3

50 7 26
                                    

Mereka bertiga berjalan menuju ke sekolah. Sesudah sampai, mereka terus menuju ke papan kenyataan untuk melihat nama dan kelas untuk tahun baru. Tahun ini merupakan tahun akhir Naeun dan Mingyu di sekolah pertengahan sebelum melangkah ke sekolah tinggi nanti.

Setelah melihat nama di papan kenyataan, Naeun dan Mingyu berjalan menuju ke kelas masing-masing. Mingyu menemani Naeun ke kelasnya dahulu kemudian Naeun pula menemani Mingyu ke kelasnya. Sungyoon pula pergi ke pejabat untuk bertemu guru yang mendaftar kemasukan pelajar baru.
     
       "Awak dah kenapa senyum sendiri-sendiri ni? Macam orang gila pula tengok,"tegur Naeun.

       "Hehe..tak delah...Gembira sebab kelas kita dekat tahun ni. Berpisah dengan tangga je. Kelas awak dengan kelas saya hujung bertemu hujung,"jelas Mingyu.

       "Haah lah!! Baru perasan. Dah tak penat lah saya mencari awak naik tangga. Semputlah,"kata Naeun yang baru sahaja sedar kelas mereka berdekatan.

       "Dan saya tak penat pergi kacau awak nanti. Senang je jerit dari sini dah dengar. Naeun Naeun,"kata Mingyu sambil buat gaya memanggil Naeun.

       "Choi Naeun oii!!! Tukar kelas dah ke??!!,"jerit Sujeong dengan tiba-tiba di hujung kelas sana. Naeun berpaling ke arah Sujeong dan menunjukkan tanda sebentar kepada Sujeong.

       "Ha...tengok tu...kan betul cakap saya. Jerit je dah dengar,"kata Mingyu.

       "Ye lah, betul-betul. Dah lah pergi masuk kelas sana. Kawan awak dua tu dah perhati dari tadi lagi macam nak makan orang je,"kata Naeun sambil memuncungkan mulut ke arah Wonwoo dengan Seokmin. Mereka berdua terkejut lalu memaling muka ke arah lain bila Naeun dah pandang mereka.

       "Naeun, nanti kita rehat sama-sama eh,"kata Mingyu sebelum Naeun pergi.

       "Eh, awak ni macam tak de kawan lain pula. Kesian lah kat dua makhluk tu kalau awak dengan saya asyik bersama je. Hurmm, tengok lah macam mana dulu. Kalau saya tak de kerja nak buat, kita rehat sama-sama. Bye bye,"jawab Naeun lalu pergi.

Mingyu pov

Aku berjalan longlai ke tempatku selepas Naeun kembali ke kelasnya. Aku tengah memikirkan apa yang Naeun cakap tadi. Kalau tak ada kerja, baru dia datang. Kelas tak mula lagi tapi dah mula sibuk? Aku menghela nafas.

       "Aiii, makwe baru pergi kejap dah rindu?,"tegur Wonwoo.

       "Apaaa....mana ada makwe makwe ni,"jawabku.

       "Eleh, macam lah kami ni tak tahu. Ni apa ni. Tetiba hilang semangat tak semena-mena,"sampuk Seokmin.

       "Takde lah. Aku ajak dia rehat sama-sama. Boleh dia jawab kalau dia tak sibuk hari ni dia rehat lah dengan aku. Apa yang sibuknya, kelas pun tak mula lagi,"kataku sedih.

       "Eh, kau ni. Macam kitaorang ni tak wujud pulak. Alah, macam kau tak kenal dia. Cikgu suka sangat panggil dia. Budak pandai kan. Lagipun dia kan ahli kelab perhubungan awam sekolah. Mesti lah sibuk tambah-tambah sekolah baru buka kan, apa lagi, buat artikel lah,"kata Seokmin berjela.

       "Eh, mana sengkuang?,"tanyaku bila tak nampak bayang Seungkwan.

