17

34 5 4
                                    

Naeun pov

Seoul National Hospital

Yahoo!!! Akhirnya aku dapat penempatan di hospital impianku selama ini.

Sujeong dan Yein juga dapat hospital yang sama dengan aku. Jibeom juga. Tapi Jibeom mendapat penempatan sebagai pelatih doktor pergigian kerana dari awal lagi memang dia telah memasuki bidang perubatan pergigian semasa di universiti. Terpisah juga lah kami berempat.

Hari pertama. Berdebar sungguh. Kerana terlalu risau, aku tidak tahu pakaian apa yang hendak di pakai. Nasib ada dua kawanku ini yang tolong menyelesaikan.

Aku, Sujeong dan Yein melangkah ke auditorium hospital itu untuk taklimat dan latihan penempatan di jabatan-jabatan perubatan selama setahun.

Kelihatan beberapa doktor senior dan doktor baru masuk ke dalam auditorium. Makin berdebar rasanya. Taklimat bermula.

Seusai sahaja taklimat, kami di pecahkan ke beberapa kumpulan yang mengandungi 6 orang doktor baru setiap kumpulan. Rezekiku lagi. Aku, Sujeong dan Yein satu kumpulan dan ada 3 lagi doktor baru lelaki. Handsome!!

"Hai, saya Hwang Yunseong,"

"Saya Bae Seungmin,"

"Saya Choi Bomin,"

"Eh, nama akhir kita sama. Saya Choi Naeun,"jawabku.

"Really? Wah...kita kembar,"balas Bomin.

"Awak dua pula nama apa?,"tanya Yunseong.

"Saya Ryu Sujeong,"

"Dan saya Jeong Yein,"

"Wah...semua cantik-cantik dan hensem ya group ni,"sampuk Seungmin. Mereka gelak mendengar ayat Seungmin itu.

"Well, itu lah hakikatnya,"jawab Yunseong.

"Jom, giliran kita pula cabut kertas penempatan jabatan kita nanti,"kata Bomin.

Emergency Department

Kertas pertama di buka.

Rehabilitation Department*

Kertas kedua.

Obstetrics and Gynecology (O&G)** Department

Kertas ketiga.

Surgical Department

Kertas terakhir untuk tahun ini.

Mereka berenam menarik nafas lega kerana tidak mendapat penempatan di jabatan kecemasan dengan tempoh yang lama kerana itu antara jabatan yang mencabar.

End Naeun pov

※※※※※※※※※※※※※


Sudah 2 minggu Naeun mulakan tugasnya. Hari ni dia terasa penat yang amat kerana sudah 3 hari tidak tidur cukup. 3 hari kena oncall. Bagaikan orang gila. Lemau. Nasib hari ni dia dapat off day. Kalau dilihat wajahnya dah tak ada rupa manusia. Serabai sangat-sangat. Jangan tanya kenapa masih lagi single.

"Auchh,"adu Naeun. Naeun terlanggar seorang lelaki yang tingginya lebih kurang 180 cm dengan memakai topi dan menutup separuh mukanya dengan face mask.

"Maafkan saya,"Naeun meminta maaf.

"Takpe. Sikit sahaja,"kata lelaki tersebut dan berlalu pergi.

Langkah Naeun terhenti seketika selepas mendengar suara lelaki itu. Hampir 10 tahun dia tidak mendengar suara itu, tapi Naeun masih mengenali nada itu.

Dia adalah My Angel. Gelaran yang Jibeom bagi kepada lelaki itu.

Buat apa dia di hospital?

Sakit ke?

Tapi betul ke tu angel yang Naeun nak jumpa setelah bertahun berpisah.








Author note

*Rehabilitation unit - Untuk merawat pesakit dengan pelbagai keadaan masalah perubatan untuk menstabilkan pesakit. Contohnya trauma akibat kemalangan.

**Obstetrics and Gynecology unit - Sakit Puan










Be continue...

Chingu to Partner? S1 [COMPLETE] «KIM MINGYU»Where stories live. Discover now