42

35 4 63
                                    

"Hyung, Mingyu hyung tu dah macam angau je. Asyik video call dengan doktor je,"kata Dino.

"Biasalah tu Dino. Orang dah lama terpisah. Lepas tu isteri pulak asalnya tak terima, lepas tu terima semula. Memang angau lah cerita dia,"balas Seungcheol.

Mingyu menghampiri ahlinya.

"Bila Naeun balik sini?,"tanya Seokmin.

"Minggu depan,"jawab Mingyu.

"Woahh!! Kiranya tak lama lagi kau timang baby lah!!,"kata Seungkwan dengan teruja.

Mingyu tersenyum gembira.

"Hyung nak pesan je, kau bila ada anak nanti jangan clumsy sangat. Pegang elok-elok. Jangan terlepas pulak,"kata Seungcheol.

"Hyung ni,"balas Mingyu.

"Tak...sebab apa yang kau pegang semua jahanam. Tengok lah kau pegang Naeun kejap pun dah kau jahanam kan dia. Nasib dia terima kau semula,"usik Seungcheol lagi.

"Hyung!! Yang tu, yang tu lain cerita dia ,"kata Mingyu lalu menggarukan kepalanya yang tak gatal.

※※※※※※※※※※※※※

"YooA!! Kau cakap plan kau berjaya. Ni apa??,"muncul Eunha sambil mengamuk di hadapan YooA di sebuah kafe.

"Apa yang kau cakap kan ni?,"tanya YooA yang masih bingung dengan Eunha.

"Kau tengok ni!! Mingyu dengan Naeun berjalan-jalan. Kau tengok caption Mingyu ni,"Eunha menunjukkan
apa yang Mingyu telah muatnaik gambarnya dengan Naeun di news feed KakaoTalk.

"With mama-to-be. Tak sabar nak jumpa kamu anakku. So, apa masalanhnya,"balas YooA selepas membaca caption tersebut.

"Kau cakap hari tu Mingyu akan benci Naeun sebab dah tidur dengan Wonwoo. Sekarang ni apa? Sampaikan Naeun dah pregnant anak Mingyu pulak,"Eunha makin mengamuk.

"Kau yakin ke tu anak Mingyu? Mana kau tahu? Entah-entah tu anak Wonwoo. Lepas tu Naeun mengaku tu anak Mingyu sebab nak bersama dengan Mingyu. Perempuan tu sundal. Semua orang dia sondol,"lancang mulut YooA mengata.

"Jap! Dorang kahwin ke?,"tanya YooA.

"Entah,"jawab Eunha.

"Kau rasa Mingyu tu nak ke kahwin. Dengan kau pun dia tak pernah serious. Tak pernah pun bincang pasal kahwin. Inikan pulak si Naeun yang rupa tak seberapa nak gah tu. Alah!! Naeun tu perangkap Mingyu tu. Nak suruh kahwin dengan dia. Sebab dia tak laku. Lagipun Mingyu tak tahu yang Naeun tu tak ada dara pun. Agaknya kalau dia tahu, sah Mingyu tak nak. Buat apa nak dekat buah yang dah di tebuk tupai,"sedap betul mulutnya berbicara.

Pang!!!!!!!

Berpinar mata YooA. Eunha terkejut dengan kejadian itu.

"Kau!! Kalau tak tahu apa-apa, jangan cakap lebih-lebih. Ni warning aku dekat kau!! Jaga mulut kau!! Kena tebuk tupai pun sebab kau!! Bukan Naeun yang rela! Apa kau bagus sangat? Apa kau suci sangat ke? Kau tu pun kahwin sebab terlanjur,"laju mulut Sungyoon mengamburkan kata-katanya.

Rupanya sudah lama Sungyoon ada di belakang YooA sambil menikmati kopi dan mendengar semua perbualan mereka berdua.

YooA masih lagi memegang pipinya yang ditampar oleh Sungyoon.

Chingu to Partner? S1 [COMPLETE] «KIM MINGYU»Where stories live. Discover now