Bab 15

18 0 0
                                    

Pada tengah hari itu, entah apa yang Faqrul mimpi dan fikir di kepala otak dia waktu itu, tiba-tiba Faqrul datang ke akademi.

"Haihh....apa hal senyap jer akademi ni, lagipun ini time diorang rehat kan..." Ujar Faqrul rasa hairan.

Faqrul cuba mencari semua kawan kawan dia di akademi itu. Di cari dekat ruang rehat, bilik latihan simulasi, dekat arena pun tiada.

"Faqrul..." Panggil seseorang tiba-tiba. Faqrul terkejut dan terus berpaling ke arah yang memanggil dia.

"Ehh Adria... Errr apa kau buat kat sini?" Tanya Faqrul dengan perasaan gelabah.

"Ehh... Faqrul, patutnya aku yang patut tanya soalan tu dekat kau, sebenarnya apa yang kau buat dekat sini? Lagi satu, kenapa sepanjang 3 hari kitorang call kau langsung tak nak jawab? And yes aku tahu kau sedih masa tu sebab ayah kau, tapi takkan tak boleh nak jawab langsung? At least kau text kitorang.... Jangan buat kitorang risau..." Kata Adria dengan rasa marah.

"Okay okay Adria..... Aku minta maaf, lepas ni aku takkan buat lagi okay...." Balas Faqrul seraya dia minta maaf. "Ni aku nak tanya, mana pergi yang lain? Izzat, Bai, Rafi.... Dia orang dekat mana?" Sambung Faqrul lagi dengan menyoal di mana kawan kawan dia yang lain.

"Hmmmm..... Dia orang bertiga ada dekat makmal tekno." Jawab Adria terus.

"Dia orang semua buat apa kat situ?"

"Hmm tak tahulah.... Dah lah aku kena gerak cepat ni, aku ada hal." Balas Adria yang tidak tahu apa apa lalu gerak meninggalkan Faqrul.

Faqrul pun terus pergi ke makmal tekno tersebut.

Saat Faqrul dah nak tiba, dia ternampak Ejen Zizi masuk juga ke dalam makmal tekno. Pada masa itu lah Faqrul mula rasa hairan.

Lalu Faqrul mendekati kawasan makmal itu dan terus perbualan mereka sudah bermula.

"Ada apa Ejen Zizi nak jumpa kami ni?  Macam ada perkara penting je?" Tanya Izzat setelah Ejen Zizi sampai.

"Yerr memang ada benda penting saya nak bagitahu kamu semua dan hanya kamu semua sahaja yang saya boleh harapkan sangat." Kata Ejen Zizi dengan penuh harapan.

"Buat apa ni Ejen Zizi? Nampak macam serious sangat ni..." Balas Rafi dengan serious juga.

"Saya terus terang lah ye sebenarnya saya nak bagi kamu satu tugas khas, saya nak kamu tolong awasi Faqrul dalam beberapa hari ini." Jelas Ejen Zizi pada mereka bertiga.

"Apa?? Awasi Faqrul?!" Balas mereka bertiga serentak serta terkejut.

Faqrul yang dari luar jadi terkejut bila dengar apa yang Ejen Zizi cakap tadi, walaupun pintu itu kalis bunyi tapi dia ada bawa gadgets dia sendiri untuk mendengar apa yang mereka bincangkannya.

"Hah apa hal abang Zizi suruh dia orang awasi aku? Ini mesti ada apa apa yang tak kena ini." Ujar Faqrul rasa pelik lalu dia teruskan mendengar lagi perbualan dia orang.

Izzat, Bai dengan Rafi jadi hairan dengan tugas yang diberikan oleh Ejen Zizi tadi.

"Kenapa ni Ejen Zizi? Kenapa nak kena awasi Faqrul dalam beberapa hari ini?" Soal Izzat hairan.

"Seperti yang kamu semua tahu tentang ayah Faqrul, iaitu Ejen Zain...."

"Hah kenapa dengan Tuan Zain Ejen Zizi?" Sampuk Rafi tiba-tiba.

"Hisyy kau ni Rafi, cuba tunggu Ejen Zizi habis cakap dulu..." Tegur Bai terus.

Si Rafi tersenyum sahaja.

"Okay sudah sudah...Sebenarnya saya nak bagitahu kamu semua tentang Ejen Zain, saya pasti kamu semua mesti tidak akan percaya apa yang saya katakan ini." Kata Ejen Zizi dengan resah sekali.

Super Agent (Book 2) : terungkap sebuah rahsiaWhere stories live. Discover now