53

28 4 12
                                    

6 bulan berlalu...

Mingyu sudah pulih dari kecederaannya. Kes mahkamah masih berjalan. Setiap bulan Mingyu dan Eunha akan pergi ke mahkamah sebagai saksi perbicaraan Yooa.

Perut Yooa pun makin membesar. Tinggal beberapa bulan sahaja lagi untuk melahirkan anak itu.

Setibanya Mingyu di apartment Naeun, Mingyu mengemas apa yang patut. Dia akan balik ke rumah itu 2 minggu sekali. Tak mahu tinggal berhabuk. Kadang sengaja datang untuk mengimbau kenangan di dalam rumah tersebut.

Mingyu baring seketika.

"Aku harap anak aku dengan Yooa tu tak lahir. Aihh!! Tapi apa salah anak tu, yang salahnya mak dia. Tu anak aku, tapi betul ke tu anak aku? Maybe lah kot. Sebab laki dia mandul. Argghh! Sakit kepala aku pikir tentang ni. Aku tak sangka ada anak dengan perempuan lain. Daripada Yooa, baik Eunha. At least anak comel jugak. Tchh! Ya Tuhan, apa yang aku mengarut ni. Aku tak kan duakan Eun macam mana pun,"omel Mingyu.

Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering dan tertera nama Sujeong.

"Hello, ada apa Sujeong?,"

"Mingyu, datang hospital sekarang,"

"Okay! Aku datang segera,"

Mingyu keluar dengan terkocoh-kocoh dan mengunci semua pintu.

※※※※※※※※※※※※※

"Ada apa Sujeong? Macam urgent je?,"tanya Mingyu yang melihat Sujeong sedang menunggunya di hadapan wad icu.

"Kau tengok sendiri lah,"jawab Sujeong.

Sujeong membuka pintu bilik Naeun.

Mingyu melihat Naeun sedang duduk bersandarkan katil.

"Eun!,"Mingyu mendapatkan Naeun.

"Eun, Mingyu rindukan Eun!,"kata Mingyu sambil mendakap Naeun.

"Mingyu...,"Naeun menyebut nama Mingyu tapi tidak membalas pelukan Mingyu.

"Eun? Tak suka ke Mingyu datang?,"tanya Mingyu melihat Naeun seperti tidak gembira.

Naeun menggelengkan kepalanya perlahan.

"Mingyu, Naeun lumpuh satu badan,"kata Sujeong.

"Gwenchana Eun! Gwenchanayo!,"Mingyu kembali memeluk Naeun erat.

※※※※※※※※※※※※※

"Apa yang perlu aku buat Sujeong?,"tanya Mingyu.

"Kau kena sokong dia. Sokongan kau boleh buat dia kuat. Mula-mula kau rasa susah lah nak jaga dia. Tapi kau kena tabah dan sabar kalau kau sayang dia. Jangan sesekali tinggalkan dia. Walau dia tak nak sekali pun kau jaga dia, kau kena berkeras juga. Tunjuk effort kau. Itu dari segi emosi. Dari segi fizikal, kena rajin lah bawak dia berlatih dekat fisioterapi, dekat rumah, kau kena bantu dia berjalan, buat latihan fizikal. Untuk latihan fizikal tu, nanti ada staff ajar kau macam mana nak buat. Tak lama Mingyu. Kalau kau selalu buat apa yang kami suruh, cepat je Naeun sembuh,"jelas Sujeong.

※※※※※※※※※※※※※

"Makan?,"tanya Mingyu.

Chingu to Partner? S1 [COMPLETE] «KIM MINGYU»Where stories live. Discover now