38

29 3 6
                                    

Sudah 4 bulan Naeun pergi, namun Mingyu masih tidak dapat menjejaki isterinya di mana berada.

"Kau masih tak ada clue ke mana isteri kau pergi?,"tanya Seungcheol. Mingyu menggelengkan kepalanya.

"Dah 4 bulan. Means kandungan isteri kau dah 7 bulan. Bila-bila je dia boleh melahirkan anak tu,"kata Jeonghan.

"Tak kan kawan-kawan dia atau keluarga in law kau tak tahu mana dia tinggal. Mustahil lah,"tanya Seungcheol lagi.

"Masalahnya hyung, dorang tak nak bagitau. Dorang just bagitau baby dalam kandungan tu sihat ke tak. Aku dah penat tanya. Tapi dorang still senyap. Aku dah putar sana sini untuk dorang tersalah bagitau, tapi dorang pandai handle. Papa pulak cakap bagi masa dekat Naeun. Dia tak nak bagitau sebab Naeun ugut kalau bagitau dekat aku, dia akan bunuh anak tu. Papa dalam dilemma,"cerita Mingyu.

"Psycho jugak isteri kau ya,"kata Seungcheol. Mingyu hanya mengeluh.

※※※※※※※※※※※※※

"Weyh! Aku nak tanya satu benda ni. Tapi jangan marah tau,"tanya Jibeom.

"Apa dia?."jawab Naeun.

"Tapi janji tau jangan marah atau hempuk aku dengan kerusi,"balas Jibeom.

"Tak tanya lagi mana aku tahu nak marah ke tak,"kata Naeun.

"Janji tau!!!,"balas Jibeom.

"Ya!! Aku janji,"jawab Naeun lalu buat pinky promise dengan Jibeom.

"Kau, tak rindu suami kau?,"tanya Jibeom.

"Tak!!,"jawab Naeun ringkas.

"Sikit pun tak??,"tanya Jibeom lagi.

"Kan aku dah cakap tak, tak lah,"jawab Naeun.

"Serious lah! Kau bawak anak dia kot. Tak kan kau tak ada rasa nak dia ada teman kau pergi check up, usap perut kau yang dah membesar tu, urut kaki kau yang dah membengkak, tepuk-tepuk belakang kau bila kau muntah, beli ke masak ke makanan yang kau mengidam. Tak kan kau tak ada rasa tu. Cukup lah rasa sakit kau tak ada, tak kan rasa macam aku cakap tu pun kau tak ada,"tanya Jibeom panjang lebar.

"Jom ah teman aku pergi jumpa makcik Hong dekat ladang kubis tu,"Naeun tak mahu menjawab soalan Jibeom tadi lalu bangun melangkah pergi.

"Buat apa ke sana??!! Tunggu lah! Kau tu pregnant. Jangan lah jalan laju sangat,"jerit Jibeom lalu berlari ke arah Naeun.

※※※※※※※※※※※※※

"Mingyu! Mingyu! Mingyu!!!!!,"jerit Wonwoo yang baru balik dari hospital Pulau Wando.

"Ya!! Eh, jangan lah lari. Kau kan sakit. Macam dah tak sakit pulak. Apa dia yang sampai terjerit-jerit tak menyempat masuk dalam rumah,"bebel Mingyu.

"Sakit tu sikit je. Sekarang ni berita lagi hangat aku nak bagitau kau,"kata Wonwoo sambil menghela nafasnya.

"Slow-slow. Apa yang hangat sangat tu?,"tanya Mingyu.

"Aku, aku jumpa Naeun tadi!!,"kata Wonwoo.

"Kau jumpa kat mana??,"tanya Mingyu.

"Dekat hospital lah! Kat mana lagi. Kan aku pergi hospital tadi,"jawab Wonwoo.

"Dia buat apa kat sana??!!,"tanya Mingyu lagi sambil mengoncangkan bahu Wonwoo.

"Kerja lah! Tak kan dia berjoget pulak! Sakit lah kau cekam aku,"jawab Wonwoo.

"Sorry. Aku terexcited dengar nama dia,"kata Mingyu lalu melepaskan cekaman di bahu Wonwoo.

※※※※※※※※※※※※※

Bilik kerja Naeun di terjah oleh Jibeom.

"Kus semangat aku woi!! Apehal ni?,"tanya Naeun yang tengah bersiap untuk balik rumah.

"Jom balik!!,"jawab Jibeom.

"Laaa....memang nak balik lah ni. Yang terjah bilik macam nak berperang kenapa,"balas Naeun.

"Pat ah! Nak cakap sesuatu ni,"kata Jibeom lalu menarik Naeun keluar.

"Ye lah! Ye lah! Aishh dia ni tak menyabor,"balas Naeun.

"Haa..apa yang nak di beritahunya?,"tanya Naeun yang berjalan beriringan dengan Jibeom untuk pulang ke rumah.

Setiap hari mereka hanya berjalan kaki pergi dan pulang dari kerja. Jarak rumah mereka dengan hospital tu cuma 10 minit berjalan kaki.

"Aku dengar, group laki kau ada shooting kat pulau ni,"jawab Jibeom. Naeun memandangnya dengan muka terkejut.

"Kau terkejut sangat dah kenapa?,"tanya Jibeom.

"Berapa lama dorang shooting kat sini?,"balas Naeun.

"Seminggu plus plus. Tak pasti pulak. Rasanya dorang akan lalu-lalu jalan yang kita tinggal ni,"jawab Jibeom.

"Esok aku ambil emergency leave. Tak nak keluar rumah sampai dorang balik Seoul,"balas Naeun.

"Aiihh...perangai budak-budak betul dia ni,"kata Jibeom lalu meluku kepala Naeun.

"Sakit ah Beom! Paiti buat kita gini,"kata Naeun sambil memucungkan mulutnya.

※※※※※※※※※※※※※

"Kim Jibeom-ssi?,"panggil satu suara. Jibeom yang sedang makan ramen di hadapan convenience store mahu sahaja tersembur melihat Kim Mingyu di hadapannya.

Mingyu menepuk-nepuk belakang Jibeom untuk hilangkan rasa tersedak tadi.

"Sorry, bro! Aku muncul macam hantu,"kata Mingyu lalu duduk di hadapan Jibeom.

"Gotcha! Akhirnya kau dapat jumpa aku,"kata Jibeom.

"Aku dah tahu kau nak tanya apa sekarang ni,"tambah Jibeom.

"Belum aku bukak mulut kau dah tahu. Hebat!,"balas Mingyu lalu menepuk tangan.

"Dah tu. Tak kan kau nak tanya pasal aku pulak. Kau pun tahu aku kat sini dengan siapa,"jawab Jibeom.

"Mana kau tahu. Mungkin aku nak tanya pasal kau. Sihat tak? Rindu aku tak? Aku rindu kau Beom,"balas Mingyu sambil merenung tajam dan senyum sinis ke arah Jibeom.

"Kau 'makan' isteri kau sudah lah. Jangan aku pun kau nak 'makan'. Dosa tau tak. Aku straight lagi kot. Tidak!!!,"kata Jibeom sambil membuat gaya menutup badannya dengan tangan. Mingyu melepuk kepala Jibeom.




























To be continue...

Chingu to Partner? S1 [COMPLETE] «KIM MINGYU»Where stories live. Discover now