Bab 17

20 0 0
                                    

"Hello... Yerr Adria, ada apa call aku ni?" Soal Izzat dalam panggilan tersebut.

"Hahh Izzat, ni saja aku call kau ni, aku nak tanya, tadi masa aku balik awal dari akademi kau bertiga dengan Rafi dan Bai ada apa berkumpul dekat makmal tekno dengan Ejen Zizi, ada apa apa perbincangan atau misi ker?" Balas Adria dan terus bertanya tentang mereka berkumpul dengan Ejen Zizi tadi.

"Owhhh itu ker.... Hmmm takde apa apalah.... Lagipun kau tak perlu tahu, ini hal lain berkaitan akademi. Jadi kau tak perlu nak sibuk sangat." Jawab Izzat berbohong, sebab Ejen Zizi dah pesan dekat dia sendiri supaya rahsiakan perkara ini, misi ini hanya Izzat dengan mereka berdua itu sahaja terlibat.

"Lahhh mustahil.... Takkan takde apa apa?" Tanya Adria lagi untuk kepastian.

"Yeee takde apa apa!" Jawab Izzat lagi dengan tegas. "Hahh... Adria aku nak tanya kau pulak, asal kau balik awal hari ni?!" Sambung Izzat pula dengan menyoal pada Adria.

"Lahhh kan aku dah cakap, yang aku ada family urgent...." Jawab Adria semula.

"Hmmm yelah tu..." Ujar Izzat

"Hishh kau ni suka hati kau lah.... By the way, ada lagi satu aku nak bagitahu." Balas Adria seraya nak bagitahu sesuatu.

"Ada apa lagi kau ni?"

"Tadi kau ada jumpa Faqrul tak dekat akademi?" Soal Adria terus.

Izzat terkejut tiba-tiba tatkala bila dengar apa Adria cakap tadi.

"Faqrul??!! Apa maksud kau sebenarnya ni Adria?" Tanya Izzat semula dengan sedikit resah.

"Lah kau ni, soalan simple jerr, aku tanya kau ada jumpa Faqrul tak tadi. Sebab sebelum aku keluar tadi aku terserempak dengan Faqrul dekat akademi tadi, lepas tu, dia tanya aku korang yang semua ke mana cari korang semua tak jumpa and last aku bagitahu yang kau, Rafi dengan Bai ada kat makmal tekno. And then lepastu aku keluar lah lepas aku bagitahu korang semua kat mana." Jelas Adria dengan panjang sekali.

"Adria!!!! Asal kau tak bagitahu awal awal tadi masa kau dah jumpa Faqrul!!!!???" Jerkah Izzat tiba-tiba dengan marah sekali tatkala Adria bagitahu semua itu.

"Ehhh Izzat.... Manalah aku tahu nak kena bagitahu kau ke apa ke kalau aku terjumpa dia... Lagipun aku tadi busy nak pergi settle hal aku tadi, sebab itu aku baru nak bagitahu kau pasal benda ni.... Yang kau nak marahkan aku tiba-tiba kenapa ni?!" Balas Adria dengan sedikit terkejut bila Izzat marah dia tiba-tiba.

"Astaghfirullahaladzim...." Izzat cepat cepat beristighfar. "Okay Adria.... Sorry kalau aku termarah kau atau apa apa saja tadi, sekarang kau aku cakap dengan aku betul betul. Kau betul-betul pasti yang Faqrul ada datang ke akademi tadi after that dia terus ke makmal untuk cari kitorang?" Sambung Izzat lagi dengan menyoal yang panjang lebar untuk lebih kepastian.

"Yerrr Izzat... Aku betul-betul pasti tadi." Jawab Adria pasti.

"Allahhuakbar...... Patut aku rasa tak sedap hati tadi." Kata Izzat dengan rasa makin gelisah.

"Sekarang ni apa hal yang kau gelabah and risau semacam aku dengar kau cakap ni?!"  Tanya Adria semula dengan rasa hairan.

Izzat terus bangkit dari duduknya di katil dia itu. "Okay Adria.... Sekarang kau dengar sini apa aku nak cakap, aku nak sekarang ni kau siap sedia diri kau dalam apa jua sekali pun, sebab aku ada sesuatu yang kena uruskan sesuatu perkara yang penting. Aku cuma nak kau standby jerrr. Dalam beberapa jam lagi sama ada aku, Bai ataupun Rafi akan call kau semula. Lagi kalau kau ada apa apa yang terjadi atau pun tak kena, kau terus call aku, nanti aku datang...." Kata Izzat panjang berjela serta bagi arahan pada Adria untuk dia standby dalam apa jua keadaan.

Super Agent (Book 2) : terungkap sebuah rahsiaWhere stories live. Discover now