5

54 7 23
                                    

Setelah dua minggu bersekolah, agenda seterusnya ialah memilih kelab dan persatuan. Pelajar mula pening memilih kelab mana untuk disertai terutama pelajar junior dan pelajar yang baru transfer. Presiden dan ahli-ahli lama kelab sudah mula membuat kempen memancing ahli baru.

       "Eunha, awak dah decide ke kelab persatuan mana nak join,"tanya Seokmin.

       "Belum lagi. Saya tak tahu nak join mana. Rasanya semua kelab saya dah pergi, tapi macam tak ada yang berkenan,"jawab Eunha.

       "Ooo...awak suka nyanyi tak? Menari?,"tanya Wonwoo.

       "Hurmm...suka! Tapi menari saya tak berapa arif lagi. Tapi saya suka buat persembahan. Kenapa?,"tanya Eunha kembali.

       "Awak dah pergi usha kelab seni persembahan?,"tanya Seokmin lagi.

       "Oh? Ada eh? Tak tahu pun. Kenapa masa kempen recruit ahli baru saya tak perasan ada nama kelab tu,"kata Eunha ragu-ragu.

       "Sebab nya, ahli dalam tu dah ramai. Kelab tu memang tak buat kempen. Dia just cari orang yang rasa ada bakat je bawa pergi jumpa cikgu yang bertugas kelab tu, buat audition, then masuk. Dia tak macam kelab lain,"jelas Seokmin.

       "Waahhh...macam menarik. Macam mana nak masuk kelab tu?,"tanya Eunha teruja.

       "Yaaannggg tuuu....kena tanya presiden kelab tu dulu,"jawab Seokmin.

       "Siapa? Awak kenal ke?,"tanya Eunha.

       "Sebelah awak tu. Yang tengah pura-pura tidur,"jawab Seokmin lalu tunjuk ke arah Mingyu yang memang pura-pura tidur.

       "Yahh!! Kim Mingyu!! Ada ahli baru nak masuk ni!! Apa lah punya presiden kelab pemalas,"panggil Seokmin.

       "Diam ah!! Kau yang ajak, kau lah handle. Ambil borang sendiri kat bilik kelab, hantar lah kat cikgu Hoshi ke cikgu Sunggyu ke cikgu mana-mana lah yang jadi penasihat kelab tu,"jawab Mingyu dengan mukanya diletakkan atas beg atas meja tanpa melihat wajah mereka bertiga.

       "Haaaiihhh, tak selesai lagi ke masalah anda?,"tanya Wonwoo. Mingyu diam sahaja.

       "Masalah apa? Kenapa dengan Mingyu?,"tanya Eunha dengan lemah lembut.

       "Tak ada apalah. Masalah kecik je. Mingyu je yang lebih-lebih,"jawab Seokmin.

       "Mingyu!! Mingyu!! Mingyu!!,"panggil Wonwoo sambil menampar-nampar tangan Mingyu.

       "Apa??!!!!,"tanya Mingyu garang.

       "Tu...tu..eun eun..Naaa eunn!!! Naeun datang tu. Makwe kau datang memujuk"kata Wonwoo gagap melihat Naeun.

Mingyu terus bangun lalu meninggalkan mereka bertiga.

Eunha pov

"Kim Mingyu. Kenapalah awak nampak kacak sangat. Ya Tuhan, rasa seperti berada di sebelah bidadara. Senyum dia. Gelak dia. Bila dia meyelak rambut dia. Nak pengsan rasanya. Hurm...tapi dia buat aku macam tak wujud je. Apa? Awak dah ada girlfriend? Ye lah kan. Tipu lah muka macam ni tak ada makwe. Tapi, makwe dia tak ada lah cantik sangat. Biasa-biasa je. Pandai aje lah. Tapi, memang budak pandai tak berapa cantik pun. Tak salahkan kalau aku nak mencuba nasib. Hehe. Untung dapat bersyukur. Tak dapat, kita cuba lagi. Alah, baru je ni. Apa kata kita cuba masuk satu kelab dengan dia. Kita masuk jarum sikit-sikit. Tak syok cerita tak ada perempuan jalang. Aku kena cari kelemahan Mingyu dengan Naeun. Wah..nampak mesranya mereka berdua. Siap pegang-pegang tangan. Boleh tahan Mingyu. Siap cubit pipi perempuan nama Naeun tu. Hurmm..jeles pulak aku...Ini tidak boleh di biarkan. Aku pun nak jugak...."

       "Eunha! Geram sangat tu muka. Tengok siapa?,"tegur Seokmin.

       "Oh..tak ada lah. Budak pompuan tadi tu siapa dan apa kaitan dengan Mingyu,"tanyaku.

       "Aaahh...dia tu..penolong ketua pelajar sekolah ni. Nama dia Choi Naeun. Dia orang penting kat sekolah ni sebab dia ketua ahli kelab fasiliti sekolah ni. Kalau nak guna alat-alat dan fasiliti sekolah ni selepas pukul 4 petang, kena bagitau dia. Kalau nak buat program ke apa, boleh cari dia. Dia ketua kelab perhubungan awam sekolah. Dia ni lebih kepada orang penting cikgu lah. Kaitan dia dengan Mingyu...dia kawan baik Mingyu dari kecik lagi. Semua orang tahu mereka berdua tu macam belangkas kekadang. Tak boleh berpisah. Berpisah kejap je tu pun sebab hal sekolah. Lepas sekolah, dah macam tak ada orang lain lah bagi dorang. Hanya mereka sahaja. Takpelah, nanti awak akan kenal dia jugak, sebab kelab persembahan memerlukan dia bila habis waktu sekolah,"jelas panjang lebar Seokmin.

       "Wahh...hebat betul hubungan dorang. Tak ada sape cemburu ke dengan dorang selama ni,"tanyaku lagi.

       "Ada je. Tapi dorang macam tak ambil kisah pun. Dorang cakap, apa yang nak di kisahkan. Kami bukannya bercinta pun. Adatlah tu ada yang cemburu terutama sekali dengan Mingyu tu. Sape je tak nak try. Tapi Naeun tu, macam tak kisah pun. Tapi sejak-sejak ni dorang lain maciam. Mingyu asyik merajuk je dengan Naeun. Macam cemburu. Kalau cemburu...tandanyaaaaa,"leret Seokmin bercerita.

       "Cintaaa!!!,"jerit Seokmin dan Wonwoo serentak lalu mereka ketawa benda yang tak lawak pun. Eunha mencebik.

       "Eunha tahu tak, setiap hari kitaorang berdoa mereka umum yang dorang bercinta. Harap tak lama lagi lah,"kata Wonwoo gedik.

       "Aku tak sangka ada hubungan seperti itu. Naeun tu tak ada perasaan ke? Mingyu yang hensem tu dia tak tergugat. Haha.. boleh lah try masuk jarum ni. Aku kena cari kelemahan mereka. Aku nak Mingyu tengok aku je. Bukan Naeun tu. Ada apa je. Lagipun aku sekelas dengan Mingyu. Lagi senang nak cucuk,"aku mula berimaginasi macam.

       "Eunha, teman saya boleh pergi tandas,"sapa YooA kawan baik Eunha lalu menghentikan angan-angan Eunha. 







Be continue....
Sudi2 lah vote..thank you😅🤭
Bagi komen siket...
Maaflah tetiba rasa bosan jalan cerita dia 😅

Chingu to Partner? S1 [COMPLETE] «KIM MINGYU»Where stories live. Discover now