16

30 6 20
                                    

10 tahun berlalu...

"Papa!!,"laung Naeun yang baru keluar dari pintu ketibaan.

"Naeun, Soul. Anak papa!,"peluk Encik Choi. Mereka bertiga berpelukan melepaskan rindu.

"Papa, Naeun rindu papa,"kata Naeun.

"Papa pun sama. Tu lah siapa suruh tinggalkan papa lama-lama,"kata Encik Choi.

"Naeun tinggalkan papa 6 tahun je,"kata Naeun.

"6 tahun! 6 tahun Naeun tak balik tau. Asyik papa aje ke Australia. Habis duit papa. Kamu dengan kakak kamu tu sama je. Tak reti nak balik Korea,"kata Encik Choi sambil merajuk.

"Eh, papa ni. Dia yang suruh kita temankan adik, dia pulak yang nak merajuk,"sampuk Soul.

"Ye lah ye lah. Semua salah papa,"Encik Choi merajuk lagi.

"Alololo papa kesayangan kita ni. Okay, jom kita pergi makan steak. Soul eonni yang bayar,"usik Naeun kepada kakaknya.

"Eh. Eonnie pulak yang nak kena bayar. Mana aci. Adik bayar lah sekali,"kata Soul lalu mencubit Naeun.

"Auchhh. Tak nak!!,"balas Naeun lalu melarikan diri.

※※※※※※※※※※※※※

"Apa yang nak di beli lagi ni? Ala..list tadi dengan Jibeom pulak,"kata Naeun yang sedang menolak troli yang penuh dengan barang basah untuk buat parti malam ni sempena kepulangannya.

Kedagangg!!

Bunyi 2 troli berlanggaran.

"Mianhae,"Naeun memohon maaf kerana tidak sengaja melanggar troli seorang lelaki yang memakai topi di hadapannya. Macam pembunuh bersiri pun ada. Tacooodddd...

"Oh. Tak apa...eh?,"lelaki itu menjawab lalu kehairanan melihat Naeun.

Naeun meneruskan perjalanannya mencari Jibeom yang hilang kerana takut dengan lelaki itu.

"Choi Na Eun,"tiba-tiba namanya di seru. Naeun menoleh ke belakang.

"A-awak lelaki ta-ta-tadi kan. Macam mana awak tahu nama saya?,"tanya Naeun ketakutan mengapa lelaki itu memanggil namanya.

"Awak, tak ingat saya?,"tanya lelaki itu. Naeun cuba mengingati wajah lelaki itu. Naeun cuba flashback adakah dia ada cedera di mana-mana sehingga dia tidak mengingati lelaki itu. Lelaki itu mengangkat sedikit topinya.

"Awak...Kim Min...,"

"Ya. Saya. Kim Mingyu,"jawab lelaki itu ceria. Air muka Naeun terus berubah dari takut ke tidak selesa.

"Ahhh. Kim Mingyu,"Naeun senyum kelat.

Kenapa dia harus bertemu sekarang?

"Lama betul kita tak berjumpa Naeun. Bila awak balik sini?,"tanya Mingyu.

"Ya. Lama kita tak jumpa. Dah seminggu balik,"jawab Naeun tanpa ekspresi gembira.

"Sayang, yang ni okay tak?,"tiba-tiba muncul seorang wanita yang juga memakai seperti pembunuh bersiri sambil membawa sebotol susu. Mingyu tidak menjawab pertanyaan perempuan itu malah terus memandang Naeun.

"Hello...,"panggil perempuan tu.

"Ah. Oh..haa...susu. Boleh lah yang ni,"jawab Mingyu.

"Ni siapa?,"tanya perempuan itu.

Chingu to Partner? S1 [COMPLETE] «KIM MINGYU»Where stories live. Discover now