Bab 27

45 0 0
                                    

Hyee guysss, reader reader yang di hormati, untuk chapter akan ada satu pertarungan yang menarik.... Harap semua enjoy yerr!!!!! Kalau ada kurang menarik boleh comment nanti yerrr. Apa tunggu lagi.... Sila lah baca....

**********************

Satu gua mereka sudah kesan yang tak jauh juga dari lokasi pertama yang mereka pergi tadi. Gua itu bukan sebarang gua, gua itu juga seperti satu markas yang besar yang mempunyai pelbagai kelengkapan.

Faqrul, Adria dan Zhaf tak henti mencari maklumat tentang Fcats dekat tempat itu, dari bilik makmal, latihan dan sebagainya. Kini mereka di tempat terakhir yang merupakan satu bilik kawalan.

Zhaf masih menggodam komputer yang ada di situ. Faqrul dan Adria cuba menggeledah seluruh tempat dalam bilik itu. Sampai satu masa itu, Adria terjumpa sesuatu....

"Macam mana Zhaf.... Dapat apa apa tak dekat dalam ni?" Soal Faqrul seraya datang merapat kepada Zhaf.

"Ada tu ada Faqrul.... Tapi tak semua data data yang ada dalam komputer ni. Apa yang aku dapat adalah lokasi lokasi mereka pernah kegiatan mereka iaitu merompak tempat yang ada mempunyai zorium sejak sebelum kedatangan ayah kau datang ke sini lagi. Sekarang ni mengikut firasat yang aku rasakan sekarang ni, mungkin mereka sudah berhenti lakukan kegiatan rompakan logam zorium itu dan mungkin mereka hanya fokus lakukan kegiatan lain seperti buat kekecohan dan kemusnahan di bandar yang ada dekat sesetengah tempat." Jelas Zhaf panjang berjela.

"Kekecohan? Kemusnahan? Maksudnya sekarang ni mereka dah mula kegiatan yang lain?" Balas Faqrul percaya atau tidak percaya.

Zhaf hanya mengangguk.

"Mana kau tahu, yang mereka ada buat kekecohan dan kemusnahan sejak akhir akhir ini?" Tanya Faqrul lagi.

"Semalam.... Masa kau tak ada tengah hari tu, aku ada cari sedikit info info semasa yang ada dekat Sabah ni and aku dapat lah sedikit info tentang satu kejadian kemusnahan di beberapa tempat. Kemusnahan itu melibatkan satu kumpulan pengganas, masa aku pasti kumpulan pengganas itu adalah pasukan Chess Fcats dan dekat berita pun sudah mula keluar tentang ini." Jawab Zhaf lagi dengan pasti.

Faqrul hanya mengangguk faham dengan apa yang di jelaskan oleh Zhaf.

"By the way, sorry Faqrul sebab aku lupa nak bagitahu kau tentang info kemusnahan yang dilakukan oleh Fcats." Kata Zhaf lagi.

"Tak mengapa Zhaf.... It's okay... Sekarang ni mana yang ada ni kau dapat dalam komputer ni..... Kau copy and bawa balik untuk kita selidik dekat rumah." Balas Faqrul seraya menyuruh Zhaf lakukan proses yang berikut.

"Faqrul..." Panggil Adria tiba-tiba.

"Hah kenapa Adria? Ada jumpa sesuatu?"

"Ni aku just jumpa ini jer dekat sini." Balas Adria sambil menunjukkan apa yang dia jumpa iaitu sebentuk cincin yang biasa sahaja untuk di pakai tapi ada logo rama rama. Aitt asal lain pula lambang pada cincin ini?

"Aiittt..... Kenapa lain macam pula lambang ni?" Soal Faqrul pelik.

"Aku pun tak tahu Faqrul...."

"Hmmmm takpelah, yang ini biar aku pegang dulu." Kata Faqrul seraya mengambil cincin dan di simpan oleh dia. "Zhaf.... Kau dah settle ke kerja kau?" Sambung Faqrul tanya pada Zhaf.

"Alright..... Aku dah settle...." Jawab Zhaf sambil mencabut thumb drive dia.

"Baiklah.... Kalau tak ada apa apa lagi, mari kita pergi dari sini, sebab tiba-tiba aku rasa tak sedap hati ni....." Arah Faqrul untuk keluar dari sini.

Super Agent (Book 2) : terungkap sebuah rahsiaWhere stories live. Discover now