13

49 3 31
                                    

"Kanak-kanak!! Waktu PJK kita gabung kelas dengan kelas B3-1,"kata cikgu Hoya.

"Cikgu! Cikgu dah lama ke hidup?,"tanya Jibeom.

"Apa yang awak merepek ni Beom?,"tanya cikgu Hoya semula.

"Cikgu panggil kitaorng kanak-kanak. Kitaorang bukan kanak-kanak lagi lah,"kata Jibeom merajuk.

"Huk aloh kamu ni Beom. Ingat gapo tadi. Ye lah ye lah...Anak-anak murid semua...cepat bersiap tau. Cikgu tunggu kamu kat gelanggang basketball,"kata cikgu Hoya lalu pergi meninggalkan kelas A3-1.

"Weyh...malapetaka macam ni,"kata Sujeong.

"Apa Jeong,"tanya Jibeom.

"Kelas B3-1 tu...kan...,"Sujeong takut-takut nak habiskan ayatnya.

"Hidup ni, jangan di campur hal peribadi dengan hal rasmi,"jawab Naeun lalu menuju ke bilik persalinan.

"Ya!!! Tunggu lahh kami Naeun,"panggil Sujeong berlari mengejar Naeun.

Di gelanggang basketball...

"Anak-anak murid sekalian...buat barisan ikut kelas,"arah cikgu Hoya sambil menjeling ke arah Jibeom takut tak puas hati lagi dengan panggilan itu.

"Kita terpaksa gabung kelas hari ni sebab cikgu Hoshi cuti sakit. Terseliuh kaki sebab kuat sangat joget,"kata cikgu Hoya.

"Choi Naeun, saya nak jumpa kejap,"panggil cikgu Hoya.

Aihh...masa-masa ni jugak lah dia nak memanggil nama aku. Tadi sebelum datang sini tak nak lak dia nak jumpa. Ish...saja nak naik rank nama aku.

Naeun bergerak ke depan.

"Ada apa cikgu?,"tanya Naeun.

"Papa awak ada datang bagitau yang awak tak boleh buat aktiviti fizikal dalam waktu terdekat ni. Awak boleh rehat kat sana,"jawab cikgu Hoya.

"Err...saya boleh je lah cikgu. Papa saya tu yang mengada lebih. Tak pe saya kuat,"kata Naeun lalu menggaru kepalanya.

Perlu ke umum dekat semua orang sekarang tambah-tambah depan dia.

"Hurmm...kalau awak dah kata macam tu. Tapi hati-hati ya,"nasihat cikgu Hoya.

"Marilah kita lakukan aktiviti warming up dahulu,"arah cikgu Hoya.

Sedang buat aktiviti tersebut, tiba-tiba Naeun tidak sedap hati. Jantungnya berdegup kencang dengan tiba-tiba dan merasa seluruh badannya menggigil. Dia merasa nafasnya sempit dan peluh mulai keluar. Dia cuba memanggil Yein di hadapannya namun tak mampu.

Gedebuk!!!

Gelap suasana.

Naeun!!!!! Jerit Sujeong yang ada di belakang sekali lalu berlari ke arah Naeun yang sudah terbaring.

"Naeun!! Bangun Naeun!! Please someone tolong angkat dia ke bilik rawatan sekarang,"arah cikgu Hoya.

Mingyu cuba menghampiri Naeun tapi di tolak oleh Jibeom. Jibeom terus mengangkat Naeun untuk di bawa ke bilik rawatan di ikuti Yein dan Sujeong. Mingyu cuba untuk ikut tapi di halang oleh Eunha pula.

"Okay, semua. Korang teruskan aktiviti korang. Cikgu nak pergi dekat dorang. Dah siap nanti simpan barang dalam stor sana,"arah cikgu Hoya.

Di bilik rawatan...

"Macam mana keadaan dia nurse?,"tanya cikgu Hoya.

"Tekanan darah dia rendah. Lebih baik bawa dia ke hospital sekarang. Lagi pun denyutan jantungnya laju. Saya takut ada benda lain sahaja,"jelas jururawat itu.

Chingu to Partner? S1 [COMPLETE] «KIM MINGYU»Where stories live. Discover now