       "Kau!! Agak-agak lah kalau angau pun. Lupa lah tu. Seungkwan kan dah pindah sekolah. Kau ni, dalam kepala ni Naeun je ke kau ingat,"bebel Wonwoo.

       "Alaaa...sorry lahhhh...dia bagitau pun 2 bulan lepas. Mana lah nak ingat. Hurmm...nampaknya keseoranganlah aku tahun ni di meja ini,"kataku bertambah sedih.

       "Nanti ada lah tu orang temankan kau. Mana tau tetiba pelajar perempuan yang masuk duduk sebelah kau. Huntong kauuu,"kata Seokmin sambil buat tangan lembut. Aku hanya mampu menggelengkan kepala melihat kelakuan Seokmin. Aku cuma impikan Naeun je yang ada di sebelah ni. Bercakap mengenai budak baru, aku lupa nak tanya Sungyoon dia tu jenis pelajar macam mana. Jenis cerdik macam sepupu dia atau pemalas macam aku.

      "Pelajar semua!! Duduk di tempat masing-masing. Okay, cikgu akan perkenalkan diri cikgu dulu. Nama cikgu ialah Kwon Hoshi..hehe..saya adalah guru kelas kamu untuk sepanjang tahun ni,"tiba-tiba sahaja muncul cikgu yang agak popular dengan tarian yang di ciptakan sendiri.

Kat sekolah ni ada 2 cikgu yang pandai buat tarian sendiri. Pertama ni lah Kwon Hoshi. Seorang lagi Lee Hoya. Tapi aku tak pernah jumpa lagi dengan cikgu Lee Hoya tu. Katanya hebat jugak. Desas desus mengatakan cikgu Hoshi dengan cikgu Hoya ni tak sebulu. Asal jumpa je bergaduh. Hurmm...macam budak-budak...

       "Okay!! Hari ni kamu akan dapat kawan baru. Sila masuk,"panggil cikgu Hoshi kepada pelajar baru. Pelajar baru tersebut masuk ke dalam kelas.

       "Hai semua!! Nama saya Jung Eun Ha. Panggil Eunha saja. Saya baru lagi di sini. Mohon tunjuk ajar,"kata pelajar baru itu. Pelajar dalam kelas tersebut memberi tepukan kepada Eunha.

Aku, tak ada mood nak pandang pelajar baru itu. Aku lebih minat pada pelajar lelaki yang baru lalu di luar kelas tadi. Choi Sungyoon. Ya. Dia. Kalau dia berada di dalam blok ini bermakna dia sama level dengan aku. Bukannya dengan Naeun. Hilang satu perasaan takut aku tadi.

       "Hurmm...tempat duduk awak...,"cikgu Hoshi sedang mencari tempat duduk untuk Eunha. "Haaa, tempat awak di sana. Sebelah lelaki yang hujung sana tu. Di tepi tingkap,"tunjuk cikgu Hoshi. Aku tetiba jadi macam, erkk, kenapa tempat aku..alaa...tak bolehlah aku nak sendirian. Seokmin dengan Wonwoo kemain nampak gatal bila budak baru tu dapat duduk berdekatan dengan mereka.

Eunha menuju ke tempat di mana aku berada. Aku hanya pandang sekilas. Cantik. Kata hatiku.

       "Hai, saya Eunha. Nama awak apa?,"tanya Eunha yang baru sahaja duduk di sebelahku.

       "Mingyu,"jawabku ringkas. Eunha memberi senyuman manis. Aduh. Berdebar  pula tengok.

       "Hai Eunha, saya Seokmin,"sampuk Seokmin.

      "Saya Wonwoo,"disahut oleh Wonwoo.

Ulat bulu naik daun dahhhh.....







Be continue....
Sudi2 lah vote..thank you😅🤭
Bagi komen siket...

Chingu to Partner? S1 [COMPLETE] «KIM MINGYU»Where stories live. Discover now