah tadi.

"Kim Mingyu...,"panggil Dr. Lee. Terasa beban di kepalanya. Dia tahu anak muridnya nanti memang akan mengamuk.

"Seperti yang di jangka kan, anak kamu dalam usia 10 minggu dah. Tak tahu exactly bila last period dia. Tapi Sujeong cakap sudah 2 bulan Naeun tak period tapi dia tak syak apa-apa pun sebab dia dah biasa. Lagipun kalau ikutkan rekod perubatan dia sebelum ni, dia sukar untuk hamil. Kesan ubat yang dia ambil, anemia dan kecelakaan yang dia lalui dulu. Tapi, mungkin Tuhan ingin memberikan keajaiban pada Naeun. Naeun dah putus asa nak kahwin sebenarnya. Apa pun, tahniah Kim Mingyu,"jelas Dr. Lee.

End flashback

3 hari kemudian, Naeun boleh pulang berehat di rumahnya.

"Kita nak pergi mana ni Jibeom?,"tanya Naeun melihat Jibeom memandu ke luar dari hospital.

"Kita nak pergi rumah Mingyu,"jawab Yein.

"Untuk apa pergi sana? Tak boleh ke hari lain?,"tanya Naeun.

"Tak boleh. Ada benda yang kau kena settle kan dengan Mingyu segera,"jawab Sujeong yang duduk di tempat penumpang hadapan.

"Macam serious je ni,"kata Naeun. Yein mengangguk.

Tidak lama kemudian, mereka berempat sampai di rumah Mingyu.

Semua ada kecuali Soul dan Angel kerana tak mahu Angel melihat mamanya jadi naga nanti.

"Eomma?,"panggil Naeun apabila melihat Pn. Kim berdiri di depan pintu menyambut kedatangannya dengan senyuman.

"Naeun...,"Pn. Kim segera memeluk erat Naeun.

"Kenapa ni eomma? Ada apa-apa ke?,"tanya Naeun.

"Mari kita masuk dulu, kita kena selesaikan masalah ni hari ni jugak,"kata Pn. Kim.

Naeun menurut sahaja Pn. Kim ke ruang tamu. Di ruang tamu itu ada papa, appa dan semua ahli Sepuluh7 termasuk 3 sahabatnya itu.

Naeun menahan malu terhadap Sepuluh7.

"Naeun duduk sini,"arah Pn. Kim untuk Naeun duduk berhadapan dengan Mingyu.

"Semua dah ada kan? So, boleh lah kita mulakan mesyuarat kita,"kata En. Kim.

"Baiklah, saya mulakan dulu masalah saya. First sekali...,"Wonwoo mulakan bicara.

Wonwoo memohon maaf dengan apa yang terjadi. Dia menceritakan bahawa malam yang berlaku itu berpunca dari perjumpaannya dengan Eunha dan YooA.

Mereka berdua mendesak Wonwoo tidur dengan Naeun supaya mereka boleh mereka cerita kepada Mingyu, tetapi Wonwoo enggan dan kemudian Wonwoo di pukul di kepala menyebabkan dia tidak sedarkan diri. Dia hanya sedar dari tidur apabila Mingyu datang.

Kemudian Naeun pula menceritakan bahawa dia mendapat message dari Wonwoo yang mendesak dia untuk berjumpa dengan alasan hal penting. Naeun menunggu di tempat yang di janjikan tetapi tiada pun nampak bayang Wonwoo. Tidak lama kemudian datang seorang perempuan memakai topeng dan terus mengacukan jarum ke arah Naeun dan akhirnya dia sendiri tidak sedarkan diri.

Wonwoo menafikan semua itu. Dia mengatakan bahawa dia tidak pernah message Naeun kerana dia tidak ada nombor telefon Naeun walaupun dia tahu Naeun pernah memberikan nombor telefonnya pada Dino, tetapi dia tidak pernah meminta sekali pun pada Dino.

En. Choi mengatakan akan bawa kes itu mahkamah sebagai kes tambahan yang sedia ada kerana ada bukti rakaman panggilan dari YooA di telefon Naeun.

Mingyu menceritakan bahawa dia mendapat gambar Wonwoo dan Naeun tidur bersama dari nombor yang tidak di kenali dan memberitahu lokasi hotel tersebut. Lantas dia terus mengajak ahli yang lain pergi ke situ.

Naeun menutup mukanya menahan malu. Dia rasa maruahnya tercalar.

Akhir sekali, semua ahli Sepuluh7 meminta diri untuk pulang setelah selesai masalah Wonwoo. Wonwoo akan memberi kerjasama kelak jika di panggil oleh mahkamah.




























To be continue...

Chingu to Partner? S1 [COMPLETE] «KIM MINGYU»Where stories live. Discover now